Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

IL 22: Peluang

584 56 9
                                        

Arlyn yang duduk pada meja pantri, memandang ke luar tingkap. Cuaca hari ini agak sendu dan sedikit gelap dari kebiasaan. Kepulan awan kelabu yang memenuhi ruang langit telah menurunkan titisan hujan lebat sejak awal pagi tadi. Masih belum ada tanda-tanda untuk berhenti.

Pemandangan jalan raya dari tingkat 13 menjadikan kenderaan-kenderaan yang memenuhi setiap penjuru jalan kelihatan kecil seperti mainan. Pergerakan lalu lintas juga agak perlahan mungkin kesan dari keterbatasan penglihatan pemandu-pemandu kenderaan akibat hujan lebat.

"Sejuknya hari ni...kalau duduk rumah memang seronok berselimut ni." Suara Madam Sarah menyentakkan Arlyn yang mengelamun.

Bila masa Madam Sarah duduk disebelahnya pun, dia tidak sedar.

"Apa dia Madam?"

"Cuaca hari ni, sejuk je...Dah lah hari isnin, memang Monday Blues lah kita. Makin takde mood nak buat kerja." Usai berkata, dia menghirup kopi panas di tangannya.

"Emm..tulah. Ni pun Lyn tengah cari mood."

"Bos dah masuk office ke Madam?" Soal Arlyn. Mug ditangan diputar-putar perlahan diatas meja.

"Tadi macam tak sampai lagi, kalau akak tak salah tengok lah."

"Hai guyss!" Suara ceria Lina berjalan masuk ke pantri. Serentak Arlyn dan Madam Sarah menoleh ke belakang.

Ditangannya terdapat 2 beg plastik besar berlogo hijau dan kuning.

"Bawa apa tu? Penuh tangan." Tegur Madam Sarah. Dia bangun mendekati Lina, diikuti oleh Arlyn. Ingin melihat dengan lebih dekat apa yang dibawa oleh rakan sekerjanya itu.

"Nah makanlah, jangan malu-malu, jangan segan-segan. Ambik-ambik makan." Pelawa Lina sambil mengeluarkan kotak yang juga berlogo sama dari kedua beg plastik.

Subway

Kotak-kotak tersebut dibuka.

Potongan-potongan sandwich cantik tersusun di dalamnya

"Kamu ke yang beli?" Tanya Madam Sarah.

"Of course." Balas Lina, tersenyum bangga.

"Banyak duit kamu? Ada menang loteri ke apa?"

Lina tertawa.

"Takdelah, saya gurau je. Ni bos yang bagi. Bos kata buat sarapan. Bos suruh letak dekat pantri, siapa nak makan ambik je."

"Bos dah sampai?" Soal Arlyn.

"Haah baru je. Eh sikit lagi saya lupa. Bos cari awak tadi, dia suruh masuk office sekarang." Tunjuk Lina kearah Arlyn.

"Saya?"

Lina mengangguk yakin.

Arlyn melepaskan keluhan

"Okay." Balas nya lemah, sebelum mula melangkah.

"Kamu nak yang mana Arlyn, kami boleh tolong simpankan." Tanya Madam Sarah, merujuk kepada susunan sandwich di dalam kotak.

"Takpe Madam, Lyn tak lapar lagi. Nanti kalau Lyn nak, Lyn turun ambik." Dia kembali melangkah keluar dari pantri.

Hilang sahaja kelibat Arlyn...

"Jarang-jarang bos nak belanja makan banyak macam ni." Ujar Madam Sarah separuh berbisik.

"Kan...Makin lama makin baik pula bos dengan kita."

"Ha, betul-betul. Kak pun perasan. Tiga tahun kak kerja sini, baru tahun ni kak nampak bos tu berubah."

"Madam rasa kenapa?"

Ice & Love (GxG) {ONGOING}Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang