Arlyn P.O.V
.
.
.
Otak aku masih tak berhenti membayangkan kejadian awal pagi tadi. Macam-macam benda aku fikirkan.
'Apa jadi kalau telefon tu tak berdering?'
'She will be my first kiss?'
'Apa rasa bibir bos?'
'Mesti lembut, kan?'
Hujung jari aku bawa menyentuh bibir sendiri. Terngiang ayat dia tadi...
.
.
.
"Bibir kau cantik."
.
.
.
'Kalaulah telefon tu tak kacau tadi...'
'Aaaaaa!!!'
Aku menggigit hujung bibir. Mengelakkan suara teriakan hati aku keluar menjadi nyata.
'Oh My God Arlyn, apa benda kau fikir ni?'
Cepat-cepat aku menepuk lembut pipi kiri dan kanan aku. Menyedarkan otak yang sudah jauh terpesong.
Terasa ye kulit muka aku agak panas. Confirm muka aku tengah merah sekarang ni. Tulah fikir lagi benda nakal macam tu.
Aku angkat kepala dan pandang keliling, ada dua ke tiga pasang mata yang pandang aku juga.
Entah pandang sebab nampak aku macam orang gila yang bercakap sendiri, atau sebab video viral tu.
Mujur beberapa orang je yang perhatikan aku, selebihnya sibuk dengan dunia sendiri dan telefon bimbit di tangan sambil menunggu bas.
Ramai juga yang nak naik bas, sampaikan dah takde tempat duduk kosong dekat bustop ni. Ini mungkin baru kali kedua aku menaiki bas henti-henti untuk pulang ke rumah.
Bas sememangnya bukan pengangkutan utama aku memandangkan kedudukan hentian bas untuk aku turun nanti lebih jauh dengan apartment berbanding hentian train yang selalu aku naik.
Tapi, apa je pilihan yang aku ada untuk balik ni?
Naik train? Memang tidaklah...untuk beberapa minggu ni. Mungkin?
Naik grab? Telefon pula takde.
.
.
.
Vroommm...
Kedengaran bunyi enjin kereta mengaum dari jauh. Laju sahaja mencelah diantara kereta diatas jalan raya sebelum berhenti betul-betul di hadapan bustop tempat aku menunggu sekarang.
Erk! Macam kenal.
Okay, Jangan pandang. Buat-buat busy. Buat-buat tak kenal.
Aku menyibukkan diri memandang kearah lain, selain kereta hitam tersebut.
'Dia bukan cari aku, dia bukan cari aku.' Ayat menyedapkan hati sendiri.
Cermin kereta yang di tinted gelap pada bahagian penumpang diturunkan.
Pinnn!!
Dia membunyikan hon.
Serta merta kepala aku menoleh ke arahnya dek kerana terkejut. Tapi cepat-cepat aku kalih pandangan ke tempat lain.
'Berani gila bunyikan hon depan orang ramai macam ni.'
Pinnn!!! Pinnn!!!
Makin panjang hon ditekan.
Manusia-manusia lain yang berada di bustop ini sudah berpaling sesama sendiri. Pasti mencari siapakah gerangan yang dipanggil oleh empunya kereta mewah hitam tersebut.
Bingit barangkali.
Ada yang sudah mula bercakap-cakap sesama mereka.
'Selagi dia tak panggil, jangan bangun. Buat-buat tak kenal je. Jangan pandang, jangan pandang. Dia cari orang lain tu.'
ANDA SEDANG MEMBACA
Ice & Love (GxG) {ONGOING}
RomanceUpdate Rank: #1/635 in GxG (4 August 2025) #2/882 in lgbt (6 April 2025) P/s: maybe bagi korang just a cliche story..tapi try baca dulu. Sebab saya sedaya upaya untuk ubah jalan cerita supaya tak nampak cliche. Even cara pengenalan watak2 utama pun...
