Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

IL 18: Complicated

734 49 7
                                        

Karl yang duduk pada meja makan, memerhati penuh minat kelincahan Arlyn di dapur.

"Kau memang pandai memasak?"

"Makanan simple-simple boleh lah. Masakan orang bujang." Jawab Arlyn sambil menyenduk nasi yang baru siap digoreng ke dalam pinggan.

Pinggan tersebut dibawa ke meja makan lalu diletakkan dihadapan Karl. Berserta sudu dan garfu.

"Kau tak nak makan sekali?" Tanya Karl apabila dilihatnya hanya satu pinggan tersedia.

Arlyn membalas dengan gelengan.

"Saya kenyang lagi. Lagipun tak biasa makan tengah malam."

"Diet lah ni?" Usik Karl, mula mengaulkan nasi goreng tersebut menggunakan sudu serta garfu.

"Ish, bukanlah." Bidas Arlyn pantas.

"Tak payahlah diet. Dah cukup kecik dah kau tu. Nanti tak cukup makan, makin lama makin pendek pula."

"Eee..jahatnya mulut."

Karl tersenyum. Suka benar dirinya mengusik staf merangkap kekasih hatinya ini.

"Meh duduk sini." Panggil Karl, menepuk kerusi di sebelahnya.

"Takpelah, bos makan dulu. Saya nak masuk bilik, bersihkan diri kejap."

Karl berdecit. Dipandang Arlyn dengan wajah tidak puas hati.

"Tadi aku kata apa? Aku minta kau temankan aku makan kan? Kalau macam ni, baik aku balik makan dekat rumah je. Sampai hati kau tinggal tetamu makan sorang-sorang." Karl sudah mula mengangkat punggung.

Arlyn sedikit menggelabah. Cepat-cepat tubuh Karl ditahan untuk duduk semula.

"Okay, saya temankan, saya temankan." Pujuk Arlyn.

Karl menarik kerusi plastik di sebelah lebih hampir kepadanya.

"Duduk sini." Kerusi kosong itu kembali ditepuk.

Perlahan-lahan Arlyn menurut arahan Karl.

"Bos makanlah, nanti sejuk nasi tu." Pelawa Arlyn. Sejujurnya dia mahu Karl mengalihkan pandangan dari terus memandang dirinya. Entah kenapa terasa kurang selesa pula kerusi plastik malam ni.

"Okay." Balas Karl kembali menghadap kearah pinggan, langsung menyuap nasi goreng tersebut ke mulut.

Arlyn memerhati tanpa suara.
.
.
.

"Macam mana?"

Anak matanya tertuju kearah sudu yang dipenuhi nasi goreng hasil masakannya sebentar tadi. Ini sudah suapan ketiga Karl.

"Emm..." Karl mengunyah perlahan. Seperti berfikir.

Arlyn menanti penuh debar.

"Bolehlah." Ringkas jawapan Karl. Kembali menyuap untuk suapan keempat.

"Kenapa? Kurang masin ke? Kurang manis?"

"Entah lah, tapi memang ada yang kurang."

Arlyn melepaskan keluhan kecewa.
Masakan pertamanya untuk Karl tidak berjaya.

"Sedih lah tu?" Ucap Karl sebelum bersedia untuk suapan yang kelima.

"Nah cuba rasa sendiri." Tidak jadi menyuap ke mulut sendiri, sebaliknya Karl mengarahkan sudu ke mulut Arlyn.

Dengan berat hati dia menerima. Masih dirundung perasaan kecewa.

Perlahan-lahan dia mengunyah. Dahinya sedikit berkerut. Turut memandang Karl yang seperti menunggu respon darinya.

Ice & Love (GxG) {ONGOING}Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang