Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

IL 4: Kasut

728 47 5
                                        

"B..bos." Tergagap-gagap Arlyn menyebut apabila menyedari Karl yang berada dihadapannya.

Wajahnya berada dekat dengan leher Karl. Wangian daripada minyak wangi yang dipakai Karl sememangnya sudah memenuhi rongga hidung Arlyn . Terlalu hampir kedudukan mereka.

Arlyn menelan liur.

Sebelah tangan Arlyn yang terletak diantara mereka berdua membantu menjarakkan sedikit kedudukan. Jika tidak, pasti lebih rapat lagi jadinya.

Karl menunduk sedikit, memandang Arlyn yang turut mendongak memandang dirinya. Hanya Arlyn tidak dapat melihat mata Karl kerana dilindungi dengan kaca mata hitam yang dipakai.

Lama mereka berkedudukan begitu.

Saling berpandangan.

Dengan sebelah tangan Karl yang masih memeluk pinggang Arlyn, dan sebelah tangan lagi menyentuh lengan Arlyn yang dilapisi kemeja putih.

Ting!

Tanda lif telah sampai kearas yang dikehendaki.

Pantas Arlyn menolak tubuhnya menjauh. Menjarakkan diri.

Orang ramai yang berada didalam perut lif mula melangkah keluar memandangkan lif telah tiba di aras Ground floor.

Begitu juga dengan Arlyn, laju sahaja dia melangkah keluar dari lif. Wajahnya sedikit memerah, kerana malu.

Malu dengan situasi sebentar tadi.

'Apa kau dah buat ni Arlyn? Janganlah dia tengah bad mood, mampus aku... ' Arlyn bercakap sendiri sepanjang kakinya melangkah menjauhi lif yang dinaiki tadi.

Sebelah tangannya mula menyeluk ke dalam beg tangan yang di bimbit. Mencari sesuatu.

"Aik, selalu ada dalam ni." Arlyn berhenti melangkah. Mula membuka beg tangannya lebih luas. Masih mencari.

Tiba-tiba sahaja muncul sebelah tangan seseorang menghulurkan sesuatu berbentuk segi empat, dan tersangkut tali lanyard padanya.

Kad access bangunan.

Kad yang digunakan setiap kali mereka ingin keluar dan masuk bangunan besar ini. Hanya mereka yang bekerja di bangunan itu mempunyai kad access tersebut.

Berhampiran dengan pintu masuk terdapat 5 buah mesin untuk mereka mengimbas barcode yang terdapat pada kad access.

Pada kad yang dihulurkan terdapat gambar, berserta nama Jessiqa Arlyn.

Arlyn menoleh kearah pemilik tangan yang menghulurkan kad tersebut.

Dia lagi!

'Apa kenalah dengan aku harini? Asyik berdepan dengan dia je.' Arlyn membebel dengan perasaan sendiri.

Arlyn melemparkan senyuman kaku. Menggeletar tangannya mencapai lanyard berwarna pink.

"Terima kasih, bos." Ucap Arlyn. Menunduk sedikit kearah Karl.

Karl masih dengan wajah tanpa perasaannya.

Arlyn ingin terus berlalu pergi. Baru melangkah setapak dua, terasa lengannya ditarik. Pantas dia menoleh.

"Siapa benarkan kau jalan?" Karl bersuara. Sebelah tangannya masih memegang lengan Arlyn .

Arlyn kaget.

"Err...kenapa bos?" Soal Arlyn.

Karl menunduk memandang ke bawah. Setepatnya kearah kakinya sendiri.

Arlyn ikut sama mengalihkan pandangan ke bawah.

Kelihatan kasut kulit hitam yang dipakai Karl sedikit kotor dan terdapat kesan berlekuk padanya.

Ice & Love (GxG) {ONGOING}Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang