Karl P.O.V
.
.
"Ye saya suka bos."
.
.
.
Hati aku merasakan satu perasaan yang...entah sukar untuk aku gambarkan. Tetapi sudah semestinya satu perasaan yang baik dan menggembirakan. Mendengar pengakuan yang keluar dari bibir mungil milik gadis di pangkuanku.
Terus sahaja aku memberikan kucupan pantas pada pipinya.
"Kenapa bos kiss saya?" Soalnya dengan wajah yang merona merah.
Aku tersenyum lebar.
Setelah sekian lama...rasa yang pernah hancur dan kini hadir semula disebabkan oleh si Dia yang sedang memandang aku dengan wajahnya yang tergamam dan kemerahan. Aku sememangnya tidak mampu untuk membendung perasaan yang semakin hari semakin bercambah dihati.
"Hadiah."
"Hadiah? Hadiah untuk apa?"
"Tak boleh ke aku kiss girlfriend aku sendiri?"
"Hah?" Mulut Arlyn melopong.
"Kenapa?" Tanya aku. Tangan aku masih memeluk pinggang Arlyn erat. Kalau boleh aku tak nak lepaskan.
"Bos kata apa tadi?" Soal dia sekali lagi.
"Tak boleh ke aku kiss girlfriend sendiri? Kenapa? Ada yang salah ke?"
Aku ada tersalah cakap ke? Kenapa reaksi Arlyn seperti terkejut?
Aku lihat gadis yang berada didalam pelukan aku ini sedang menelan liur. Telinga dia juga menjadi kemerah-merahan. Comel! Rasa nak gigit.
"Bos sebut girl...friend." Ucap nya lambat-lambat. Bernada seperti tidak percaya.
"Yes baby, my girlfriend."
Terus sahaja dia memalingkan wajah kearah lain. Telinganya semakin memerah.
Aku mengerutkan dahi.
'Aaa..patutlah.' Baru aku menyedari sesuatu.
Perlahan aku menarik tubuh Arlyn agar lebih rapat, lalu aku mendekatkan dahi serta hujung hidungku ke pipinya. Dapat aku rasakan tubuh Arlyn menegang.
"Would you like to be my girlfriend?" Bisik aku penuh kelembutan, penuh romantik.
Pap!
Suasana tiba-tiba menjadi gelap gelita diikuti dengan jeritan kecil Arlyn.
.
.
.
'Ergh! Masa ni lah takde elektriknya.' Aku melepaskan keluhan
Barulah aku sedar keadaan di luar rumah sedang berangin dan hujan lebat. Pastinya ada pokok tumbang yang menyebabkan bekalan elektrik rumah ku terputus.
"Bos, gelap." Bisik Arlyn.
"Kejap aku cari lilin."
Dia pantas bangun dari pangkuan ku, memberi laluan untuk aku berdiri. Aku menghidupkan lampu pada telefon pintar.
"Bos, saya ikut." Ujar Arlyn menyentuh hujung t-shirt yang aku pakai.
"Hmm?"
"Sini gelap sangat. Telefon saya dekat atas." Terangnya sedikit merengek.
Aku tersenyum tanpa sedar. Aih! Makin lama makin comel dia ni.
"Come." Aku menggenggam jari jemari gadis yang telah berjaya mencuri hati aku.
Kami berjalan beriringan menuju ke dapur. Cuba mencari lilin yang entah dimana aku letakkan.
Aku terbongkok-bongkok mencari di setiap laci dan kabinet yang ada di bahagian dapur. Arlyn turut membantu aku mencari lilin.
ANDA SEDANG MEMBACA
Ice & Love (GxG) {ONGOING}
RomanceUpdate Rank: #1/635 in GxG (4 August 2025) #2/882 in lgbt (6 April 2025) P/s: maybe bagi korang just a cliche story..tapi try baca dulu. Sebab saya sedaya upaya untuk ubah jalan cerita supaya tak nampak cliche. Even cara pengenalan watak2 utama pun...
