Arlyn P.O.V
"Morning minah, lambat kau bangun hari ni." Usik Erin sambil tersengih.
Awal-awal pagi lagi Makcik Kepoh ni dah nak mengusik aku. Tapi kejap...awal pagi apanya, dah jam 10 kot. Nak dekat tengahari.
Tersangatlah bukan diri aku untuk bangun selewat ini. Aku memang sudah terbiasa untuk bangun seawal 7 pagi pada hari-hari cuti. Hari bekerja? Sudah semestinya lebih awal dari itu.
Ni semua semalam punya pasal. Selepas aku memberikan 'hadiah' pada pipi bos, eh makin mengada pula dia tak nak balik. Jenuh dipujuk, akhirnya baru dia mengalah dengan wajah sedihnya. Dekat jam 3 pagi jugalah baru dia bergerak balik...
Lepastu aku kemas dapur, mandi apa semua...dah jam 4...Nasib je mata aku dah berat sangat masa tu. Letak je kepala atas bantal, langsung masuk ke dunia mimpi. Mujur harini hari minggu. Cuti.
.
.
"Emm...morning." Sapa aku mengambil tempat pada kerusi meja makan. Duduk berhadapan dengan Erin yang sedang bersarapan biskut serta air teh panas.
"Makan." Pelawa Erin.
"Takpe kau makan lah. Kejap lagi aku makan. Sakit kepala rasa tak cukup tidur ni. Pening-pening lalat."
Aku menongkat kepala diatas meja.
"Lambat ke dia balik semalam?"
"Jam 3 macam tu."
"Amboi, lama betul borak sampai jam 3. Rasanya kau keluar semalam belum jam 2 lagi. Buat apa ha dekat bawah lama-lama?" Erin tersengih mengusik.
'Alahh...dia ni sedar pula aku turun bawah temankan bos semalam.'
"Tajam eh telinga kau. Telinga lintah sungguh."
"Rumah ni bukan besar pun. Orang tu kena panggil baby pun aku boleh dengar, setakat bunyi buka tutup pintu tu apa lah sangat."
Oh shit! Itu pun dia dengar.
Tak tahu nak sorok mana dah muka ni. Rasa menyesal pun ada sebab duduk temankan dia bersarapan.
Macam mana nak hapuskan senyuman penuh 'kejahatan' perempuan depan aku ni ya? Nakal betul riak wajah dia sekarang ni.
Erin ni baik, memang baik. Tapi nakal dia ...hmmm...dua kali ganda lebih nakal dari kebaikan dia. Memang seronok berkawan dengan minah ni,...hanya...kalau bukan diri kau yang jadi bahan usikannya. Penat betul nak melayan.
"Dah lah, aku nak mandi." Aku cuba untuk melarikan diri.
"Eee..tunggu lah kejap. Temanlah aku makan."
"Yelah tu temankan makan. Macam aku tak kenal agenda tersembunyi engkau."
"Ala kau ni. Tu namanya borak-borak. Takkan tu pun tak boleh. Semalam elok je kau boleh teman kan bos kesayangan kau tu makan. Siap main suap menyuap lagi. Dengan aku jual mahal kau eh."
"Ha...tengok tu. Aku tau dah mesti ada benda kau nak kenakan aku."
Erin tersengih menampakkan giginya yang tersusun cantik.
"Hmm...apa kau nak tanya?" Soal aku. Aku dah malas nak berdalih-dalih dengan Erin. Banyak sangat benda kantoi tanpa sengaja. Nanti makin aku lari, makin kuat menyakat pula.
"Dari bila lagi kau dengan...Karl..."
"Kami tak bercinta pun." Potong aku pantas. Tahu apa yang hendak disoalkan Erin.
"Hah? Habistu ber 'baby' tu apa? Mana ada bos nak panggil staff dia baby. Melainkan bos tu jenis gatal merenyam. Ke...Karl jenis gatal orangnya? Dia kacau kau eh?"
ANDA SEDANG MEMBACA
Ice & Love (GxG) {ONGOING}
RomanceUpdate Rank: #1/635 in GxG (4 August 2025) #2/882 in lgbt (6 April 2025) P/s: maybe bagi korang just a cliche story..tapi try baca dulu. Sebab saya sedaya upaya untuk ubah jalan cerita supaya tak nampak cliche. Even cara pengenalan watak2 utama pun...
