Karl P.O.V
.
.
.
"Senyap je hari ni." Aku membuka aplikasi WhatsApp yang dipenuhi notifikasi berwarna biru dari beberapa penama dan group chat lain, tetapi tidak ada pada satu nama yang telah khas aku pin kan.
Aku membaca perbualan terakhir kami berdua.
Kali terakhir balasan yang aku terima jam 10 pagi tadi. Itu pun ucapan Good Morning berserta beberapa ayat yang menceriakan hari aku seperti kebiasaannya.
My A🤍
Good morning too🤍
Have a nice day,
take care & happy working
Sudah seminggu aku menginap di hotel ni atas urusan kerja. Dan program terakhir baru sahaja tamat petang tadi. Yang tinggal sekarang hanyalah majlis makan malam yang akan diadakan di dewan besar hotel malam ini.
Sekarang jam menunjukkan hampir 6 petang, dan masih ada lebih kurang satu jam lagi untuk aku bersiap ke majlis tersebut.
Tanpa berfikir panjang, aku langsung menelefon gadis yang telah aku pin kan chat nya.
Tidak perlu menunggu lama untuk panggilan aku diangkat.
"Hello."
Suara lembutnya ditenggelamkan oleh bunyi bingit lain yang menjadi latar di sebelah sana.
"Kau dekat mana? Bingitnya! Bunyi apa tu?"
Perlahan-lahan bunyi bingit itu menghilang.
"Sorry-sorry. Ada orang tengah busking sini. Okay dah ke? Boleh dengar?"
"Emm..."
'Busking? Dia keluar? Dengan siapa?'
"Kau pergi mana?"
"Saya dekat mall, jalan-jalan dengan Erin, shopping." Jawab Arlyn di sebelah sana.
Entah kenapa, terasa seperti dejavu.
Aku pernah dengar ayat ni. Hampir sama...Tolong katakan ini bukan seperti yang aku fikirkan...
Hati aku berdetak resah...
Bayangan lama terus memenuhi minda. Aku mengepal erat penumbuk, cuba untuk melawan imej-imej yang datang silih berganti di fikiran aku
"Tak bagitau aku pun nak keluar."
"Kena bagitau ke?" Soalnya.
"Mestilah, kau kan girl... Emm..." Aku menghentikan ayat.
'Tak, kami belum ada sebarang hubungan. Aku tak boleh nak halang dia untuk keluar. Itu hak dia.'
'Tapi kau dah luah perasaan dekat dia. Dia pun dah mengaku dia suka kan kau. So, kau ada hak untuk halang dia keluar. Dia kena bagitau kau. Macam mana kalau dia tipu, macam yang orang tu pernah buat dekat kau?'
Aku mengetap gigi. Menahan perasaan sendiri.
'Tak, tak boleh. Aku tak boleh samakan dia dengan orang tu. Arlyn berbeza. Arlyn takkan sama, aku percayakan Arlyn.'
Aku menarik nafas dalam. Cuba menghilangkan perang perasaan yang bermain di minda aku.
'Ya! Aku kena percayakan Arlyn. Aku tak boleh terbawa-bawa dengan trauma lama. Ini diri aku yang baru, dan kisah aku yang baru. Arlyn yang berjaya ubah aku jadi diri yang sekarang. Dia istimewa dan berbeza.' Aku membulatkan tekad.
.
.
.
.
"Kau nak duit tak? Bagi nombor account , aku transfer. "
ANDA SEDANG MEMBACA
Ice & Love (GxG) {ONGOING}
RomanceUpdate Rank: #1/635 in GxG (4 August 2025) #2/882 in lgbt (6 April 2025) P/s: maybe bagi korang just a cliche story..tapi try baca dulu. Sebab saya sedaya upaya untuk ubah jalan cerita supaya tak nampak cliche. Even cara pengenalan watak2 utama pun...
