Arlyn melangkah keluar dari dalam perut lif menuju ke ruangan pejabat. Sepanjang menunggu lif dan juga semasa berada di dalam lif tadi, bukan dia tidak perasan beberapa suara yang berbisik-bisik perlahan sambil memandang ke arahnya.
Lesu sahaja langkah kaki Arlyn menapak. Dia tidak suka menjadi perhatian orang seperti ini. Terasa menyesal pula kerana menolak arahan Karl yang menyuruhnya mengambil cuti.
Baru sahaja dia menolak pintu kaca yang menjadi pemisah diantara ruangan pejabat dan juga ruangan menunggu lif, semua pasang mata yang berada di dalam ruangan pejabat tersebut memandang ke arahnya.
Arlyn terhenti di hadapan pintu kaca tersebut. Liur ditelan kasar, seperti dia telah melakukan kesalahan yang teramat berat.
"Oh My God. Arlyn, Arlyn." Entah dari mana Madam Sarah datang menerpa dan terus menarik tangan Arlyn kearah beberapa orang pekerja yang berkumpul di satu meja. Meja kerja miliknya.
Ada yang berdiri, dan ada yang duduk di kerusi. Semua mata memandangnya yang tegak berdiri umpama pesalah menunggu hukuman.
Takut-takut dia memandang setiap pasang mata tersebut.
"Arlyn, apa jadi sebenarnya? Cer cite, cer cite." Lina terlebih dahulu bersuara.
Arlyn faham apa yang dimaksudkan dengan soalan tersebut.
Semasa dia bersiap-bersiap untuk ke tempat kerja, dia dikejutkan dengan terjahan Erin yang masuk ke dalam bilik sambil menunjukkan sesuatu di dalam telefon pintar miliknya.
Guess what?
Video kejadian didalam train yang dirakam oleh salah seorang penumpang telah tular dan di kongsi oleh beribu-ribu orang.
Mujur sahaja caption yang ditulis tidak mengarah kepada salah faham dan telah menceritakan perkara yang betul. Namun masih juga terdapat komen-komen negatif yang dilemparkan oleh netizen-netizen kepada si mangsa. Dan si mangsa tersebut sudah pastinya Arlyn.
"Err..."
"Ish, apa tanya macam tu. Dia dah lah masih trauma, kamu main terjah tanya gitu pula." Tegur Madam Sarah.
"Ala, saya nak tau cerita sebenar je. Sorry." Ucap Lina serba salah.
"Takpe Madam. Takpe Lina."
"Kamu okay tak ni? Kenapa tak ambil cuti je hari ni? Kamu tak nak rehat ke?"
"Saya okay je Madam, cuma rasa terkejut tu masih ada. Cuti tu tak perlu kot, sebab saya rasa masih okay untuk buat kerja lagi."
"Kuatnya mental awak Arlyn. Kalau saya lah, memang duduk berkurung dalam bilik je sekarang ni. Boleh mental breakdown. Trauma dah nak keluar berjalan. Eee...Takut lah dengan manusia perangai macam tu." Lina bersuara, seperti ketakutan.
Staf-staf lain yang ikut berkumpul juga mengiyakan ucapan Lina.
Arlyn sekadar tersenyum nipis.
'Dah cukup mental breakdown semalam....mujur je ada tukang pujuk.' Bisik hati Arlyn.
"Saya pun tak sangka benda macam ni boleh jadi dekat saya. Yelah selalu tengok kes-kes ni dalam drama, dalam berita luar negara je. Rupanya dekat sini pun ada juga."
"Kan...terkejut kak bila buka telefon tadi nampak video tu. Kesian kamu. Tapi macam mana kamu sedar orang tu buat benda tak senonoh dekat kamu? Bila yang kamu perasan dia mula ambil gambar dan video tu?"
"Saya tak tahu pun sebenarnya, cuma sebelum tu memang ada terasa macam ada orang tengah perhatikan saya. Lepastu masa dalam train, memang jelas sangat gaya lelaki tu agak lain. Asyik hala telefon ke arah saya, lepastu tersengih-sengih creepy. Tapi saya tak sempat nak buat apa pun lagi, tiba-tiba je bos dah serang lelaki tu dulu."
ANDA SEDANG MEMBACA
Ice & Love (GxG) {ONGOING}
RomantikUpdate Rank: #1/635 in GxG (4 August 2025) #2/882 in lgbt (6 April 2025) P/s: maybe bagi korang just a cliche story..tapi try baca dulu. Sebab saya sedaya upaya untuk ubah jalan cerita supaya tak nampak cliche. Even cara pengenalan watak2 utama pun...
