Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

IL 23: Skirt

767 67 16
                                        

Strike!

Tulisan yang tertera pada paparan skrin kecil diatas sebaik sahaja Karina berjaya menjatuhkan kesemua pin berwarna putih tersebut.

"Yes! Harini kau belanja makan." Ujar Karina sebelum melabuhkan duduknya pada kerusi.

Diam.

"Oi, kau dengar tak?" Karina mengawang-awangkan tangan dihadapan wajah seseorang yang duduk berlawanan dengannya.

Sepertinya orang itu berada didalam dunia sendiri sejak tadi.

"Oi, Karl!" Panggil Karina bersama tepukan kuat pada lengannya, berjaya mengembalikan Karl ke dunia nyata.

Terkebil-kebil sepasang mata berwarna coklat itu apabila disergah. Dia memandang sekeliling seketika.

"Kau ni tengah mabuk ke apa?" Soal Karina.

"Mana ada." Bidas Karl pantas.

"Dah tu gaya mamai macam orang mabuk. Aku panggil pun kau tak layan."

"Aku...tak dengar..."

"Aku cakap depan muka pun kau tak dengar?" Karina mengerutkan dahi.

"Tak...bukan...aku...hilang fokus kejap."

Karina menyepetkan mata. Memandang dengan pandangan tidak percaya.

"Yeke kejap? Rasa nya dari start kita main tadi lagi kau macam tak fokus. Kalau tak takdelah bola kau banyak ke longkang. Jarang-jarang aku boleh menang mudah dengan kau ni."

Karl tersenyum senget. Memang benar kerana selalunya persaingan diantara mereka berdua cukup sengit. Kalah pun hanya kalah tipis beberapa mata.

"Anggap lah harini rezeki kau."

"Kau ada masalah kan sebenarnya? Tak nak share dengan aku?"

"Aku okay. Dah habis main kan? Jomlah balik."

"Jangan nak kelentong aku. Ingat sikit kita ni dah kenal dekat 8 tahun. Dengan Arlyn boleh lah kau nak kata macam tu, lagipun dia masih hormat kau sebagai majikan dia. Apa je kau kata semua dia ikut, semua dia percaya. Dengan aku jangan harap kau nak menipu." Ugut Karina.

Karl melepaskan keluhan. Susah betul nak menipu doktor seorang ni.

"Aku...hmm...tak tau nak cakap macam mana."

"Kau gaduh dengan Arlyn kan?" Tebakkan Karina membuatkan Karl terdiam.

"Aku agak dah. Ni mesti kes kau tinggal dia haritu."

"Emm..." Gumam Karl perlahan. Dia sedikit menunduk.

"Dah dua hari kami tak bertegur." Beritahu Karl tanpa disoal.

"Dekat office pun? Chat?" Tanya Karina.

Karl mengangguk.

"Chat memang tak dapat sebab telefon dia masih rosak."

"Macam mana kau tau? Ke alasan kau je."

"Tak...memang tak dapat. Aku send chat masih 1 tick. Aku call masih masuk voicemail."

"Hmm kes berat dah ni. Jadi apa je cara lain kau dah buat nak pujuk dia?"

Karl berdiam diri.

"Seriuslah kau masih belum pujuk lagi?" Ucap Karina tidak percaya.

"Aku...ada ajak dia breakfast sekali, end up jadi gaduh semula. Aku jadi sakit hati bila aku ajak makan, senang-senang dia tolak ...tapi bila mamat tu bagi bunga, laju pula dia terima. Dia kata takde perasaan dekat mamat tu, tapi kenapa mamat tu dia boleh layan lagi elok dan bukan aku."

Ice & Love (GxG) {ONGOING}Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang