Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

IL 16: Telefon

647 48 17
                                        

Arlyn P.O.V
.
.
.
Beberapa perubahan telah berlaku selepas kejadian 'love confession' yang tak dirancang semasa aku bermalam di rumah bos. Bos dan aku menjadi lebih rapat dan kerap bersua muka hampir setiap hari.

Memandangkan kami juga yang menguruskan hampir keseluruhan urusan untuk produk baharu yang diberi nama Sparkle Ice. Terutama sekali dengan pihak pengilang dan badan-badan yang berkaitan. Sudah tentu lebih banyak masa kami terluang bersama lebih-lebih lagi pada waktu bekerja.

Dan sekarang minuman tersebut telah mendapat kelulusan untuk di mulakan proses pembuatannya. Perkara yang belum selesai sekarang hanyalah urusan - urusan berkaitan pemasaran produk tersebut.

Perihal aku dan bos, hubungan kami masih sama...sebagai staff dan bos di pejabat. Namun diluar waktu pejabat...hanya kami yang mengetahui. Meskipun belum ada nama yang sesuai untuk hubungan kami sekarang ini.

Mahu disebut sebagai pasangan kekasih, aku sendiri mengatakan belum bersedia kearah hubungan itu. Namun, untuk disebut hubungan kami hanyalah sebatas kawan sahaja...

Mustahil...

Kerana keduanya sudah saling meluahkan perasaan. Dan pada akhirnya kami hanya membiarkan hubungan ini tanpa ada nama yang tepat. Cukup sekadar kami yang memahami.
.
.
.

"Kau dekat mana? Bingitnya! Bunyi apa tu?" Soal bos, dari dalam telefon.

Aku memandang kearah sekumpulan lelaki yang menyanyikan lagu sambil bermain alat muzik di tengah-tengah mall. Pantas aku menjauhkan diri dari kawasan tersebut.

"Sorry-sorry. Ada orang tengah busking sini. Okay dah ke? Boleh dengar?"

"Emm..."

"Kau pergi mana?"

"Saya dekat mall, jalan-jalan dengan Erin, shopping."

"Tak bagitau aku pun nak keluar."

Nada suara bos agak berbeza. Seperti curiga.

"Kena bagitau ke?"

"Mestilah, kau kan girl... Emm..." Dapat aku dengar dia yang melepaskan keluhan.

Aku mengerutkan dahi.

'Kenapa bos macam tak suka aku keluar? Kenapa aku kena inform dia dulu?' Hanya mampu aku persoalkan di dalam hati.

'Aku nak keluar ni pun tak pernah minta izin dengan parent. Dah besar kan? Kenapa kena minta izin?'

Keadaan tiba-tiba senyap di sebelah sana.

"Hello bos?" Panggil aku.

"Kau nak duit tak? Bagi nombor account , aku transfer. " Ujar bos selepas diam beberapa saat. Intonasi suaranya juga berubah lebih tenang.

"Hah? Untuk apa?"

"Shopping lah. Kau kata tengah shopping."

"Eh, tak payah. Saya ada duit sendiri." Aku menghalang. Dah kenapa siap nak bagi duit pula.

"Tak nak, sudah. Aku kaya, aku banyak duit boleh bagi. Bagitau je nak berapa, sekelip mata aku boleh transfer kan."

Aku tergelak kecil mendengar ayat tersebut.

"Ye saya tau bos kaya, tapi saya ada duit saya sendiri. Jangan risau."

"Betul ni tak nak? Nanti jangan menyesal."

"Iye saya tak menyesal pun. By the way, kenapa call tiba-tiba. Selalunya bos akan chat dulu."

Sudah seminggu dia berada diluar daerah atas urusan syarikat. Maka, selama seminggu juga lah kami tidak bersua muka. Malah secara panggilan video juga tiada, memandangkan jadual bos yang padat dengan urusan yang perlu diselesaikan. Hanya melalui chat sahaja kami saling bertukar cerita. Itu pun kami akan hanya membalas apabila masing-masing ada kelapangan masa.

Ice & Love (GxG) {ONGOING}Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang