PENGENALAN BAB 1

29 0 0
                                    

Terlebih dahulu aku nak berterima kasih kepada korang yang sudi baca novel ni. Novel ni bukan kisah yang hebat sangat tapi aku tetap nak menyampaikan kisah hidup seseorang ni. Dan orang itu adalah aku. Hehehe.... nama aku Aiman, dan aku berusia 21 tahun. Aku ni orang biasa-biasa jer, rambut belah tengah, berkaca mata bulat, mata yang sepet dan berkulit putih, tapi! aku bukan budak skema. Pekerjaan aku pula, hehehe..... security sekolah. Well, bukan aku maju dengan cita-cita aku. Aku juga pernah daftar dalam polis, tentera darat dan navy. Dan ya, bukan rezeki aku. Tapi takpelah, dengan gaji dan kehidupan aku sekarang, alhamdulillah masih aku mampu bantu keluarga aku. Rutin harian aku? Hanya Tuhan saja tahu betapa bosannya kehidupan aku. Bangun pagi, mandi, pakai baju pergi kerja, balik kerja, mandi, makan dan... tidur. Macam tulah hari-hari yang seterusnya, sehinggalah suatu hari kehidupan aku berubah dengan hanya satu pertemuan aku dengan seseorang.

"Bagitahu nama? Saya nak catat." Aku bermain dengan pen di tangan, sedia untuk menulis nama-nama sekumpulan budak praktikal yang hadir ke sekolah untuk melapor diri. Aku melihat setiap muka kumpulan tersebut sehinggalah mata aku tertumpu kepada seorang gadis berkaca mata bulat. "Ish comelnya!" puji aku dalam hati. Gadis itu berbaju kurung yang mungkin dalam ketinggian 145 cm. Dengan ketinggian aku 175 cm, confirm si comel ni paras-paras dada aku aja.

"Nama saya Afieqah." Suara gadis itu bergema tatkala tiba giliran dia. Aku mencatat namanya di bawah yang lain. Oh, Afieqah namanya..... Setelah itu mereka semua beredar dari pondok guard dan menuju ke arah pejabat sekolah untuk melaporkan diri mereka di sana. Aku menepuk bahu partner sekerja aku bernama Suhairi, "Abang nampak tak? Yang kecil-kecil tu....? comel kan!!!!" kata aku kepada Suhairi.

"Yang mana satu?" tanya Suhairi kembali kepada aku.

"Ala.... yang pakai tudung berwarna merah tu," jawabku sambil memuncungkan bibirku ke arah si comel itu.

"Oh! Yang tu, kenapa?" tanya Suhairi lagi kepada aku sambil mengangkat keningnya.

"Agak-agak kalau saya try dia dapat tak?" kata aku kepada Suhairi dengan muka berlagak, aku menyuakan pertanyaan itu.

"Try dia? Kau sedarlah diri tu Aiman, kau tu security jer, dia tu bakal jadi cikgu, bagai langit dengan bumi tau," ujar Suhairi.

Aku menjeling tajam ke arah Suhairi, "Ish! Abang ni, orang bagilah kata-kata semangat sikit. Ini tak, hilang semangat saya!!!!" rungut aku mendengarkan telahan Suhairi.

Suhairi ketawa geli hati, "Hahaha okey macamni. Kamu trylah dia dulu itu pun kalau dia pandanglah. Abang takut nanti dicop kamu ni jaga gatal jer..."

"Ala abang ni..." rungut aku dengan senyuman.

Tepat pada pukul 10 pagi, aku melaksanakan tugas aku. Siap segala kerja, aku melangkah ke pondok security kembali.

"Pak gak! Pak gak!" Suara budak-budak sekolah lantang menjerit memanggilku. Ketika ni waktu rehat tahap pertama, aku melambai kembali ke arah mereka. Mungkin aku ni suka melayan kerenah keanakkan mereka menyebabkan budak-budak ni lebih selesa dengan aku di sekolah ni.

"Ye! Ni dah makan ke belum?" tanya aku kepada mereka. Memandangkan jarak kami jauh aku terpaksa menjerit supaya sapaan aku didengar mereka.

"Pak gak, cantikkan cikgu ni?" jeritan mereka membuatkan mata aku tertumpu pada satu susuk badan di antara budak-budak sekolah. Aku terpaku sebentar, "Lah, si comel rupanya..."

Masa tu barulah aku perasan kehadiran si gadis comel tu. "Alamak! Aku nak jawab apa ni? Aduh, aku jawab cantik karang dia katanya aku gatal. Kalau aku tak jawab nanti dia kata aku sombong pula," keluh aku dalam hati.

Si comel itu, memandang aku seolah-olah menunggu jawapan dari aku.

"Kan comel aja cikgu tu..." aku jawab namun aku sendiri ragu dengan jawapan aku. Si comel itu hanya tersenyum dan melangkah ke arah tangga yang berdekatan.

"Alamak! Kenapalah aku jawab macam tu. Mesti dia cop aku ni gatal. Aduhhhh...." rungut aku dalam hati. Budak-budak yang melihat situasi aku hanya ketawakan aku sahaja. Dengan pasrah aku meneruskan langkah aku ke pondok securiti.

Setelah sampai di pondok security, aku ceritakan kembali situasi tadi kepada Suhairi.

"Hahaha.... yang kau jawab macam tu kenapa?" tawa Suhairi.

"Manalah saya tahu, masa tu otak saya jem. Agak-agak dia cop saya lelaki gatal tak?" tanya aku kepada Suhairi.

Dengan muka yang cukup pasrah aku termenung memikirkan nasib. Kedengaran loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah sudah tamat. Kebiasaannya, cikgu-cikgu akan menjalankan tugas mereka di pintu gerbang sekolah untuk memastikan keselamatan pelajar-pelajar sekolah tersebut selamat pergi dan pulang dari sekolah. Manakala aku dan kawan sekerja aku bertugas di gerbang besar meneliti setiap kereta yang keluar masuk pintu gerbang tersebut.

Suhairi datang mendekati aku sambil tersenyum.

"Aiman, tengok siapa kat sana?"

Dengan matanya dituju ke satu arah, membuatkan aku tertanya siapa yang dikatakan oleh Suhairi itu. Aku menoleh ke arah yang dituju oleh Suhairi.

"Tu, si comel kamu ada dekat sana tu. Peluang tu, pergilah tegur" kata Suhairi.

Aku terdiam tatkala pandangan aku tertumpu pada sekumpulan cikgu-cikgu yang berada di pintu gerbang itu. Aku tersengih.

"Malulah bang..." kata aku.

"Pergilah cepat, peluang depan mata tu." Gesa Suhairi sambil menolak aku. Gara-gara didesak oleh Suhairi, aku menuju ke arah si comel itu.

"Ish, kalau kau tak gesa aku pun, aku dengan suka rela jumpa si comel ni." Teriak aku dalam hati.

"Assalamualaikum cikgu, tak panas ke? Saya ada air ni. Ambillah," sapa aku kepada si comel itu dengan menghulurkan dua botol mineral yang sempat aku ambil di pondok security tadi.

"Waalaikumsalam, eh susah-susah je," jawab si comel itu sambil menyambut air mineral dari tangan aku. Si comel itu tersenyum ramah. Aku terpaku seketika.

"Perghh!!!! Comel giler suara dia. Sopan pulak tu." Jerit aku dalam hati.

"Eh, tak susah pun cikgu. Cikgu berapa lama praktikal kat sini?" tanya aku cuba memanjangkan perbualan kami.

"Oh, saya kat sini tiga bulan jer. Kenapa?" tanya si comel tu sambil menyengetkan sedikit kepalanya. Sekali lagi aku terkedu melihat kerenah gadis comel itu.

"Ah, eh takde pape, saja jer tanya." Jawab aku dengan pantas.

Si comel itu tertunduk sedikit kepalanya.

"Kalau macam tu, okeylah bye-bye saya pergi dulu eh. Assalamualaikum," pinta si comel itu lalu beredar dari situ.

"Waalaikumsalam," aku menjawab salam dengan keadaan terkedu memandangkan perbualan kami terhenti di situ.

Waduhhh...

BERSAMBUNG...

AKU SECURITY SEKOLAH Where stories live. Discover now