Tiba hari terakhir si comel, majlis perpisahan diadakan untuk meraikan tamatnya tempoh praktikal Si Comel bersama guru-guru lain. Mereka menyambutnya di bilik guru, mengundang semua pekerja untuk bersama-sama menikmati jamuan yang telah disediakan. Aku hadir dengan senyum kecil, mengambil hidangan yang ada, dan duduk di meja untuk menjamu selera.
Tidak lama kemudian, Si Comel muncul dan duduk berdepan denganku. Dia tersenyum ceria sambil memandang tepat ke arahku.
"Assalamualaikum... Awak dah ada ke jawapan yang saya tunggu-tunggu tu?" tanya Si Comel, pipinya yang tembam ditopang dengan satu tangan, matanya bersinar mengharap.
Aku berhenti makan, memandangnya dengan wajah serius. "Saya setuju," balasku, bibir mengukir senyum tipis.
"Yes!!!" Si Comel bersorak girang hingga menarik perhatian semua orang di bilik itu. Cepat-cepat dia tunduk dan berbisik malu, "Eh... sorry!"
Aku ketawa kecil melihat gelagatnya. "Okeylah, saya nak sembang-sembang dengan cikgu-cikgu lain," katanya sebelum berlalu ke arah rakan-rakannya. Aku hanya tersenyum, menggeleng kecil melihat telatahnya.
Selepas makan, aku bangkit untuk keluar dari bilik guru, meneruskan tugasanku. Tiba-tiba, terdengar suara halus memanggil.
"Awak... kejap!" Si Comel berlari-lari anak keluar dari bilik guru, mendekatiku dengan wajah penuh harap. "Esok awak cuti, kan? Temankan saya boleh?"
Aku memandangnya, terhibur dengan wajahnya yang comel dan bersungguh-sungguh itu. "Teman pergi mana?"
"Adalah... boleh lah, awak..." Si Comel membuat suara manja, memujuk sambil menggoyangkan bahu.
Aku akhirnya mengangguk. "Ye lah... tapi dengan satu syarat."
Dia memandangku curiga. "Syarat apa tu?"
"Kita naik motor saya. Setuju?"
"Hem... okeylah, tapi awak janganlah main brek-brek pula ya," katanya dengan tegas, lalu tersenyum puas.
---
Keesokan Harinya
Pagi itu, aku menunggu Si Comel di hadapan rumah, hati berdebar-debar memikirkan pertemuan kami. Setelah beberapa minit menanti, sebuah kereta mewah berhenti di hadapan pagar rumahku. Pemandu peribadi Si Comel keluar, membuka pintu belakang, dan Si Comel melangkah keluar dengan langkah yang tertib.
Dia tersenyum padaku sambil melambai kecil. "Assalamualaikum," sapanya dengan lembut, wajahnya tampak ceria walaupun pagi masih awal.
Aku membalas senyumannya sambil menjawab, "Waalaikumussalam, Si Comel." Terasa jantungku berdegup lebih kencang daripada biasa, namun aku cuba mengekalkan wajah yang tenang.
"Maaf lambat, awak. Tadi jalan jem sikit," katanya sambil tersenyum manis, meminta maaf dengan nada lembut.
Aku menggeleng kecil. "Tak apa. Dah jom," balasku, memberikan helmet kepadanya sambil tersenyum.
Dia mengambil helmet itu, memandangku dengan wajah bingung. "Macam mana nak pakai ni?" tanyanya, wajahnya tampak sedikit cemas.
Aku tertawa kecil dan mengambil helmet itu daripadanya. "Tak reti ke? Kejap," kataku, lalu memakaikan helmet itu dengan berhati-hati di atas kepalanya, memastikan ikatannya kemas. Wajahnya memerah, mungkin kerana kami begitu dekat.
"Dah siap... Eh, awak kenapa muka merah ni?" usikku sambil tersenyum.
Dia cepat-cepat memalingkan wajahnya, "Eh, tak ada apa-apa. Dah-dah, jom!" katanya dengan nada tergesa-gesa, sebelum naik ke motosikal.
Aku tersenyum nakal sambil berkata, "Eleh, malu la tu."
Si Comel menepuk bahuku dengan ringan, "Awak ni! Dah, bawa saya ke AEON," katanya sambil ketawa kecil.
Aku mengangguk dan menyalakan enjin, bersedia untuk membawa Si Comel memulakan hari bersama. Di dalam hati, aku berharap hari ini akan menjadi kenangan manis untuk kami berdua.
BERSAMBUNG...

YOU ARE READING
AKU SECURITY SEKOLAH
RomanceSEORANG LELAKI BERNAMA AIMAN, YANG BEKERJA SEBAGAI PENGAWAL KESELAMATAN DI SEBUAH SEKOLAH, TELAH JATUH CINTA PADA SEORANG GURU YANG DIGELAR "SI COMEL." NAMUN, CINTA MEREKA TERHALANG OLEH IBU BAPA SI COMEL DISEBABKAN PEKERJAAN AIMAN YANG HANYA SEORAN...