SENGKETA YANG TAK TERDUGA BAB 16

4 0 0
                                    

Di tengah-tengah perbincangan kami, tiba-tiba terdengar suara memberi salam dari arah pintu. "Assalamualaikum."

Semua berpaling ke arah pintu hadapan, dan di situ berdiri seorang jejaka berkemeja kemas, tinggi, dengan wajah yang seolah-olah terukir sempurna. Langkahnya penuh yakin, dan auranya mendominasi ruang. Dia melangkah masuk, membuatkan suasana berubah sedikit tegang.

"Waalaikumsalam," jawab Papa Si Comel, tersenyum mesra sambil menjemput jejaka itu duduk di sebelahku. Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman, tetapi dia hanya memandang dingin tanpa menyambut. Perlahan-lahan, aku menarik semula tanganku, cuba menahan rasa tersinggung.

Papa Si Comel tersenyum kecil ke arahku. “Kenalkan, ni Aniq, anak kawan Papa. Baru balik dari luar negara.”

“Aniq ni balik cuti semester je. Lama betul tak jumpa,” tambah Papa Si Comel dengan nada bangga, seolah-olah Aniq itu anak kandungnya sendiri.

Si Comel, yang sejak tadi hanya mendengar, mencelah dengan nada ceria, “Wah, belajar kat mana, bang?”

Aniq sekilas memandangnya dan tersenyum nipis. “UK. Ambil bisnes je. Tak hebat mana.”

Aku cuba menyertai perbualan untuk meleraikan ketegangan yang kurasakan. "Baguslah tu, bisnes banyak cabangnya. Mungkin lepas ni boleh buka syarikat sendiri."

Namun, Aniq hanya mengangguk kecil tanpa menoleh. Rasanya seperti aku tak wujud di situ. Hati aku sedikit terusik, tetapi aku cuba mengabaikannya.

Si Comel memandangku dengan simpati dan berbisik, “Aiman, jangan ambil hati sangat, ya? Abang Aniq memang macam tu, suka berlagak.”

Aku hanya tersenyum tawar, tak mahu dia melihat rasa tersinggungku. "Tak apa, aku okey je."

Sementara itu, Papa Si Comel memandang ke arahku dengan wajah serius. "Aniq ni bukan sekadar anak kawan Papa… mungkin juga bakal jadi sebahagian dari keluarga kita nanti."

Degupan jantungku semakin laju, mata aku segera beralih kepada Si Comel, yang tampak terkejut namun segera tersenyum kecil. Rasa tak sedap hati tiba-tiba menyelinap. “Apa maksud Pakcik?” Aku bertanya perlahan, suaraku hampir tersekat.

Papa Si Comel hanya tersenyum misteri. “Nanti kamu akan tahu juga. Sementara itu, berkenalanlah dengan baik.”

Aniq memberikan pandangan sinis yang sukar ditafsirkan, seolah-olah dia tahu sesuatu yang aku tak tahu. Ketegangan di antara kami semakin jelas, namun aku cuba mengawalnya.

Beberapa saat kemudian, Papa Si Comel mengajak kami semua keluar untuk mengambil angin petang. Kami melangkah keluar, diiringi suasana senja yang indah. Cahaya jingga matahari melatari rumah, angin petang berhembus lembut, sepatutnya memberi ketenangan, tetapi ada sesuatu yang membuatkan aku rasa tak selesa.

Aniq berjalan di hadapan, langkahnya panjang dan penuh keyakinan. Aku dan Si Comel mengikut dari belakang, masing-masing tenggelam dalam fikiran sendiri. Tiba-tiba, Aniq berhenti dan berpaling, memandangku dengan pandangan yang sinis.

“Kau ingat kau boleh senang-senang masuk dalam hidup keluarga ni?” katanya perlahan, tetapi penuh dengan sindiran.

Aku tersentak, cuba kekal tenang. “Apa maksud kau, Aniq?”

Aniq mendekat, pandangannya tajam, senyumannya sinis. “Aku tahu jenis orang macam kau. Kau cuma nak tumpang kesenangan keluarga ni. Mungkin kau rasa kau boleh jadi sebahagian daripada mereka, tapi aku tahu niat sebenar kau.”

Aku menelan kepahitan, namun cuba melawan dengan tenang. “Kau tak kenal aku, jadi tak perlu buat tuduhan tanpa alasan.”

Dia ketawa kecil, penuh sindiran. “Kau boleh menipu diri sendiri, tapi jangan cuba tipu aku. Kau berpura-pura baik, cuba ambil hati semua orang.”

Si Comel, yang mendengar semuanya, akhirnya bersuara, “Aniq, cukup! Apa yang kau cakap ni? Dia tak buat apa-apa pun pada kau.”

Aniq memandang Si Comel, wajahnya tetap sinis. “Awak tak nampak? Orang macam dia ni takkan lepaskan peluang nak ambil kesempatan.”

Aku berasa perit dihina di hadapan Si Comel, namun aku cuba menahan diri. Aku mengambil nafas dalam, cuba menyembunyikan amarah yang kian membara. "Kalau kau rasa kau tahu semuanya, teruskanlah dengan prasangka kau. Tapi aku takkan biarkan kata-kata kau tentukan siapa aku."

Pandangan Aniq masih tajam, namun kali ini dia diam. Dengan wajah tak berperasaan, dia berpaling dan berlalu pergi, meninggalkan aku dan Si Comel terpaku di situ.

Si Comel memandangku dengan mata penuh simpati. “Aiman… maafkan Abang Aniq. Dia mungkin tak faham kau. Jangan ambil hati, ya?”

Aku cuba tersenyum kecil untuk meyakinkan Si Comel, walaupun senyuman itu terasa tawar. "Tak apa. Kadang-kadang orang takkan faham, tapi aku tahu siapa aku."

Kami berdiri di situ, di bawah langit petang yang kian merona jingga, dalam kesepian yang penuh emosi yang sukar diungkapkan.

Setelah beberapa ketika, Si Comel mengusulkan, “Awak..., jom saya hantarkan awak balik. Nanti kita boleh jumpa lagi.”

Aku mengangguk, menghargai perhatian dan keikhlasan Si Comel. Kami berjalan beriringan menuju ke kereta yang diparkir tidak jauh dari rumah. Angin sepoi-sepoi membuatkan suasana terasa lebih ringan, tetapi bayangan peristiwa yang baru berlaku masih menghantui fikiran.

“Dia tu memang selalu macam tu,” kata Si Comel sambil memandang ke arahku. “Abang Aniq kadang-kadang suka berlagak. Dia bukan selalu begitu, aku rasa mungkin dia tertekan dengan belajar di luar negara.”

Aku hanya mengangguk, tak mahu memperpanjang cerita tentang Aniq. “Tak apa, awak... saya okey je. Kita tak perlu ambil hati dengan kata-kata orang lain,” balasku, cuba menenangkan diri dan juga dia.

Setelah sampai ke kereta, aku membuka pintu dan menghulurkan tangan untuk membantu Si Comel masuk. Dia tersenyum, berterima kasih sebelum melangkah masuk. Dalam perjalanan pulang, kami berbual tentang pelbagai perkara ringan, dari rancangan hujung minggu hingga ke hobi masing-masing. Suara tawa Si Comel mengisi kereta, memberi aku sedikit kebahagiaan walaupun dalam keadaan hati yang masih tertekan.

Setelah sampai di depan rumahku, aku memberhentikan kereta dan menoleh ke arah Si Comel. “Terima kasih sebab hantarkan saya, Awak... saya hargai sangat.”

Dia tersenyum lebar. “Sama-sama, Awak. Apa-apa pun, ingat, jangan terlalu ambil hati dengan apa yang orang lain kata. Yang penting, kita tahu siapa diri kita.”

Aku mengangguk, berusaha menguatkan hatiku. “saya akan ingat pesanan awak.”

Sebelum aku keluar dari kereta, Si Comel menambah, “Nanti kita jumpa lagi, ya? Kita boleh buat sesuatu yang seronok!”

“Pasti!” balasku dengan senyuman, merasakan kehangatan persahabatan kami.

Dengan itu, aku melangkah keluar dari kereta dan memberi isyarat selamat tinggal sebelum Si Comel meluncur pergi. Melihat keretanya menghilang di hujung jalan, hatiku berasa sedikit tenang. Dalam hati, aku bertekad untuk tidak membiarkan kata-kata Aniq menggangu fikiranku dan hubungan baikku dengan Si Comel.

BERSAMBUNG....

AKU SECURITY SEKOLAH Where stories live. Discover now