RANCANGAN BAB 3

9 0 0
                                    


Aku tiba di rumah selepas pulang dari bekerja. Aku membuka WhatsApp, kemudian aku dapati si comel telah menyimpan nombor telefon aku kerana status WhatsAppnya muncul di skrin telefonku. Aku terus menjalankan rancangan, aku pos status aku tengah memasak, mengemas, mengaji, dan banyak perkara yang aku lakukan yang mungkin menarik minat perempuan. "Hahaha... banyak dah aku pos status ni... mesti dia tengok lepas tu puji-puji aku," aku berangan sambil baring dan senyum macam kerang busuk.

Keesokan harinya, aku termenung mengenang nasib di dalam pondok keselamatan. "Kau dah kenapa, Aiman? Muka macam orang mati bini je... lepas tu buang tabiat apa semalam pos status banyak-banyak, tak pernah-pernah pos status macam tu?" tanya Suhairi kepada aku. Aku menghadap Suhairi. "Abang tahu tak, saya buat status banyak-banyak macam tu... dengan harapan si comel tu tertarik dekat saya dan membalas status, tapi si comel tu tak respon pun status saya," jawab aku kepada Suhairi sambil mengeluh.

"Abang ada rancangan tak? Otak saya dah jem, tak boleh fikir dah ni," tanya aku kepada Suhairi.

"Hah! Macam ni, Aiman. Nanti waktu budak-budak balik sekolah, si comel kau tu kan bertugas. Kau ambil bunga ros belakang sekolah tu, kemudian beli air kotak. Lepas tu, suruh budak yang boleh dipercayai bagi dekat si comel kau tu. Kalau dia terima, itu tandanya dia pun suka dekat kamu," cadangan Suhairi kepada aku yang tengah buntu.

Aku terus menjalankan cadangan itu. Aku mengambil sekuntum bunga ros dan membeli air kotak. "Okey, semua dah ada. Harap-harap ada balasan dari si comel itu," bersuara aku dalam hati sambil menunggu waktu pulang sekolah.

Telah tiba waktu pulang sekolah. Si comel itu sedang bertugas memastikan murid-murid selamat pulang. "Okey... boleh dah ni jalankan perancangan yang Suhairi cadangkan," bisik aku dalam hati. "Adik nampak tak cikgu cantik comel tu? Tolong berikan air dan bunga ini dekat cikgu tu," arah aku kepada seorang pelajar di situ.

Pelajar itu memberikan air dan bunga ros kepada si comel itu. Si comel menyambut bunga dan air yang diberikan oleh murid tersebut, kemudian berpaling ke arah aku. Aku segera mengalihkan pandangan dari si comel itu. "Aduh... kenapa berdebar sangat ni?" bisik aku. Dengan perlahan-lahan, aku toleh kembali ke arahnya. Si comel itu sedang berbisik kepada murid itu, kemudian murid tersebut menuju kembali ke arah aku.

"Pak Guard! Cikgu tu suruh kata terima kasih dekat Pak Guard," kata pelajar tersebut. Aku melirik ke arah si comel itu sekali lagi. Si comel itu tersenyum ke arah aku sambil melambai tangan. Aku membalas lambaian itu dengan senyuman. "Nampaknya, ada orang tu tak lama lagi ada peneman dah," bersuara Suhairi di sebelahku.

Jam 8:00 malam, waktu pulang dari bekerja. Aku mencapai motor kapcai untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba motor aku mati dan tidak boleh dihidupkan. "Aduh!... Kau masa ni lah buat hal... Mana ada bengkel buka masa-masa macam ni," merungut aku sambil mencari masalah motor.

Ketika aku tengah mencari punca kerosakan motor, sebuah kereta Honda berwarna biru berhenti. "Aku macam kenal je kereta ni," kata aku. Pemilik kereta itu membuka pintu dan turun, lalu mendekati aku. Dengan silau akibat cahaya kereta itu, aku memerhati orang itu.

"Boleh saya bantu?" suara merdu ternyata si comel itu.

BERSAMBUNG...

AKU SECURITY SEKOLAH Where stories live. Discover now