Pagi tu aku mengejut Hanif dari tidur. Kelihatan Hanif tidak mengedahkan terlalu lena tidur mungkin. Hanif... Hanif... ayah nak pergi kerja ni... Kata aku ingin mengejutkan Hanif. Menggunakan tangan aku memegang lembut dahi Hanif. Panas!. Hanif demam ke?
Hanif rasa macam tak laratlah ayah. Kedengaran suara Hanif yang lemah. Aku membasahkan kain lap dengan air di dalam baldi. Aku letakkan pada dahi Hanif. Berat hati ingin meninggalkan Hanif dengan keadaan macam ni. Aku mengambil kunci motor. Sebelum aku melangkah keluar aku toleh melihat Hanif. Jangan risau tiada apa-apa yang akan terjadi ketika aku tiada di rumah. Bisik hati aku.
Di tempat kerja aku kurang senang hati. Risau jika ada apa-apa yang terjadi pada Hanif di rumah. Entah kenapa tiba-tiba fikiran aku teralih kepada Hafis. Sebelum ini kami sering bersua muka ketika aku melakukan shift malam. Sekarang setelah aku bertukar shift jadi kami makin susah bersua.
Jam bekerja telah berakhir. Aku berkemas untuk pulang. Tiba-tiba pintu pondon pengawal di ketuk. Hi abang Nik!! sapa Qil. Aku melihat jam tangan pukul 6.30. Pukul berapa dah ni, kamu belum balik?! kata aku dengan nada terkejut. Belum abang Nik, tunggu Mama balik kerja. Kamu puasa tak ni? soal aku. Puasa! mama kata Qil dah besar jadi Qil kena puasa. Jelas Qil.
Boleh Qil pinjam telefon Abang? Qil nak telefon Mama. Pinta Qil sambil menghulurkan tangan. Ada nombor Mama tak? Qil mengeluarkan beg sakunya terdapat sepotong kertas yang tertulis nombor telefon. Ini abang Nik!
Aku pun mengambil cebisan kertas lalu menekan nombor telefon yang tertera pada kertas itu. Hello siapa ni? kedengaran suara mama Qil menjawab. Puan ini saya sekuriti sekolah, boleh puan jemput anak puan sekarang? di sekolah hanya tinggal anak puan sahaja. Alamak! maaf ye encik!! saya lupa jemput anak saya. Terasa sakit hati mendengar jawapan ibunya. Bagaimana seorang ibu boleh lupa menjemput anaknya.
Aku dan Qil pun duduk bersama sebelum ibunya tiba menjemput anaknya baru aku pulang ke rumah. Di rumah aku mencari Hanif di bilik. Risau dengan keadaan dia sedang demam. Aku membuka pintu biliknya. Hanif tiada dalam bilik. Tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi air di dapur. Mungkin Hanif berada di tandas.
Hanif dah sihat? soal aku setiba di dapur. Ternyata Hanif sedang membasuh baju. Mata aku tertumpu pada beberapa pakaian yang di rendam dalam air dan ada yang sedang Hanif berus termasuk dengan pakaian aku. Hanif dah okay ayah. Kata Hanif sambil tersenyum. Tangannya simbuk memberus pakaian aku. Kenapa Hanif cuci baju ayah?
Hanif nampak bilik ayah bersepah, mungkin ayah sibuk sampai tak ada masa cuci baju jadi Hanif tolong cucikan. Dekat kampung pun Hanif selalu tolong nenek cuci baju. Jelasnya.
Kami berbuka hasil makanan yang kami beli di bazaar. Kami beli bersama. Hanif memilih mie kari kegemarannya dan aku membeli nasi ayam. Kami berbuka bersama dan berbual mengenai kehidupan Hanif di kampung. Terasa bahagia sekali. Lama kami tidak duduk bersama berbual sebegini. Selesai berbuka kami duduk di sofa menonton televisyen bersama.
Tiba-tiba aku mendapat satu panggilan dari ibu Qil. Katanya mereka dalam perjalanan datang ke rumah aku. Aku dan ibu Qil duduk bersama. Sepertinya ada benda yang ingin ibu Qil katakan. Qil beserta adiknya Qal duduk di bilik Hanif.
Maafkan saya ye sebab ganggu malam-malam begini. Ibu Qil membuka kata. Aku namakannya Kak Qis. Sebenarnya saya ni bekerja sendiri sejak saya bercerai. Akak terpaksa bekerja keras untuk sara anak-anak akak. Akak bekerja dari pagi sampai ke petang dan sambung meniaga dari petang ke malam. Niat akak malam ni datang ke rumah kamu sebenarnya akak ingin minta tolong untuk titipkan anak akak kepada kamu. Qil selalu cerita mengenai pakcik sekuriti di sekolahnya. Akak terfikir untuk tinggalkan anak akak di pengasuh. Tapi masa Qil umur 10 tahun Qil jadi mangsa dera di rumah pengasuhnya. Sejak itu akak tak berani tinggalkan anak-anak akak di rumah pengasuh. Mendengar Qil yang bercerita pasal kamu jadi akak terfikir untuk meletakkan mereka di bawah jagaan awak. Akak merayu Nik. Tak ada siapa boleh tolong akak. Akak terdesak sangat ni.
to be continued...
YOU ARE READING
Dahaga Sang Sekuriti
Любовные романыDikala sang sekuriti berusaha menahan nafsu tetapi dikelilingi kaki pengoda yang menghairahkan encik sekuriti.