Bab 42

74 3 0
                                        

Ancaman dari nota yang ditemui di keretanya membuat mereka lebih berjaga-jaga. Emir bertekad untuk tidak membiarkan sesiapa pun mempermainkan perasaan mereka lagi.

Emir dan Aidil duduk di ruang tamu, memikirkan cara terbaik untuk mencari Sofia tanpa melibatkan polis secara langsung. Hani dan Wafa menyediakan minuman di dapur, sambil berbincang tentang bagaimana mereka boleh membantu.

"Kita kena gunakan segala sumber yang kita ada. Mungkin kita boleh hubungi kawan-kawan lama yang ada kenalan dalam bidang keselamatan atau PI." cadang Aidil

Emir mengangguk setuju. "Kita tak boleh ambil risiko lagi. Aku tak mahu Sofia dalam bahaya kerana kesilapan kita,"

"Alvin? Kamu dah call Alvin?" soalan Mia menyebabkan kedua-dua lelaki dihadapannya terdiam.

Emir segera mengambil telefon bimbitnya dan cuba menghubungi Alvin, dengan harapan dia dapat mendapatkan maklumat tentang Sofia. Namun, panggilannya tidak berjawab. Emir berasa tidak senang hati dan memutuskan untuk pergi ke kolej untuk berjumpa sendiri dengan lelaki itu..

Sebaik tiba di kolej, Emir segera berjumpa dengan pengarah kolej, Encik Samat. Dia berharap Encik Samat dapat memberinya sebarang petunjuk tentang keberadaan Alvin.

"Maaf tuan, saya datang tak bagitahu. Saya perlukan bantuan tuan. Saya cuba hubungi Alvin tapi dia tak jawab panggilan saya. Boleh saya jumpa dengan dia?"

Encik Samat menghela nafas panjang, wajahnya kelihatan risau.

"Tuan, sebenarnya kami pun tengah cari dia ni, dia dah lama tak hadir bekerja tanpa makluman. Kami dah cuba menghubungi dia tetapi tidak berjaya."

Emir tercenggang mendengar berita itu. Adakah lelaki itu juga diculik seperti Sofia?

"Apa maksud tuan? Tuan tak tahu di mana Alvin sekarang?"

Encik samat mengangguk. "Kami dah pergi ke rumah yang dia tulis dalam borang peribadi dia, tapi rumah itu bukan miliknya. Kami juga cuba menghubungi nombor ibu bapa Alvin, tetapi tak ada jawapan,"

Berita itu membuatkan Emir terdiam sejenak. Fikirannya berkecamuk dengan pelbagai kemungkinan. Emir mengangguk dan mengucapkan terima kasih kepada Encik Samat sebelum meninggalkan kolej. Dia tahu bahawa dia perlu mencari jalan lain untuk mendapatkan maklumat tentang Sofia dan Alvin. Ancaman yang diterima sebelum ini masih menghantuinya, dan dia tidak mahu mengambil sebarang risiko yang boleh membahayakan nyawa Sofia.

"Aku mesti teruskan usaha mencari Sofia. Mungkin ada sesuatu yang aku terlepas pandang." bisiknya dalam hati.

Dia memandu pulang ke rumah dengan fikiran yang berselirat dengan pelbagai soalan. Dia cuba memahami motif di sebalik kehilangan Sofia, Alana, dan kali ini Alvin. Siapa yang dapat manfaat dengan kehilangan semua? Satu nama yang bermain-maina di fikirannya: Khaleel!

Dengan penuh tekad, Emir menghentikan keretanya di bahu jalan dan menghubungi Khaleel. Namun, panggilannya tidak berjawab. Tidak berpuas hati, dia memutuskan untuk terus pergi ke syarikat Khaleel untuk mencari jawapan.

Setibanya di syarikat Khaleel, Emir segera menuju ke kaunter keselamatan dan bertemu dengan pengawal keselamatan yang bertugas.

"Assalamualaikum, saya nak jumpa Encik Khaleel. Ada urusan penting." Emir menghadiakan sekuntum senyuman pada pengawal keselamatan itu.

Pengawal keselamatan memandang Emir dengan wajah risau.

"Maaf, Encik. Encik Khaleel sudah beberapa hari tidak masuk kerja dan tidak dapat dihubungi. Kami juga sedang mencarinya."

Emir tergamam mendengar berita itu. Semakin banyak persoalan yang timbul dalam fikirannya. Dia tahu bahawa keadaan semakin serius.

"Ada sesiapa di sini yang boleh saya jumpa? Saya perlukan maklumat tentang Encik Khaleel."

Tak kan Pernah Ada (Completed)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang