CHAPTER 3

506 22 0
                                        

Assalamualaikum, ada orang tak." Ujar Qash. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah Eider. Pintu rumah Eider memang selalu dibuka untuk kawan-kawan Eider ya.

"Wa'alaikummussalam.." Jawab Eider tanpa memandang Qash. Dia sedang fokus membaca novel.

"Woi kawan kau datang ni, ke tepi kan lah novel tu dulu." Ujar Qash mengambli tempat untuk duduk. Di sebelah Eider.

"Sekejap lah dah nak habis ni." Balas Eider dengan kerutan di dahi. Kacau aje orang tengah baca novel.

"Yela, woi Harzan bangun lah.. tidur pula dia ni." Tutur Qash dari sofa sebelah. Harzan tidur dekat sofa yang ada tiga bahagian itu.

Harzan menurut tangannya daripada dahinya lalu menoleh ke arah Qash yang sedang tersenyum tanpa rasa bersalah.

"Aku ngantok lah.. bagi aku tidur sekejap." Balas Harzan lalu menyambung tidurnya. Mata ditutup rapat. Tak lama kemudian terdengar dengkuran halus daripada Harzan.

Nampaknya si Harzan ini memang ngantok, biasalah kerja kuat.

"Buat apa aku datang sini kalau baca seorang novel seorang lagi pula tidur.. kalau macam ni aku cakap meja jela." Omel Qash seraya itu tangannya berpeluk tubuh serta bibir muncung sedepa. Tanda dia merajuk.

Yela..yela aku tutup novel ni." Ujar Eider lalu tutup kembali novel itu dan letak di atas meja kecil di ruangan temu tersebut.

Harzan pun yang tidur tadi akhirnya bangun kembali apabila mendengar suara omelan Qash. Dengan mata kuyu nya tapi digagah juga untuk menahan dari tertutup.

"Sekejap yang kau ni memang taknak hidangkan air ke untuk korang ke.. tekak aku ni dah haus dah ni."

"Nak minum sini ke? Soal Eider. kening dinaikkan ke atas.

"Yela weh.. nak minum kat mana lagi." Jawab Qash.

"Mana tahu kat mamak ke, kau kan kaki mamat."

"..ah lepastu, kau ada tangan dengan kaki kan buat lah sendiri." Tercetus tawa kecli keluar dari mulut Eider.

"Malas aku..baik aku suruh Mak Wan je yang buatkan.. Mak Wan punya teh tarik amacam gi tau." Balas Qash sambli tunjuk ke atas ibu jarinya.

"Mak Wan cuti lah hari ni." balas Eider.

Mak Wan merupakan seorang pembantu dalam rumah ni. Yang paling lama bekerja dari Kak Som dengan Kak Intan.

Sebenarnya ikutkan hari ni bukan hari ni Mak Wan cuti. Tapi Mak Wan mengambli dan meminta cuti untuk hari ni sebab anak dia baru sahaja balik dari luar negara. Jadi nak melaungkan masa dengan anak dan suaminya. Sebab itu tak ada Mak Wan dalam rumah ni. Kecuali Eider dengan dua kawan beruk dia ni dengan kak Som dan Kak Intan.

"Ouh patutlah, oh by the way anak Mak Wan perempuan ke?" Tanya Qash tersenyum.

"Perempuan kenapa?" Dengar sahaja Eider mengeluarkan ayat itu.

Qash terus tersenyuman lebar di bibirnya.

"Boleh aku try sikit." Kata Qash. Ada niat rupanya.

"Tak payah! anak Mak Wan berlajar lagi muda lagi tu." Ujar Eider dengan riak wajar tegas.

"Aku pun muda lagi lah.." Dengan meleret Qash membalas.

"Jangan perasaan lah.. sedar sikit diri tu dah tua." Sampuk Harzan seraya bingkas bangun dari duduk nya dan berdiri tegak.

Terus Qash mencebikkan bibirnya.

"Kau nak pergi mana?"

"Pergi tandas, kenapa kau ikut sekali ke?"

"Eii.. boleh juga." Dengan pantasnya Qash berjalan ke arah Harzan.

Harzan apa lagi berlari lah macam tak cukup tanah.

"Weh bodoh aku gurau jela, agak-agak kau ni." Tutur Harzan dengan suara kasar nya. Harzan sedang menahan pintu bilik mandi daripada dalam. Mana kala si Qash pula menolak-
nolak pintu bilik mandi itu dengan sengaja.

"Tula cakap aku tua lagi kan, umur aku baru 28 tau." Dengan geram Qash berkata.

"Eh bodoh tua la tu kau ni, mesti anak Mak Wan tu taknak dengan kau." Ujar Harzan. Terdengar ketawa jahat dari Harzan daripada dalam bilik mandi itu.

Qash berdecit. Tombol pintu itu dilepas oleh Qash dengan perasaan sebal.

"Benci lah dia ni." Dengan geram Qash berkata.

"Aku pun benci kau!" Jerit Harzan dari dalam. Bergema bilik mandi itu dengan suara garau Harzan.

Qash berjalan ke arah ruangan temu semula dengan perasaan marah. Duduk di tempat dia balik.

"Kau rasa aku tua sangat ke?" Soal Qash tiba-tiba.

"Haa?"  jawab Eider dengan bingung.

"Aku cakap aku tua sangat ke." Kali kedua dia mengulang. Lalu daratkan punggung di sebelah Eider.

"Apa punya soal kau ni, Kau sepatutnya kena terima hakikat yang kau sudah tua." Tutur Eider tanpa menjaga hati Qash. Bahu Qash ditepuk untuk berapa kali.

"Ish kau ni jaga lah hati aku sikit, dahlah tak ada nak siapa nakkan kat aku." Hujah Qash dengan nada sedih.

"Patutlah sampai sekarang kau masih single rupa-rupanya tak ada orang nakkan kau rupanya." Kata Eider lalu mengeleng kepala nya. Tangannya masih berada dibahu Qash untuk menenangkan kawan dia ni. Kesian member aku ni

Qash mengangguk.

"Qash baik kau balik, aku nak buat kerja ni." Halau Eider secara tiba-tiba, atau lebih nak bergurau saja. Lalu di ambil semula novel yang dia baca tadi.

Terus Qash mengangkat kepala nya dengan riak terkejut terpapan di wajarnya. Kena halau doh. Mata nya lantas terpandang novel yang di pegang oleh Eider.

"Kerja? ni kerja kau, baca novel."
Ujar Qash benggang. jari telunjuk di tunjuk ke arah novel yang di pegang oleh Eider.

Eider mengangguk.

"Kerja aku ada dua, dekat rumah satu and dekat office satu." Balas Eider selamba.

Iaitu baca novel kerja kedua dia. Eider memang suka baca novel sejak zaman remaja lagi dan itu adalah hobi waktu lapang Eider kalau tidak berkerja. Tak salah pun kalau dia suka baca novel. Ingat perempuan je ke yang suka baca novel? Lelaki pun suka juga la baca novel tapi diorang tak tunjuk aje.

"Salah ke aku baca novel." Kata Eider sambil tunjuk ke arah novel nya.

"Tak salah pun hobi kau, bukan hobi aku tapi agak-agak lah nak halau tadi tu." Ujar Qash kepada Eider.

"Aku bergurau jela." Eider tertawa kecil.

"Eh jom lepak dah lama tak lepak sekali." Ajak Qash sambli tepuk lengan Eider.

"Mamat ke." Tanya Eider.

"Haah mamat la.. mana lagi. " Jawab Qash.

"Hm okay, tapi kau yang belanja." Kata Eider seraya bangun dari duduk nya dan mengatur langkah ke arah pintu.

"Dengan senang hatinya." Ujar Qash mendepa tangan nya panjang. Lalu mengikut langkah Eider daripada belakang.

"Harzan jom mamat." Seru Qash menggamit ke Harzan untuk datang ke arah nya dan Eider. Yang baru sahaja keluar dari bilik mandi itu. Tak ambil waktu lama kaki Harzan berjalan untuk menghampiri ke arah dua kawan nya yang sedang menunggu nya.

 Tak ambil waktu lama kaki Harzan berjalan untuk menghampiri ke arah dua kawan nya yang sedang menunggu nya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 | ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang