CHAPTER 29

174 8 0
                                        

Eider,awak cakap sekejap je.. ni lama tau.. takut saya duduk seorang-
seorang kat sini." Ujar Bunga dengan nada marah sedikit. Tatkala melihat kelibat Eider yang berjalan menghampiri ke arah dia.

"I'm sorry okey, saya pergi beli ni tadi untuk awak pakai." Balas Eider lalu plastik berwarna putih di angkat ke atas sedikit dan tunjuk pada Bunga.

"Awak beli apa?"

"Selipar jepun untuk awak, nahh." Eider mengeluarkan selipar itu dari plastik beg dan menghulurkan selipar itu pada Bunga.

Bunga sambut huluran tersebut dengan senang hatinya dan membuka kasut tumit nya itu lalu menyarung selipar jepun itu, selesa dan ukuran saiz pun sama dengan ukuran kaki nya. Cantik walaupun simple! pandai Eider pilihkan.

"Awak ni kan susahkan diri awak je tau." Ujar Bunga seraya medongak ke atas dan memandang wajar tampan Eider itu.

"Apa yang susahnya beli selipar jepun ni aje." Balas Eider yang sedang berdiri di depan Bunga.

"Lepastu kenapa awak pakai high heels kalau tahu akan melecetkan kaki awak tu, nanti lain kali jangan pakai high heels dah kalau nak keluar jalan-jalan pakai kasut ke sandal ke? janji bukan high heels." Bebel Eider panjang namun dengan nada lembut.

Garu kepala Bunga dibuatnya bila dengar Eider bebel.

"Mana la saya tahu.. dia akan melecet, kalau saya tahu saya takkan pakai, tapi sebelum ni okey aje bila saya pakai high heels ni." Bibir dah muncung sedepa.

"Tak apa la benda dah jadi dah pun." Kata Eider senada.

"Terima kasih sebab belikan selipar untuk saya." Ucap Bunga tersenyum lebar.

Eider hanya membalas dengan senyuman dan angguk saja.

"Oh ya macam mana awak tahu saiz selipar saya?" Soal Bunga.

"Saya ukur kaki awak tadi masa tengok kaki awak tu." Jawab Eider dengan jujur. Bibir muncung sedikit tunjuk ke arah kaki Bunga.

Bunga menbulatkan mulutnya sambil angguk.

"Jom balik dah lewat dah ni, nanti family awak risau pula." Kata Eider lalu mengambli barang-barang yang dibeli oleh mereka berdua tadi.

"Eider, sebelum kit balik.. apa kata kita naik sky wheel dulu boleh?" Tanya Bunga sambil muka comel.

"Pandai erk muka comel sebab nak naik sky wheel serta-marta." Jawab Eider geram. Geram sebab comel sangat si Bunga ni.

"Hehe, teringin nak naik benda tu."

Mereka berdua sudah berada didalam sky wheel itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Mereka berdua sudah berada didalam sky wheel itu. Eider duduk menghadap ke Bunga. Duk merenung raut wajar jelita Bunga seperti tiada hari esok.

Bunga sedari tadi lagi hanya melihat pemandangan malam itu dengan khusyuk nya. Sanggup cantik dan indah bila melihat pemandangan itu dari atas sky wheel ini. Dari atas Bunga dapat melihat orang-orang di bawah sana kelihatan sangat kecli seperti semut sedang berjalan.

𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 | ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang