01

1K 39 0
                                    

Tengku Isaac Mateen
&
Dianne Felora

Lipstick berwarna merah hati dikeluarkan dari dalam beg tangannya, kemudian ditacap pada bibirnya. Ingin menambah warna merah yang sedikit pudar. Tangannya sempat membetulkan rambut yang diikat tinggi menyerlahkan leher jinjang putihnya.

Dengan semula jadi bibirnya tersenyum manis. Pandangan matanya pada cermin dihadapan jelas memaparkan wajah yang puas hati. Penampilannya sangat menawan hari ini. Mana tahu, sangkut seorang dua lelaki kacak dan kaya malam ini? Pasti hidupnya bakal jadi lebih senang.

Kalau tua pun tak apa, janji poket tebal!

Gila? Ya, dia memang gila. Zaman sekarang rupa sudah jatuh ke tangga yang paling bawah sekali. Yang penting, duit, duit dan duit. Jika berdamping dengan orang tua botak dan berperut buncit tetapi kaya mampu membawa jaminan hidup, mengapa tidak?

Dalam hidup Dianne, cuma duit menjadi keutamaan. Kerana dia pernah tahu betapa susahnya mengemis belas ihsan dari orang demi ingin meneruskan kelangsungan hidup.

Jadi, jangan pernah menilai dia. Setiap manusia punya jalan hidup yang berlainan. Dan di setiap jalan itu punya pilihan yang berbeza.

"Berapa lama lagi kau nak tenung wajah cantik kau itu dalam cermin?" Suara itu menghentikan lamunannya. Hampir saja ingatannya ingin mengimbas kembali bahagian buruk dalam hidupnya.

"Kalau aku terlepas jantan-jantan kaya di luar sana, siap kau!" Ugut Laila seraya menghempas beg tangannya diatas singki. Wajahnya cemberut.

"Tenanglah Ila. Kalau malam ini terlepas, malam esok masih ada." Sahut Dianne dengan wajah tenangnya. Perempuan cantik dan seksi seperti mereka ini, bukannya susah pun hendak dapatkan lelaki. Cuit sikit, terus cair. Entah-entah lelaki itu tak kasi lepas langsung.

Laila ukir senyum. Membayangkan siapakah gerangan lelaki yang bakal dia jadikan koleksinya malam ini.

"No, hari ini aku kena juga dapatkan mangsa aku. Kau tahukan sugar daddy aku yang sebelum ini dah kantoi dengan bini dia?" Nada Laila kedengaran menyampah.

Dasar lelaki miang takut bini! Kalau sudah takut sangat, pergilah duduk bawah ketiak isteri. Tak payah gatal cari sugar baby.

"So, no more money from him?" Duga Dianne.

"Yes! Orang tua itu tinggalkan aku seorang diri terkontang-kanting. Dia dah stop bagi aku duit belanja dan lagi parah, kondo aku sudah sebulan tak bayar." Luah Laila sedikit serabut.

Dianne terkedu sebentar. Bukannya dia tidak tahu, kondominium yang sedang diduduki temannya itu mencecah harga ratusan ribuan ringgit. Bayaran bulanan tidak mustahil juga cekik darah.

Satu hal yang dia kagum dengan Laila. Gadis itu berani mengambil risiko. Jikalau Dianne, dia tidak akan sesekali bersetuju ingin menjadi sugar baby kepada suami orang. Melainkan yang single. Dia takkan ganggu hak orang lain. Dan dia tidak seboros Laila. Dianne cuma tinggal di sebuah apartment yang sederhana mewah.

Sekali lagi lamunan Dianne terhenti sekaligus menghapuskan perbualan diantara dia dan Laila apabila ada dua wanita lain masuk ke dalam tandas.

"Kau nampak tak lelaki itu tadi?" Teruja suara itu bertanya.

"Nampak babe! Kalau aku dapat dia, aku takkan lepaslah sampai bila-bila. " Sahut rakannya pula.

"Kau rasa kita boleh ke goda dia?"

"Dia pandang ke perempuan macam kita ni? Lagipun, orang cakap setiap perempuan yang berdamping dengan dia, dia akan buang macam kucing kurap kalau dia dah bosan. Sebelum dia buang, dia akan pastikan hidup perempuan itu musnah terlebih dahulu." Bisik si rambut merah namun masih sampai ke pendengaran Dianne dan Laila.

Attraction (SU) Where stories live. Discover now