03

776 45 3
                                    

Tengku Isaac Mateen
&
Dianne Felora

Isaac membuka laci berdekatan dengannya kemudian sekeping sampul diletakkan ke atas meja. Ah, dia suka melihat riak wajah Dianne saat ini. Riak yang cemas, takut dan gelisah. Sepatutnya memang riak wajah inilah yang Dianne tunjukkan kepadanya setiap kali bertentang mata.

Tetapi keberanian wanita ini terlalu sukar untuk dia runtuhkan. Dianne bijak mengawal ekspresi. Malah hujungnya, Isaac yang kecundang apabila berada dekat dengan Dianne. Dia tak pernah bertolak ansur pada mana-mana wanita. Cuma bersama Dianne, dia punya toleransi.

Dunia mahu terbalik sudahkah?

"Apani?" Kening Dianne berkerut.

"Buka dan baca." Ringkas Isaac menyahut. Tangan Dianne mengambil sampul tersebut lalu mengeluarkan sekeping kertas putih di dalamnya.

Baris demi baris, ayat demi ayat dan perkataan demi perkataan, Dianne semakin tidak faham apa yang sedang berlaku tika ini. Dahinya jelas berkerut saat membaca kandungan yang tertulis pada kertas itu.

Wajahnya diangkat memandang Isaac meminta akan penjelasan.

"What the hell is this?" Soal Dianne. Makin geram dia melihat Isaac yang sedang memasang wajah tenang di situ.

"A contract and you need to sign it." Kata Isaac sambil bangkit dari duduk dan berhenti di sebelah Dianne. Pen bertinta hitam itu diletakkan di hadapan Dianne. Isaac berpeluk tubuh bersandar pada meja kerjanya menanti wanita itu untuk menurunkan tandatangan.

Dianne rasa diperangkap.

"I will not sign any contract which I'm not interested in." Tegas Dianne. Kertas itu diletakkan kembali diatas meja. Kakinya diangkat duduk menyilang. Sempat Isaac melirik peha terdedah itu.

"Don't worry, baby. I pay you RM 10 K every month. I know how much you love money. I just need you to be my sugar baby and entertain me. That's all." Lancar Isaac menuturkan kata seolah ianya satu perkara mudah.

"But of course, perjanjian ni ada syarat-syaratnya yang you wajib ikut. You baca dulu sampai habis and then we sign the agreement." Sambung Isaac lagi. Matanya tidak lepas memandang seraut wajah masam Dianne.

Sepuluh ribu ringgit sebulan. Angka itu bermain di kepala Dianne. Ah, Dianne! Pantang ditawarkan duit pasti tergoda! Jika dia bersetuju, hidupnya memang akan senang lenang. Tetapi, lelaki itu adalah Tengku Isaac Mateen. Bagaimana kalau suatu hari nanti Isaac bosan dengannya lalu membuangnya seperti sampah seperti wanita-wanita sebelum ini?

Hidupnya bakal musnah! Sekarang inipun hidupnya di ambang kemusnahan. Argh, menyesal sungguh dia menggoda Isaac!

Kertas itu diambil lagi ingin meneruskan pembacaan. Kali ini dia membacanya dengan kuat agar Isaac ikut dengar sekali.

"Saya tidak boleh melawan atau membantah segala keputusan yang telah dibuat oleh Tuan Isaac."

"Saya tidak boleh menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki."

"Tengku Isaac berhak untuk tahu setiap apa yang saya lakukan dan dengan siapa saya berkawan."

Dianne mencebik. Dasar syarat berat sebelah.

"Saya berjanji akan melayan Tuan Isaac dengan sebaik dan selembutnya." Isaac mengangguk-anggukan kepalanya setuju dengan syarat itu.

Hakk puih! Hampir Dianne ingin mengoyakkan kertas itu. Macam budak-budak!

Attraction (SU) Where stories live. Discover now