Tengku Isaac Mateen
&
Dianne FeloraBatang rokok dihisap dan asapnya dihembus kuat. Berkali dia mengulang tingkah itu dengan perasaan yang sedikit berkecamuk. Tangannya mengenggam kuat palang besi balkoni biliknya hingga menimbulkan urat-urat hijau di lengan. Rambutnya masih serabai, tidak berbaju dan cuma berseluar pendek. Persis seperti orang yang baru sahaja bangun dari tidur.
Dengusan dilepas kasar. Hatinya masih membara mengingatkan hal malam tadi.
Dianne Felora. Wanitu itu bertindak untuk menggodanya, seakan bersedia menyerahkan segalanya padanya. Tetapi apabila Isaac memulakan langkah, Dianne seolah mengelak, sengaja melengah-lengahkan. Menampakkan seperti Isaac pula yang gelojoh dan terhegeh-hegeh.
Beraninya wanita itu bermain api dengannya.
Jika ini yang Dianne mahukan, Isaac akan mengikuti rentak permainan Dianne. Wanita itu akan dia kurung dalam penjara hidupnya. Biar selamanya menjadi merpati dalam sangkar ciptaannya. Mungkin Dianne belum tahu, tetapi Isaac cukup pantang pabila kehendaknya tidak dapat dilunaskan.
Isaac memusingkan badannya menyandar pada palang balkoni. Rokok ditangan dihisap lagi. Pandangan helangnya menikam tepat ke arah dalam biliknya, ada sekujur tubuh indah yang sedang tertidur pulas di atas katil itu. Batang rokok ditonyoh pada bekasnya.
Langkah dibawa memasuki ruang bilik itu kemudian punggungnya dilabuhkan bersebelahan Dianne. Selimut yang sedikit terlorot itu dibetulkan, tak pasal-pasal nanti dia terpaksa kawal diri lagi melihat kulit putih melepak wanita itu terdedah.
Jujur, dia tertarik pada wanita ini. Rasa tertarik yang bikin dia berkhayal dan mengingau tentang wanita itu di siang dan juga malam hari. Wanita itu berjaya menariknya hingga sekelip mata dia bisa tertunduk hanya dengan satu sentuhan. Racun apa yang sudah Dianne berikan padanya? Hingga dia bisa terkulai dengan mudahnya?
Ah, dia benci rasa ini. Dalam masa yang sama, dia juga sukakannya.
Tangannya mengalihkan juntaian rambut yang menutupi wajah indah Dianne. Pipi lembut wanita itu diusap perlahan, berhati-hati agar tidak menganggu lena Dianne. Secara tidak langsung bibirnya mengukir senyum ringkas. Ah, dia sudah gila!
Sempat dia memberikan kucupan pada dahi Dianne sebelum berlalu keluar dari bilik itu.
Tenang, Isaac. Kau sudah punya senjata yang menunggu masa untuk digunakan. Tidak sabar pula rasanya ingin menunggu wanita itu sedar dari lena. Dia yakin, Dianne Felora akan terus berada disampingnya. Dan mulai saat itu, dia yang akan mengawal permainan.
˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚
Bunyi barang terjatuh menyedarkan lena Dianne. Matanya dibuka perlahan-lahan dan tangannya menutup mulut yang menguap luas. Sekeliling dipandang dengan wajah berkerut. Bilik itu kelihatan mewah. Suhu bilik dan keempukan tilam itu sangat selesa. Patutlah lenanya tidak terganggu langsung.
Tengku Isaac Mateen. Malam tadi, dia mengikut sahaja ke mana lelaki itu membawanya. Jadi, maksudnya dia sekarang berada di kediaman Isaac lah kan?
Mungkin.
Dia bangkit sedikit lalu bersandar pada kepala katil. Selimut melorot jatuh ke peha, menampakkan gaun merah yang masih berbalut elok pada tubuhnya.
YOU ARE READING
Attraction (SU)
RomanceTertarik pada pandangan pertama hanya kerana rupa paras, itu definisi mudah untuk perkataan ATTRACTION. DIANNE FELORA, miliki aura itu. Ironinya hanya dengan satu sentuhan, TENGKU ISAAC MATEEN terbuai dalam pangkuan. Tetapi, berada di bawah kawala...