macam biasa, terima kasih kpd yg masih setia bersama saya. sayang korang ❤
Tengku Isaac Mateen
&
Dianne FeloraKalah dalam perdebatan, maka disinilah dia. Walhal penatnya belum habis selepas menjayakan karnival siang tadi namun dia terpaksa akur apabila Isaac memaksanya untuk menemani lelaki itu makan malam.
Walaupun kemenangan tak sepenuhnya milik Isaac memandangkan lelaki itu mengajaknya dinner di penthouse sahaja tetapi Dianne berkeras sekiranya mahu makan malam bersama, haruslah di luar. Bukan di rumah lelaki itu.
Kalau boleh dia mahu mengelak untuk berdua-duaan bersama Isaac. Lagipula, hatinya masih berbekas sakit dan dia belum lagi memaafkan Isaac sepenuhnya. Dia cuba mengeraskan hati agar tak mudah layu dengan pujukan Isaac.
Ianya agak sukar bagi Dianne kerana Isaac sangat pandai mengambil hati.
Dianne larikan pandangannya menikmati pemandangan sekitar situ. Angin bayu menghembus lembut meniupkan rambutnya yang panjang terurai. Dari tempat duduknya, dia dapat lihat dengan jelas senja jingga yang bakal berlabuh. Deruan ombak menghempas pantai memecahkan hening suasana.
Dianne menongkat dagunya. Matanya ralit mengekori burung yang sedang terbang selesa bersama kawan ingin pulang ke sarang. Dia cemburu dengan burung. Kerana bisa pergi kemanapun tanpa terikat dengan beban hidup. Mengepakkan sayap menari tinggi di atas langit sana.
Buat seketika, picisan memorinya menjengah ruang minda.
Tangan kirinya menggengam dua helai not berwarna biru manakala tangan kanannya menjinjing seplastik kecil terisi tin kosong yang sempat dia kutip ketika dalam perjalanan pulang tadi. Senyum lebar yang singgah di wajah menggambarkan isi hatinya yang sedang gembira.
Tadi dia baru sahaja jual tin kosong yang telah dikumpul selama seminggu pada Uncle Chee. Setelah ditimbang, Dianne cuma dapat 0.80 sen tetapi Uncle Chee dengan baik hati memberinya Rm2. Lelaki tua itu tidak sampai hati melihat anak kecil itu bersusah payah mencari duit.
Bersama hati yang senang, Dianne pun pulang ke rumah. Dia ingin memberitahu kepada ibu bahawa dia dapat duit walaupun nilainya sedikit. Bolehlah ni, buat beli mee segera ataupun beli telur. Sekurang-kurangnya malam ini Dianne dan ibu tak tidur dalam perut yang kelaparan.
Baru sahaja kakinya menginjak di atas papan beranda, dia disambut dengan suara tengkingan yang saling sahut menyahut dari dalam rumah. Dianne kenal itu suara siapa.
Bahunya jatuh. Ibu dan ayah bergaduh lagi.
"Apa yang liat sangat kau ni nak dengar cakap suami?! Kalau kau jual diri kau, kita akan dapat banyak duit! Kau taknak duit ke?!" Tengking Hamdi sambil jari telunjuknya menolak-nolak kepala Mariam.
"Itu haram, abang! Saya tak sanggup, saya taknak! Saya lagi rela hidup susah macamni daripada jual diri pada orang asing di luar sana!" Suara Mariam tak kalah meninggi. Bergetar bibirnya menahan esakan daripada keluar. Air mata yang berjujuhan tidak dia usap.
Mentalnya lelah, fizikalnya penat apabila sering diasak dengan paksaan dari sang suami. Teganya si suami mendagangkan si isteri demi duit!
"Eh sial! Aku tak kesah kau nak ke taknak. Malam ni kawan aku nak datang sini, dia nak pakai kau! Kalau kau melawan, aku sepak muka kau!" Kata Hamdi tepat di telinga Mariam. Rambut panjang wanita itu sudah kusut masai dalam genggamannya.
Seketika, Hamdi menoleh ke arah pintu yang terbuka. Ada Dianne yang sedang berdiri tidak jauh dari situ. Mata itu menikam tajam wajah si anak kecil yang sedang menyaksikan keganasan yang berlaku. Senyum sinisnya ditarik.
YOU ARE READING
Attraction (SU)
RomanceTertarik pada pandangan pertama hanya kerana rupa paras, itu definisi mudah untuk perkataan ATTRACTION. DIANNE FELORA, miliki aura itu. Ironinya hanya dengan satu sentuhan, TENGKU ISAAC MATEEN terbuai dalam pangkuan. Tetapi, berada di bawah kawala...