ya, saya tahu saya lambat update. 👻
Tengku Isaac Mateen
&
Dianne FeloraKakinya dari tadi tak berhenti bergerak. Sekejap digoyang kiri dan kanan, sekejap pula dihentak-hendak kecil pada lantai sejuk itu. Tangannya menyilang di dada dan ada kalanya dia meraup rambut ke belakang tanpa sebab.
Jika ada orang yang melihat, mereka pasti dapat meneka bahawa wanita itu sedang gementar.
Seperti biasa, Dianne harus menunggu terlebih dahulu di ruang tempat duduk lobi sebelum dia dibenarkan untuk masuk melawat. Hampir lima belas minit menanti, staf disitu membenarkan dia masuk.
Pintu yang bertulis 2A1 itu dikuak perlahan dan iris matanya disapa dengan pemandangan yang biasa. Sosok kurus yang sedang termenung jauh serta diam mengunci pandangan ke luar jendela.
Kata nurse, dua ke tiga hari kebelakangan ini ibunya bersikap baik. Tidak mudah memberontak ataupun meracau tak tentu hala. Mendengarkan itu, hati Dianne disapa ketenangan. Tipu jika dia katakan, dia tak pernah penat berharap agar ibunya bisa sembuh suatu hari nanti.
Tetapi, Dianne tetap mencari semangat baru. Sentiasa peka dengan perkembangan dan perubahan dari sang ibu daripada doktor yang menjaganya. Malah dia juga tidak pernah culas membayar perubatan ibunya disini. Dianne hanya mahukan yang terbaik buat sang ibu.
Impiannya hanyalah cuma ingin melihat ibunya menyentuh bahagia lagi. Kerana wanita kuat itu sudah cukup menderita sebelum ini.
Langkah disambung menghampiri Mariam. Kerusi kayu diseret lalu Dianne melabuhkan duduk berhadapan wanita tua itu. Dan seperti biasa, Mariam tidak memberikan reaksi. Sekadar diam tak berkutik.
"Assalamualaikum, ibu." Sapa Dianne. Bebola matanya menari-nari di wajah cengkung itu.
Selepas menerima sampul misteri itu, hati Dianne tidak pernah tenang. Setiap saat memikirkan kondisi ibunya. Bimbang jika individu tersebut melakukan perkara buruk pada ibu. Tapi syukurlah, melihat ibunya dalam keadaan baik-baik saja.
"Anne datang nak jumpa ibu." Sayu Dianne bersuara. Tangan Mariam diraih dan dibawa dalam genggaman. Ibu jarinya mengusap perlahan kulit tua si ibu.
Senyap.
Fikiran Dianne selalu begini pabila bertentang mata dengan Mariam. Sesat dan hilang dalam kerumitan hidup bagai seorang anak kecil yang nanar mencari tempat berlindung. Terlalu banyak yang mengasak di dada hingga dia sering menghabiskan masa lawatan ini dengan berdiam diri.
Tak tahu dimana harus dia bermula,
dari masa kecilnya yang rapuh. Dari ketika dia terpisah dengan si ibu. Apa mungkin dari saat ayahnya bertemu sang Ilahi? Dan bagaimana liku hidupnya setelah ditinggalkan sebatang kara. Sesudah itu bagaimana dia bangkit hidup seorang bersama keluarga yang bukan dia punya.
Atau dia terus menjangkau kisah itu dan beralih dengan bagaimana dia terjebak dalam gejala sosial. Seperti mana pertemuannya bersama Isaac. Dan perkenalan itu membawa satu masalah baru dalam hidupnya.
Siapa yang mengekorinya? Siapa yang menghantar sampul itu? Kenapa ibunya yang menjadi sasaran? Benarkah Isaac turut terlibat dalam hal ini? Apa maksud ayat di sebalik gambar itu? Tipu, siapa yang menipu?
Dianne menunduk ke bawah bersama mata yang terpejam. Tanpa dia sedar, air mata sudah merembes keluar membasahi pipi.
"Anne..."
Hampir detak jantungnya berhenti disaat dia mendengar suara lemah menyebut namanya terpancul keluar dari mulut Mariam. Spontan kepalanya diangkat. Genggaman tangannya makin erat.
YOU ARE READING
Attraction (SU)
RomanceTertarik pada pandangan pertama hanya kerana rupa paras, itu definisi mudah untuk perkataan ATTRACTION. DIANNE FELORA, miliki aura itu. Ironinya hanya dengan satu sentuhan, TENGKU ISAAC MATEEN terbuai dalam pangkuan. Tetapi, berada di bawah kawala...