10

757 43 15
                                    

Thank you yg vote chapter sebelah ♡

Tengku Isaac Mateen
&
Dianne Felora

Laila mendengus geram. Tangannya mengipas wajah yang sudah mengeluarkan peluh itu. Sudahlah dia bersolek tebal, rambut pula dibiarkan lepas, memang masaklah dia di bawah panas terik matahari.

Khalid, si anak mama itu membiarkannya menunggu di stesen bas sudah hampir dua jam. Katanya mahu jalan-jalan dengannya hari ini tetapi dalam perjalanan mahu menjemput Laila, lelaki itu pula memaklumkan dia terpaksa patah balik kerana mamanya mengirimnya untuk membeli makanan kucing.

Kata saja anak orang kaya, tiada driver kah untuk membawa mamanya ke sana dan ke mari. Laila sebal!

Macam mana lelaki selurus Khalid boleh masuk ke kelab malam dan mengupah sugar baby pun Laila tidak tahu. Kalau dia tahu begini, memang tidaklah Laila mengoda Khalid pada malam itu.

Telefon yang berdering mengalihkan perhatian Laila. Ikon hijau disentuh untuk mengangkat panggilan.

"Khalid, you kat mana? I dah panas tunggu dekat sini tahu tak?" Marah Laila.

"Sorry Laila, saya tak dapat nak keluar dengan awak hari ini. Mama saya minta saya temankan dia pergi ke rumah kawan dia. Lepas ini saya transfer duit tambang awak pulang. Hati-hati, bye."

Tutt... tutt..

Mulut Laila ternganga kecil. Tangannya dikepal menjadi penumbuk. Ini bukan kali pertama perkara seumpama ini terjadi! Kalau Khalid ada di depannya, memang dia tibai bahu lelaki itu dengan beg duri-durinya biar berlubang bahu itu!

Lelaki ini memang nak kena!

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Dianne menunggu kedatangan Laila di sebuah kafe yang terletak di dalam shopping mall ini. Air minuman yang hampir separuh, dia sedut lagi. Di mana Laila ini? Kata mahu jumpa, tapi lambatnya kalah babi sedut.

Eh, siput sedut!

Jarinya ditilik penuh minat. Lebih tepat lagi pada kukunya yang sudah cantik berkilat itu. Dia baru sahaja pergi buat meni pedi tadi. Kukunya yang sebelum ini berwarna maroon sudah bertukar menjadi warna baby pink. Dan Dianne sukakannya. Nampak lebih soft dan feminine.

Dan sudah semestinya dia bayar menggunakan duit yang diberi oleh Isaac.

Dianne cuma hantar gambar kedai manicure pedicure pada Isaac, tup-tup lelaki itu terus transfer duit padanya. Bukannya sedikit yang diberi, tapi banyak. Boleh sponsor 10 orang agaknya! Dianne apa lagi, dia terus ambil servis yang paling mahal di kedai itu.

Haih, untung juga ada sugar daddy yang memahami!

Tas tangan yang dihempas kasar di atas meja, buatkan Dianne tersentak. Raut masam sahabatnya menyapa pandangan. Ya, Dianne sudah tahu penyebab air muka Laila jadi muram begitu. Kerana itulah Laila mengajaknya berjumpa.

"Lambatnya kau sampai." Tegur Dianne terlebih dahulu.

"Jangan ditanya, hati aku masih sakit." Kata Laila sambil mengangkat tangan, melambai memanggil waiter. Jus epal menjadi pilihan.

Dianne menahan tawa mendengarnya.

"Aku tertanya, Khalid kau itu handsome tak? Umur dia berapa? Ceritalah tentang dia, Ila. Kau belum bagitahu aku lagi." Desak Dianne.

Laila memutarkan anak matanya ke atas. Menyampah pula dengan topik yang ingin Dianne ketahui itu.

"Muka dia so so jer, pakaian dia pun nampak skema. Old school, you know. Umur dia 38 tahun. Aku boleh katakan yang dia itu bujang terlajak. Mungkin sebab perangai dia yang ikut telunjuk mama dia, punca dia tak kahwin lagi sampai sekarang. Kesimpulannya, takda yang menarik tentang dia." Jelas Laila jelas dan ringkas.

Attraction (SU) Where stories live. Discover now