Vote cepat!!!
Tengku Isaac Mateen
&
Dianne FeloraCermin mata ditanggalkan dan diletakkan di atas meja. Kertas putih yang penuh dengan perkataan berhuruf times new roman itu berselerak di atas meja kerjanya. Pangkal hidung dipicit-picit mahu menghilangkan rasa mengantuknya.
Kesibukkannya bertambah setelah kerjasamanya dipersetujui untuk projek baru di Manila.
Dengan tubuh yang penat, Isaac memaksa jua diri turun ke tingkat bawah lalu menapak ke arah mesin kopi di dapur. Berdenting bunyi sudu berlaga dengan cawan kaca di ruang itu oleh jejaka yang hanya memakai Tshirt sleeveless hitam serta berseluar pendek berkenaan.
Usai itu, dia kembali menapak di bilik kerjanya. Kerusi diseret merapat pada meja. Beberapa kali dia berdecit apabila matanya masih belum segar walaupun setelah meminum secawan kopi.
Kalau ikutkan hati, Isaac memang mahu menurut permintaan matanya yang kian layu. Namun, kerjanya ini harus disiapkan sebelum meeting esok pagi.
Kertas ditangan ditolak ke tepi. Kemudian telefon pintarnya pula diambil. Dia mengeluh berat pabila mesejnya masih tidak dibalas oleh Dianne. Hampir masuk lima hari, dia perasan Dianne seakan mengelak darinya. Panggilan tak disambut dan mesej dibiarkan sepi. Dan Isaac pun sukar cari masa untuk berjumpa empat mata dengan wanita itu.
Dianne masih tak maafkannya kah? Jari bergerak-gerak di atas skrin telefon. Menghantar mesej buat sekian kalinya lalu telefon dijauhkan darinya.
Laci di bahagian sisi meja, dibuka. Mahu mengambil minyak angin sebagai alternatif lain untuk menghilangkan kantuk. Dan-dan itu ada sekeping sampul coklat mencuri tumpuan. Tangannya yang hendak mengambil minyak angin beralih kepada sampul itu. Sampul yang sudah sebulan lebih menapak dalam lacinya.
Sampul dibuka dan beberapa helai kertas yang sudah dikepilkan itu dikeluarkan. Raut wajah yang tadinya tenang bertukar dingin. Kantuknya pula hilang melayang. Dengan tatapan yang beku sambil tangannya menyelak helaian kertas berkenaan.
Sekeping gambar dan sebaris nama yang tertera buatkan rahangnya terketap kuat. Seringai sinis terbentuk di bibir.
Mariam Daud.
Baru sahaja jarinya ingin menyelak muka surat lain, dentingan telefon berbunyi. Mesej daripada Mike.
Saya nak maklumkan berkenaan individu yang mengekori Tengku serta Dianne.
Razif syak orangnya adalah sama.
Badannya disandarkan di kerusi. Tatapannya tertuju pada telefon miliknya yang terletak elok di atas meja di depan. Jarinya mengetuk perlahan meja kerja kayu itu dalam selang tempoh yang sama. Dan hanya bunyi irama ketukan jarinya mengisi ruang bilik itu.
˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚
Lampu disco berwarna-warni menjadi sumber cahaya bagi menerangi ruang gelap itu. Di bawahnya ramai manusia bersesak-sesak, rapat hingga saling berlaga bahu menari mencucuk langit. Dianne juga ikut sama menikmati malam muda dalam ruang yang penuh dan sempit itu.
Gaun hitam yang cukup singkat dan seksi dipakai sempurna pada tubuh putihnya. Rambut yang digunting long layered cut berwarna dark brown itu dibiarkan lepas. Tangan diangkat ke udara dan badan berlengguk lembut.
Sedang asyik dia menari, tiba-tiba ada tangan kekar memaut pinggangnya dan menarik tubuhnya merapat. Spontan dia berpaling dan matanya membulat melihat kelibat Isaac yang muncul entah dari mana itu. Wajah lelaki itu mendatar seperti biasa.
YOU ARE READING
Attraction (SU)
RomanceTertarik pada pandangan pertama hanya kerana rupa paras, itu definisi mudah untuk perkataan ATTRACTION. DIANNE FELORA, miliki aura itu. Ironinya hanya dengan satu sentuhan, TENGKU ISAAC MATEEN terbuai dalam pangkuan. Tetapi, berada di bawah kawala...