13

751 41 12
                                    

Tengku Isaac Mateen
&
Dianne Felora

"Dianne Felora!"

Suara yang memetir tinggi memanggil nama penuhnya, membuatkan Dianne pantas menolak kuat badan Adib. Dia seakan baru tersedar terhadap realiti apabila di saat dia menoleh ke sisi, wajah bengis Isaac menyapa pandangan. Lelaki itu sedang membuka langkah besar menuju kearahnya.

Ah, bala datang! Desis hati kecil Dianne.

"What the hell is happening!" Marah Isaac. Suaranya bergema kuat di taman yang sunyi itu. Pergelangan tangan Dianne dicengkamnya kuat. Dia berdiri membelakangi Dianne dan mendepani Adib. Dadanya berombak kasar.

Berkerut dahi Adib memandang kehadiran Tengku Isaac disitu. Ya, dia kenal sosok itu. Siapa saja tidak kenal, jutawan muda tersebut? Sering kali menjadi perbualan dan muncul di setiap penjuru media sosial serta televisyen.

Masalahnya, apa hubungan lelaki itu dengan Dianne? Dia dengar dengan jelas jejaka itu memanggil nama penuh Dianne sebentar tadi.

"Tengku Isaac? Anne, you kenal dengan Tengku Isaac kah?" Soal Adib memandang Dianne, menunggu jawapan.

Dianne buntu. Ah, mengapa dia harus tersepit dalam keadaan begini!

"I... dia... kitarang..." tergagap Dianne mahu membalas. Ketajaman mata Isaac padanya seakan menunggu untuk membelah dirinya. Anak mata Dianne takut-takut ingin menatap Isaac.

Ah, hati Isaac jadi sakit dan bertambah marah melihat bagaimana sukarnya Dianne mahu menjawab pertanyaan itu! Mengapa? Dianne risau percintaannya bersama Adib akan musnah?

"Tell him, Anne! Tell him that you're mine!" Jerit Isaac sambil pergelangan tangan Dianne disentak kasar ke arahnya. Dianne bertambah takut.

"Tengku, tolong lepas tangan Anne sekarang. She looked uncomfortable." Pinta Adib seraya melangkah beberapa tapak ke hadapan, ingin meleraikan pegangan Isaac pada tangan Dianne.

Ayat lelaki itu dia abaikan. Dia tidak percaya! Melihat pada reaksi Dianne saja sudah cukup memberinya jawapan bahawa Dianne seperti terpaksa dan tidak selesa berada dekat pada Tengku Isaac.

Namun belum sempat dia memegang tangan Dianne, kolar bajunya sudah dicengkam kuat oleh Isaac. Pergelangan tangan Isaac pada Dianne terlepas.

"Kau jangan berani nak arah-arahkan akulah!" Jerkah Isaac kuat di depan wajah Adib. Bahu Dianne terhinjut mendengar jerkahan itu. Tangan Adib cuba meleraikan cengkaman itu tetapi sukar. Lelaki itu seakan menggunakan seluruh tenaga padanya.

"Isaac, enough. Please..." Ujar Dianne perlahan. Dia menarik baju Isaac agar Isaac mengalihkan perhatian dan menghentikan pertengkaran ini. Malangnya, emosi lelaki itu masih membuak-buak.

"Apa hubungan kau dengan Anne?!" Isaac bertanya masih dalam intonasi marahnya. Urat hijau timbul di dahinya.

Dia nampak dengan mata kepalanya sendiri tadi, Adib dan Dianne berpelukan di taman ini. Sebelum inipun, dia sering curiga dengan Adib. Namun dia cuba sabarkan hati.

Tetapi kali ini, mereka sudah melampau! Berpelukan seakan pasangan kekasih sedang hangat bercinta! Isaac bukan bodoh! Adib memang tempah bala padanya!

"Saya tiada apa-apa hubungan pun dengan Dianne!" Jelas Adib seraya meleraikan cengkaman Isaac pada kolar bajunya dengan susah payah.

"Lagipula, kalau saya ada perasaan pada dia rasanya tak salah. Dia belum lagi berpunya." Kali ini Adib berbicara dengan lebih tegas. Dia membalas pandangan helang Isaac.

Attraction (SU) Where stories live. Discover now