Lambatkan? Hehe, enjoy <3
(2200+ words)
Tengku Isaac Mateen
&
Dianne FeloraHari baharu menjelma lagi. Kebelakangan ini Dianne lebih banyak menyibukkan dirinya dengan aktiviti di kampus. Sampaikan Laila hairan dengan perubahannya yang tiba-tiba rajin itu. Dia pula hanya memberi alasan, ingin mengumpul merit sebelum masuk semester akhir.
Dianne mengemaskan lagi pegangannya pada kotak berat yang sedang dibawa. Barang-barang itu semuanya untuk kegunaan di booth mereka nanti sempena karnival usahawan muda yang bakal berlangsung sebentar lagi.
Masih bersisa satu jam sahaja lagi sebelum karnival mereka secara rasmi bermula.
Ada masanya, Dianne meringis sakit pabila kotak itu menekan-nekan pergelangan tangannya yang masih belum sembuh sepenuhnya. Dianne mengeluh perlahan. Tak semena-mena dia terpandangkan sosok tubuh Adib. Lelaki itu sedang berjalan sambil menunduk melihat kertas di tangan.
"Adib!"
Lelaki itu mengangkat wajah mencari gerangan yang memanggil dirinya. Sebaik sahaja wajah Dianne menyapa iris mata, Adib segera mengalihkan pandangan. Dia menunduk semula melihat kertas di tangan.
"Adib!" Panggil Dianne sekali lagi. Mungkin saja tadi Adib tak nampak dia, walaupun sudah jelas lelaki itu menoleh ke arahnya.
Dianne menjadi pelik dengan reaksi Adib. Lelaki itu seperti mengelak daripadanya. Dua hari yang lepas pun, Adib juga begitu. Adib sudah enggan berkawan dengannya kah disebabkan pergaduhan hari itu?
Ataupun Isaac ada buat apa-apa pada Adib sehingga lelaki itu takut mahu bertentang mata dengannya? Tak mustahil!
Sebut tentang Isaac, lelaki itu hilang dari radar selepas sahaja pergaduhan tempoh hari. Langsung tidak muncul di hadapannya, mesej ataupun menelefon. Kali terakhir adalah sewaktu Isaac mengirimkan ubat buat dirinya. Itupun Dianne buang.
Elok juga begitu. Sekurang-kurangnya tiada yang memeningkan kepalanya.
"Perlukan bantuankah?" Tegur salah seorang rakannya di kampus.
"Salma, you tolong I pegang banner tu boleh? Dari tadi asyik tutup pandangan I je." Rungut Dianne. Salma tergelak halus lalu membantu membawa banner yang digulung di dalam kotak.
"Thanks, Sal." Ucapnya.
"No problem." Balas Salma ramah.
"Anne, saya dengarkan, karnival harini dirasmikan oleh seorang entrepreneur terkenal di Malaysia." Ujar Salma sedikit teruja.
"Siapa?" Dianne menoleh sekilas memandang Salma disebelah.
"Alaa, saya baru nak tanya awak siapa dia. Saya cuma tahu dia antara jutawan muda di Malaysia." Bagitahu Salma tanpa menyedari perubahan wajah Dianne.
Dianne telan air liur. Jutawan muda? Maaf, tetapi Dianne agak alergik bila dengar perkataan itu kerana automatik ada seraut wajah yang muncul di bayangannya.
Harap-harap apa yang dia fikirkan ini tak menjadi kenyataan. Mustahil Isaac bukan? Maksud Dianne, ramai lagi jutawan muda di Malaysia ini selain lelaki itu.
Kan?
"Anne cantik! Tolong aku tiup balloon ni! Aku rasa roh aku dah mula nak lari dari badan!" Kata Laila sambil menyandar lemah pada kerusi dengan nafas yang tercungap-cungap. Kawan-kawan yang lain tak jauh dari booth mereka turut tergelak melihat perangai Laila.
YOU ARE READING
Attraction (SU)
RomanceTertarik pada pandangan pertama hanya kerana rupa paras, itu definisi mudah untuk perkataan ATTRACTION. DIANNE FELORA, miliki aura itu. Ironinya hanya dengan satu sentuhan, TENGKU ISAAC MATEEN terbuai dalam pangkuan. Tetapi, berada di bawah kawala...