IZINKANKU BAHAGIA - 01 -

763 22 0
                                    

BAHAGIA. Satu perkataan, beribu makna, sederhana namun hanya mampu didapatkan oleh mereka yang kuat dan mampu ikhlas dengan segala hal yang menimpa.

Sayangnya, seorang Arfin Mikaela tak mampu mengapai kata bahagia itu. Sedari kecil, bahkan hingga kini.

"Feel better?" soal sahabatnya dengan senyuman. Arfin mengangguk dan terus duduk. Nafas ditarik dalam sebelum dihembuskan. Penat.

"Nak balik rumah ke apartment?"

"Aku tak nak balik, Naar..." ujarnya tanpa menjawab soalan.

"Okay. Jom, kita beli aiskrim matcha kegemaran kau lepastu pusing-pusing dengan kereta." Arfin mengangguk setuju. Dia turun dari katil dan menunduk sedikit tanda hormat kepada dokter dan jururawat yang ada sebelum keluar dari unit kecemasan itu.

Naar, atau lebih tepatnya Naarqid Fawwaz hanya mampu sembunyikan perasaan resah. Yelah, Arfin baru lepas sedut oksigen, sekarang nampak aktif je. Risau nanti naik gila.

Tiba-tiba sesak nafas. Kan tak lawak kalau Arfin tengah bergembira tiba-tiba sesak nafas sampai log out terus dari dunia.

ARFIN yang duduk atas bonet kereta depan itu dipandang sekejap sebelum pandangannya juga terarah lurus melihat indahnya lautan dan menikmati bayu serta desiran ombak.

"Aku nak menyerah... Boleh ke aku menyerah, Naar?" soalnya perlahan. Naarqid menggeleng.

"Fin, aku tahu kau mampu."

"Tapi aku penat, Naar... Aku tak kuat... A-aku rasa aku takkan mampu hadap semua ni..."

Naarqid menghela nafas. Dia duduk di atas tanah dan mendongak menatap langit biru yang cerah.

"Kau boleh. Aku yakin, Fin." Arfin menunduk. Mampukah dirinya?

"Aku takkan mampu," jawabnya. Naarqid menghela nafas dan terus berdiri. Dia menghadap Arfin dan kedua belah bahu lelaki itu dipegang kemas.

"Jerit." Tegas Naarqid berkata.

"Huh?" Bingung.

"Jerit apa kau nak dekat sini. Jerit kuat-kuat." Arfin menggeleng laju dan menepis tangan Naarqid di atas bahunya itu.

"Kau gila?"

"Jerit je, lepaskan semua. Lagipun, mana ada orang dekat sini. Kau je alien yang nak datang pantai tengah hari buta macam ni." Arfin mengeluh panjang.

"Jerit."

Arfin terus turun dari bonet kereta. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum...

"AKU PENATTTT!"

"AKU NAK BERHENTI!" Naarqid yang melihat dan mendengar hanya tersenyum bangga. Proud Naarqid kerana berjaya tanamkan lagi satu perangai gila dalam diri Arfin.

"AKU NAK BAHAGIA JUGA!"

"IZINKAN AKUUU!"

"YA ALLAH! IZINKANKU BAHAGIA!" Setelahnya, dia terduduk puas di atas tanah. Naarqid terkekeh kecil. Dia mengambil tempat di sebelah Arfin dan merangkul bahu lelaki itu.

"Puas?" Arfin menoleh dan ketawa kecil. Dia menyiku perlahan sisi perut Naarqid. Dia berterima kasih kerana dikurniakan seorang kawan seperti Naarqid walau ada yang salah dengan fius otak lelaki itu.

"Lain kali, kalau rasa penat, rasa nak menyerah, rasa tak mampu, kau luahkan. Jerit kuat-kuat supaya perasaan kau tentang tu ikut tersembur macam air liur kau," ujar Naarqid selamba. Arfin ketawa dan terus hempuk bahu Naarqid.

"Cuba ayat tu bagi manis sikit! Ini apa? Tersembur air liur? Eh, tolong sikit! Aku tak pernah bercakap atau menjerit sampai tersembur-sembur air liur macam kau!" Naarqid ketawa.

"Iya?" soal Naarqid sengaja cari gaduh.

"Iyalah!" Naarqid hanya ketawa.















- Continue -

[C] IZINKANKU BAHAGIAWhere stories live. Discover now