IZINKANKU BAHAGIA - 05 -

215 15 0
                                    

ALFAN memberikan kunci pada Naarqid yang tiba-tiba sahaja muncul tadi. Dia tahu yang Arfin mungkin meminta bantuan Naarqid.

"Sampai bila, bang?" soal Naarqid. Alfan hanya diam.

"Bukan urusan kau. Kalau kau nak bawa Arfin pergi, baik cepat sebelum dia balik." Naarqid tahu yang dimaksud dengan 'dia' itu adalah ibu kandung Alfan dan Arfin.

"Aku harap kau tak terlambat untuk minta maaf dekat dia, bang. Mental abuse ni bahaya," ujar Naarqid sebelum dia berlalu naik. Dia yakin yang Arfin amat ketakutan.

Alfan tak peduli. Dia berlalu ke dapur. Dia akan berpura-pura tidak tahu sahaja. Setidaknya, untuk beberapa hari ke hadapan hidup adiknya itu terjamin.

ARFIN ketawa riang. Tubuh yang dipeluknya dipandang lama. Rindu dengan sosok itu.

"Papa tak nak balik ke?" soal Arfin.

"Alah... I'm sorry, son. Papa tak boleh balik," ujar papanya. Arfin mencebik. Dia mengeratkan pelukan.

"Tapi Fin rindu papa. Lama dah papa tak main dengan Fin. Selama papa pergi, Fin bosan tau. Asyik-asyik kena sorang-sorang. Fin nak papa teman... kita main arcade macam dulu..."

Kepala sang anak diusap penuh kasih. Arfin memejam mata. Rasa sungguh tenang. Dia nyamankan posisinya dan biarkan rambutnya dibelai.

"Fin, papa sayang anak papa ni. Papa tahu Fin rindu papa. Tapi maafkan papa, sayang. Papa tak boleh." Lembut tutur katanya. Arfin ukir senyum dan membuka matanya mendongak menatap papanya itu.

Dia mengangguk faham. Mata sang papa ditatap lama. Tenang rasanya. Rasa selamat, aman dan damai.

"Fin faham. Papa, janji dengan Fin... Papa akan datang ambil Fin kan? Papa takkan tinggalkan Fin kan?" Papanya ketawa kecil.

Anaknya ini sungguh comel. Dia sudah lama tak melihat anaknya begini. Arfin memang selalu melekat dengannya. Bahkan tak mahu ditinggal. Sekarang, lelaki itu sudah dewasa. Anaknya sudah besar.

"Papa janji akan datang ambil Fin. Tapi bukan sekarang. Papa sayang anak papa. Masa papa tak banyak, Fin. Kita perlu berpisah dulu." Arfin meleraikan pelukan dan mengangguk. Dia biarkan dahinya dikucup sebelum semua bertukar gelap.

Mata yang semula tertutup kini dibuka. Tangan naik meraba pipi. Basah? Dia menyeka matanya. Dia ketawa hambar.

"Fin rindu papa... Tolong balik, pa..." Tangisannya kedengaran di dalam bilik itu hingga pintu dibuka.

"Fin, kau sakit ke?" soal Naarqid. Arfin menoleh. Laju dia memeluk tubuh Naarqid. Pecah tangisannya. Kuat kedengaran.

"Kalau sakit bagitahu. Jangan nangis macam ni, aku tak tahu nak tolong macam mana," katanya bimbang. Arfin menggeleng.

"Rindu papa... Aku nak papa... Kenapa papa tinggal aku? Kenapa dia biar aku dekat sini? Aku sayang papa... Aku perlukan papa. Mana papa?" Naarqid mengusap lembut belakang kepala sahabatnya itu.

"Sabar, Fin. Nanti kau akan jumpa papa kau. Jangan sedih-sedih. Aku belikan kau nasi ayam. Kita makan sikit ya? Demam kau tu baru surut. Aku tak nak dia naik balik. Makan, lepastu makan ubat, ya?" Arfin mengangguk. Namun, pelukan tak ia lepas.

"Tenang dulu. Aku tak paksa. Nanti pun boleh makan," ujarnya lembut. Arfin mengangguk perlahan.

"Terima kasih bawa aku pergi..." ucapnya meleret. Naarqid ukir senyum.

"Sama-sama."










- Continue -

[C] IZINKANKU BAHAGIAWhere stories live. Discover now