IZINKANKU BAHAGIA - 32 -

203 14 0
                                    

JANGGAL. Itu yang Arfin rasakan. Tadi semua orang pergi tinggalkan dia dengan Alfan sahaja dalam wad. Sekarang dia jadi bingung sendiri. Patutnya dia menangis sahaja merayu agar Naarqid bawa dia bersama.

"Pukul aku." Arfin memandang Alfan bingung.

"Hah?" Alfan memandang tepat ke arah wajah adiknya itu.

"Pukul aku, Arfin. Pukul aku macam mana aku pukul kau, maki aku macam mana aku maki kau. Balas balik semua perbuatan aku." Arfin diam mencerna ucapan Alfan. Balas balik? Alfan pasti sudah gila kerana terlalu lama berdiam diri di dalam wad ini.

"Kau gila?" soal Arfin.

"Fin, aku minta maaf atas semua silap aku selama ni... Kau boleh buat apa sahaja pada aku untuk tebus balik silap aku." Arfin ketawa kuat. Alfan terkedu melihat itu.

Arfin lap air matanya. Haih, terlalu lucu hingga dia ketawa dan mengeluarkan air mata. Alfan memohon maaf? Boleh buat apa sahaja pada lelaki itu untuk tebus silap?

"Alfan... Aku nak kau rasa perasaan aku. Sama macam waktu aku hampir gila sebab kelakuan kau. Pukul? Maki kau? Tak cukup! Tak cukup! Kau seksa hidup aku! Kau hancurkan hidup aku, Alfan! Kau kejam! Manusia paling kejam yang aku pernah jumpa!" Alfan mengangguk.

"Aku tahu aku jahat. Maafkan aku, Fin." Arfin menggeleng.

"Aku takkan maafkan kau selagi kau tak rasa apa yang aku rasa. Aku nak kau jadi macam aku! Dibuang, ditinggalkan, aku nak kau rasa semua tu!" Alfan meraih lengan Arfin. Dia menarik Arfin mendekatinya.

"Fin-"

"Kau tak boleh, kan?" soal Arfin. Alfan menunduk. Arfin ketawa dan menepis tangan Alfan dari terus memegangnya.

"Kau tak boleh sebab mama sayang kau! Kau tak boleh sebab papa bela kau! Kau tak boleh sebab kau masih disayangi! Kau diperlukan sedangkan aku tak! Kau tak boleh buat tu sebab adik kau masih sayangkan kau! Kau tak boleh buat tu sebab kau tak mampu buat adik kau bencikan kau!"

"Kau kejam! Kau kejam, Fan! Kau kejam!!" Arfin teresak kuat. Alfan menahan esak tangisnya.

"Adik kau bodoh. Bodoh sebab lepas apa yang kau buat pada dia, semua tu tak mampu buatkan dia benci kau. Malahan dia risaukan kau. Tapi kau tak pernah fikir pasal dia. Kau jahat..." ujarnya.

"Bodohnya lagi bila aku ialah adik kau! Aku tak faham perasaan ni! Kau buat aku hampir gila! Kau buat aku hampir hilang akal, Fan! Mana hati kau? Kenapa lepas semua tu aku masih tak mampu bencikan kau? Kenapa?" Alfan turun dari katil dan terus memeluk erat tubuh Arfin.

Arfin tak menolak dan tak membalas. Dia hamburkan tangisnya. Kenapa lepas semua yang Alfan lakukan terhadap dirinya, dia masih tak mampu membenci lelaki itu?

"Maafkan aku, Fin... Aku janji akan tebus semua silap aku. Maafkan aku... Maaf..." lirih Alfan. Arfin letakkan dagu di atas bahu Arfin.

"Kau abang yang teruk..." Alfan mengangguk mengiyakan.

"Kau abang yang gagal..." Lagi lagi Alfan mengangguk.

"Tapi aku yakin... Kau bukan anak, suami atau ayah yang teruk dan gagal." Alfan diam.

"Beruntung mereka yang dapat kebaikan kau. Jaga Aathif, yakinkan dia... Fan, Aathif masih kecil. Kesian dia, Fan... Yakinkan dia yang kau ayah dia. Yakinkan dia yang kau mampu jadi seorang ayah yang baik..."

Alfan tak mengerti. Mengapa Arfin begini? Bukan memukul atau menghina dirinya seperti yang pernah ia lakukan pada lelaki itu, malahan Arfin menasihati dan meyakini dirinya.

"Aku akan maafkan kau kalau kau berjaya buat anak buah aku bahagia di sisi keluarga." Alfan leraikan pelukan dan memandang wajah Arfin.

Arfin perlahan-lahan ukir senyum. Akhirnya empangan air mata Alfan pecah. Deras air matanya mengalir bagai air terjun.

"Arfin! Maafkan aku!" Dia kembali memeluk erat adiknya itu. Arfin ketawa kecil. Dan membalas pelukan sang abang.

"Sekali saja... Izinkanku bahagia." Bisik hatinya.

Pintu yang sedikit terbuka itu dibiarkan dan dia yang mengintai terus melangkah pergi. Air matanya diseka kasar.

"He's my real father? My biological father?" gumamnya sendirian. Bibir tercebik-cebik mahu menangis.

"Tapi Aathif tak faham... Kalau betul, kenapa dia tinggalkan Aathif? Aathif nak balik..." lirih si kecil itu seraya berjalan menelusuri koridor hospital.













- Continue -

[C] IZINKANKU BAHAGIAWhere stories live. Discover now