IZINKANKU BAHAGIA - 17 -

169 12 0
                                    

ARJUNA diam di sebalik dinding mendengar Alfan berbicara. Semakin hari keadaan Alfan menjadi teruk. Trauma yang awalnya kerana melihat Arfin yang hampir mati kini berubah menjadi kemurungan bertahap.

Hal itu biasa buat Alfan yang memang didiagnosis dengan pelbagai jenis masalah mental. Hanya saja, gejala lama Alfan kembali terlihat.

"Budak tu hampir mati..."

"Ya, dan itu salah kau! Kenapa kau tak kurung dia? Kenapa kau tak halang mama? Pengecut!" Kuat dia memarahi.

"Aku tak boleh bu-"

"Kau tu pengecut, Alfan. Kau tak sayang adik kau kan? Kau nak dia mati depan mata kau kan? Itu yang kau nak?" sinis sahaja bunyinya. Alfan menidakkan tuduhan itu.

"Tak! Tak! Tak!"

"Aku sayang dia! Aku tak nak dia mati! Aku sayang dia!" sambungnya. Alfan kedengaran seperti sedang menangis saja.

"Kalau sayang, kau takkan biarkan dia macam tu. Kau takkan biar dia kena pukul. Mengaku jelah! Kau. Nak. Dia. MA. TI. Kan?"

Arjuna mengepal tangannya. Dia terus masuk ke dalam bilik yang digunakan Alfan itu. Sahabatnya itu langsung tak menyedari kehadirannya.

"Kau salah! Aku tak macam tu! Aku sayang dia! Kau penipu! Kau saja nak sakitkan aku!" jerit Alfan. Tiba-tiba Alfan ketawa sinis.

"Iya? Aku nak sakitkan kau? Tak salah ke? Kau yang nak sakitkan budak tu! Kau nak bunuh budak tu! Kau lupa? Tangan kau tu, dia hampir mati dekat tangan tu kan?" Alfan tiba-tiba kelihatan takut dan gelisah. Dia menggeleng laju.

"Tak... Tak. Tak! Tak! TAKKK!"

Arjuna tersentak saat cermin keretanya itu diketuk agak kuat. Dia menoleh dan menurunkan tingkap itu sedikit.

"Y-ya?"

"Encik tak apa-apa? Nak keluar ke?" Arjuna tersedar. Dia masih lagi di kawasan hospital. Dia mengangguk beberapa kali.

"Saya tak apa-apa. Saya nak pergi dah ni," jawabnya. Pengawal keselamatan itu tadi mengangguk faham dan kembali membuat kerjanya.

Arjuna menutup tingkap dan menghela nafasnya. Wajahnya diraup. Ingatan dua hari sebelum dia mengheret Alfan ke hospital kembali menjengah. Gejala itu pernah Arjuna saksikan. Adegan terakhir saat dia menyaksikan itu adalah waktu Alfan memarahi diri sendiri dan mencengkam rambut belakang sebelum dia hantuk kepala ke dinding dengan kuat beberapa kali hingga pengsan dan berdarah.

"YaAllah... Lindungi sahabatku dari segala hal yang membuatnya hancur dan menyerah... Izinkan dirinya untuk kembali merasai kebahagiaan yang telah Engkau tarik beberapa waktu lalu..."













- Continue -

[C] IZINKANKU BAHAGIAWhere stories live. Discover now