IZINKANKU BAHAGIA - 24 -

181 12 0
                                    

ARFIN yang duduk menghadap taman permainan itu dihampiri. Kelihatan jelas yang lelaki itu sedang sedih.

"Nah, gula-gula." Dua biji gula-gula berperisa anggur dihulurkan. Arfin angkat wajah memandang Naarqid yang tersenyum itu.

Lambat-lambat dia menerima gula-gula itu. Naarqid terus mengambil tempat di sebelah Arfin.

"Sebenarnya... Juna baru jumpa papa korang bulan lepas." Arfin memandang Naarqid sekejap.

Dia tak rasa yang dia perlu tahu. Lagipula, sudah tiada guna untuk dirinya. Papanya lebih sebelahkan Alfan yang selama ini ikut seksa dirinya.

"Alfan tak tahu."

"Ka-"

"Dengar dulu." Ucapan Arfin dipotong. Naarqid ketawa kecil melihat wajah kesal Arfin.

"Sebenarnya Alfan dah lama kena tahan dengan unit psikiatri. Mental dia terganggu." Arfin memandang Naarqid tak percaya.

"Harini, Juna pergi jumpa Alfan dekat hospital. Keadaan Alfan teruk. Dia dipindahkan ke bilik khas sebab makin hari makin agresif," terangnya.

"Uncle Ashraf dengan Juna berjumpa harini untuk selesaikan masalah. Uncle Ashraf dah lama sabar dan tahan diri dari bawa korang berdua pergi."

"Uncle tak buat tu sebab Alfan. Fin, kau nak tahu satu rahsia tak?" Arfin tak menjawab.

"Anak Alfan masih hidup. Anak buah kau masih hidup, Fin. Dia ditinggalkan dekat rumah anak yatim. Mama korang yang hantar dia ke sana."

"Kemalangan dulu tu dah dirancang. Mama korang tak suka isteri Alfan. Dia tak suka anak-anaknya diambil." Arfin diam mencerna semua itu.

Tak mungkin mama sekejam itu. Jika itu benar, mengapa Alfan tidak mengamuk? Mengapa Alfan masih setia di sisi mama dan terus menyeksa dirinya? Mengapa?

"Alfan belum tahu soal ni. Perjumpaan tadi tu untuk Uncle Ashraf ambil balik anak Alfan. Semua demi korang berdua."

"Kalau kau masih tak puas hati soal diseksa Alfan, aku boleh tolong jelaskan..."

"Aku tak nak dengar..." ujarnya.

"Tapi kau perlu tahu."

"Alfan tak buat semua tu dengan sengaja. Fin, tiap saat Alfan cuba untuk lindungi kau dari mama korang. Dia kurung kau untuk ringankan seksaan yang kau akan dapat. Dia gantikan diri kau terima setiap pukulan dan makian. Tiap waktu. Sebab tu tiap kali bebas, kau dihukum dan kau bebas dari hukuman, kau akan selalu nampak Alfan yang luka-luka."

"Dia bohong. Dia tak bergaduh dengan sesiapa. Dia yang rela serah diri gantikan kau." Semua yang Naarqid ketahui diceritakan.

Dia tak mahu Arfin membenci Alfan yang selama ini ikut terseksa demi Arfin.

"Dia buat semuanya demi kau walau caranya salah. Dia tak dapat fikirkan cara lain... Dia salah, tapi itu untuk kebaikan kau. Alfan dah berusaha untuk kau. Sebab tulah uncle bela Alfan."

Arfin menyeka air matanya sendiri. Bohong! Dia tak mampu percaya. Alfan korbankan diri demi dia? Lawak darimana itu?

"Alfan seksa mental kau, Alfan seksa fizikal kau, Alfan buat semua tu demi korang berdua. Dia nak kau hidup. Dia nak kau kuat tahan semua seksaan tu."

"Tipu!" bentak Arfin tak terima.

"Itu kenyataan, Fin." Arfin menggeleng laju.

"Tak! Kau penipu! Kau nak salahkan aku! Dia benci aku, Naar! Tak mungkin! Penipu!" Naarqid menunduk.

"Aku tahu kau takkan percaya. Tapi itu kenyataan. Pahit, tapi kau perlu telan. Korang berdua sama. Sama-sama dapat deraan mental dan fizikal. Sama-sama hancur sebab seorang insan bergelar ibu."

"Kau perlu terima tu atau kau akan jadi macam Alfan. Dia yang tak mampu terima semua kenyataan tu, dia jadi sakit. Mental dia semakin penat sampai semua memori buruk dia hapuskan dan semakin terluka dengan memori buruk yang baru. Akhirnya, dia macam ni." Arfin terus-terusan menafi.

Mustahil! Alfan tak mungkin! Mamanya tak begitu! Dia tak mahu dengar lagi. Dia lelah. Dia tak mahu tahu apa-apa. Semua ini menyakitkan!














- Continue -

[C] IZINKANKU BAHAGIAWhere stories live. Discover now