IZINKANKU BAHAGIA - 16 -

157 13 0
                                    

KAKI dan tangan Alfan yang terikat pada setiap penjuru katil itu dipandang kasihan. Keadaan Alfan memburuk.

"Bukalah, Jun... Buka..." Rayuan itu Arjuna abaikan. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah katil itu.

"Jun..."

Arjuna diam tanpa niat untuk membalas sepatah kata pun. Kepala Alfan diusap lembut.

Hampir sebulan Alfan di sini sejak hari itu. Sebulan itu jugalah Arjuna sukar untuk melawat. Susah untuk masuk melawat Arjuna.

"Jun... Buka... Sakit, Jun... Sakit..." rintihnya. Arjuna masih kekal diam.

Alfan mengalirkan air mata. Dia pandang Arjuna sayu. Seksanya dia hanya Allah yang tahu. Dia tak sanggup berada di sini lagi.

"Jun... Tolong aku..."

"Tolonglah! Jun!" Arjuna menyeka air matanya sendiri. Lidah terasa kelu. Sepatah kata pun dia tak dapat keluarkan.

"Arjuna! Buka! Tolonglah! Buka!" Arjuna memeluk erat tubuh Alfan yang terbaring dan terikat itu.

"Maaf..." lirih Arjuna amat perlahan di telinga Alfan. Lelaki itu terdiam. Laju sahaja air mata turun bagai air terjun.

"Maafkan aku... Maafkan aku... Maafkan aku..." ujar Arjuna berkali-kali. Alfan teresak kuat.

"Sakit..."

"Aku tahu. Aku minta maaf..." Alfan menyorok wajahnya di ceruk leher Arjuna.

"Keluarkan aku dari sini... Tolong..." Arjuna menggeleng.

"Maaf..."

"Sakit, Jun. Aku tak gila... Aku tak gila, Jun..." rintihnya. Arjuna mengangguk membenarkan.

"Jangan buang aku... Jangan buang aku lagi... Tolong..." Arjuna mengeratkan pelukan.

"Maafkan aku..." Alfan teresak kuat.

"Aku tak gila, Jun. Keluarkan aku..."

"Maaf..." Hanya kata maaf yang mampu ia berikan.

"Jun..."

"Fan, cukup." Alfan memandang sisi wajah Arjuna.

"Aku tak gila. Kenapa semua orang cakap aku gila? Aku tak gila, Jun! Aku tak gila! Keluarkan aku! Aku tak gila!" Arjuna mengeratkan lagi pelukan itu. Setiap kali Alfan bertindak agresif, dia akan eratkan pelukan.

Air matanya mengalir dalam diam. Siapa tak sakit melihat kawan sendiri begini? Terikat tangan dan kaki, emosi yang tak stabil dan mampu cederakan diri atau sesiapa sahaja.

Siapa yang tidak sakit jika untuk sekadar datang melawat sahabatnya saja terlalu sukar? Siapa yang tidak sakit saat melihat sahabatnya hancur begini sekali?

Ketakutan Arjuna setiap saat hanyalah ini. Disaat dia terpaksa melihat diri Alfan yang begini. Dia benar-benar takut meninggalkan Alfan di sini. Dia takut jika dia tak mampu lagi bertemu dengan Alfan di mana-mana.

"Jangan buang aku! Aku tak gila! Aku sihat!"

"Aku tak buang kau, Fan... Aku tak buang kau. Kau betul, kau tak gila. Kau sakit, Fan. Cepat sembuh ya? Cepat sembuh, cepat balik. Aku rindu kau." Arjuna leraikan pelukan. Dia menggenggam tangan kanan Alfan yang berusaha untuk lepaskan ikatan.

"Aku tak sakit! Aku tak sakit! Aku tak gila! Aku sihat! Lepaskan akulah! Lepas!"

"Jangan macam ni. Nanti kau sakit, Fan. Cepat sembuh, Alfan... Cepat sembuh..." Selesai berujar, Arjuna ditarik keluar. Masa sudah tamat dan Arjuna perlu beredar meninggalkan Alfan yang memberontak, meraung dan menyeru namanya.

Arjuna menahan esak tangisnya. Tak sanggup biarkan sahabatnya begitu.

"Maafkan aku, Fan... Maafkan aku... Maafkan aku..." gumamnya. Selesai urusan dengan pegawai di sana, dia masuk ke dalam kereta.

Enjin dipanaskan. Sementara itu, dia berusaha menenangkan diri. Alfan perlukan bantuan dan dia tak mampu membantu. Di sini, Alfan akan dapat bantuan yang lebih layak.

Hanya sedikit sahaja lagi. Sampai keadaan Alfan kembali stabil, dia perlu menunggu. Dia perlu kuat.










- Continue -

[C] IZINKANKU BAHAGIAWhere stories live. Discover now