IZINKANKU BAHAGIA - 13 -

176 12 0
                                    

ARFIN tak mahu Naarqid risaukan dirinya. Jadi dia setuju untuk memeriksa diri di hospital. Bersyukur saja saat diperiksa beberapa kali tiada hal buruk. Dia sihat. Hanya luka-luka kecil dan kepalanya tak apa-apa.

Dia tak mengalami trauma di kepala dan dia tak alami gegar otak. Itu sudah cukup baik. Hanya luka.

"Tadi dokter bagi mc kan? Kau rest dekat rumah. Jangan sakit lagi dah. Aku tak nak tengok kau sakit macam tu lagi. Aku takut," ujar Naarqid. Arfin ketawa kecil.

"Kau ni over sangatlah! Aku okay je."

"Menipu! Dah nak mati macam tu pun masih cakap okay? Kau gila ke?! Jantung aku ni macam nak tercabut dah!" Arfin hanya tersenyum. Setidaknya dia tahu yang Naarqid sayang dan pedulikan dia.

"Naar... Aku nak makan roti canai boleh?" Naarqid menjeling.

"Tak padan dengan sakit. Jom lah, aku bawa kau makan." Naarqid mana boleh tolak permintaan Arfin yang jarang-jarang itu.

Bibir pucat Arfin mengukirkan senyuman. Andai saja Alfan mampu lakukan apa yang Naarqid lakukan padanya. Tentu dia akan lebih gembira dan bersemangat jalani hidup.

Sayangnya, Alfan bukanlah Naarqid dan takkan pernah jadi seperti Naarqid. Alfan Mikhayl adalah orang yang kejam. Naarqid Fawwaz pula orang yang baik. Itulah beza mereka dimata Arfin.

ARJUNA dipandang. Dia hanya diam di atas kerusi menunggu. Arjuna tiba-tiba sahaja bawa dia ke hospital.

"Alfan Mikhayl." Namanya sudah diseru. Arjuna terus bangun dan memaksa Alfan duduk ditempat tanpa bergerak.

Alfan hanya memerhati. Melihat banyaknya ubat di tangan Arjuna itu buatkan dia mengeluh. Lagi? Dia tak sakit.

Beberapa minit berlalu dan Arjuna membawanya pulang. Sampai di rumah, Arjuna memaksanya menelan beberapa butir ubat.

"Aku tak sakit, Jun! Tak nak!" Dia menahan kuat tangan Arjuna.

"Makan jelah!"

"Aku tak nak!" bantahnya. Arjuna merengus kasar. Tanpa kata, Arjuna mengangkat tinggi lututnya hingga terhentak kuat pada perut Alfan.

"Akh!" Laju dia masukkan ubat itu ke dalam mulut Alfan. Air dicurahkan ke dalam mulut Alfan sebelum dia bertindak menekup mulut Alfan sampai lelaki itu menelan ubat dan air itu.

"Uhuk! Uhuk!" Arjuna duduk di sofa. Alfan yang terbatuk-batuk itu diabaikan.

"Kau gila, Jun!" bentak Alfan. Hampir mati rasanya.

"Kau yang gila. Makan ubat pun susah." Alfan berdecit. Dia duduk atas lantai. Malas nak dekat dengan Arjuna.

Lama mereka berdiam diri buat hal masing-masing sampailah Alfan mula bersuara. Arjuna mula tumpukan perhatian pada Alfan.

"Sebenarnya mama tu sayangkan anak-anak dia ke tak, Jun?"

"Kenapa tanya macam tu?" soal Arjuna. Alfan berbaring atas lantai itu dan mengeluh.

"Lepas mama pukul budak tu sampai separuh nyawa, dia ketawa puas. Happy sangat. Tapi lepas beberapa minit, dia menangis. Dia nampak menyesal. Tapi lepastu dia acuh dan buat hal sendiri. Aku tak faham..."

"Selalu macam tu. Satu hari aku terjaga, waktu tu mama masuk bilik aku. Aku pura-pura tidur dan mama usap lembut sangat pipi aku. Dia cakap dia minta maaf. Dia menyesal. Tapi pagi hari, benda tu macam tak pernah berlaku. Mama abaikan aku, mama tak nampak kehadiran aku, mama buat aku macam tak wujud... Kadang-kadang pukul aku sebab aku biarkan budak tu lari."

"Aku rasa mama bencikan aku. Tapi waktu aku rasa benda tu, mama datang bagaikan penawar dan buat aku rasa disayangi. Cuma sesaat dan semua kembali ke asal..."

Arjuna diam mendengar itu. Nyatanya, ia lebih rumit dari apa yang dia fikirkan.

"Kau bencikan mama kau?" soal Arjuna. Alfan ketawa.

"Seorang anak takkan mampu bencikan ibu mereka, Jun... Teruk macam mana sekalipun, yang ada hanyalah rasa kecewa dan marah. Perasaan benci tu tak mampu hadir..." jawabnya. Arjuna mengangguk faham.

"Jun... Aku nak cari papa. Sejak papa pergi, hidup kami berubah. Aku rindukan papa..." Arjuna bangun dan mendekati Alfan. Dia duduk bersila atas lantai sebelah Alfan.

"Kalau kau yakin itu dapat ubah keluarga kau jadi macam dulu, aku akan bantu. Asalkan kau mampu tanggung seksa mental kau nanti." Alfan memeluk pinggang Arjuna dan menyembamkan wajah ke perut lelaki itu.

"Mental aku dah lama hancur. Seksa mental aku tu tak sesakit apa yang aku rasa sekarang. Aku nak semua ni berakhir. Aku nak keluarga aku yang dulu..." Arjuna mengangguk faham.

"Rehatlah dulu. Kau kena balik rumah nanti," ujar Arjuna. Alfan mengangguk dan leraikan pelukan itu.

"Terima kasih, Jun..."










- Continue -

[C] IZINKANKU BAHAGIAWhere stories live. Discover now