IZINKANKU BAHAGIA - 15 -

189 14 3
                                    

ARFIN yang lena di atas tilam di ruang tamu itu dipandang lama. Memang keputusan yang tepat untuk bawa Arfin balik kampungnya.

"Yang kamu tenung anak teruna orang macam tu dah kenapa?" soal ibunya. Puan Qaseh. Naarqid tersengih.

"Qid risau dengan Fin tu. Ibu tahu, Fin tu buat benda yang tak pernah Qid jangka. Dia macam dah tak sanggup sangat dah nak terus hidup." Naarqid bercerita. Puan Qaseh mengambil tempat di sofa single.

"Qid, kamu tak rimas dengan Fin kan?" soal Puan Qaseh. Naarqid pandang ibunya.

"Kenapa ibu tanya macam tu?" soalnya semula.

"Ibu tak nak kamu sakitkan dia. Cukuplah dia macam ni, Qid. Ibu sendiri sakit tengok dia macam ni. Dia nampak tak sihat. Dengan luka lagi. Itu baru luka luar. Belum lagi luka dalam. Luka dekat hati dia mungkin lebih besar," ujar Puan Qaseh. Naarqid mencerna setiap kata-kata ibunya itu. Dia kemudian tersenyum.

"Tak. Qid tak rimas pun, ibu. Qid suka. Yelah, Qid kan bongsu. Nak juga rasa ada adik." Ibunya ketawa kecil dan menampar lembut bahu Naarqid.

"Kamu ni, ada je jawapannya." Naarqid hanya tersengih menunjuk gigi.

"Qid tak pernah rimas dengan Fin, ibu. Cuma Fin tu terlalu takut... Dia takut kalau suatu hari nanti Qid tinggalkan dia sama macam keluarga dia. Ibu, Fin tu dah tak ada arah tuju dah, bu... Qid sedih tengok kawan Qid macam tu." Puan Qaseh faham itu.

Yelah, sejak dulu Naarqid selalu berkepit dengan Arfin. Keluar je mesti dengan Arfin. Personal assistant pun Arfin. Payah nak berenggang. Nak gaduh pun jarang.

Bila dah terlalu rapat, tentu saja Naarqid boleh sedikit merasai perasaan Arfin yang diperlakukan dengan teruk.

"Fin cuma ada Qid sebagai hala tuju dia lepas semua orang buang dan seksa dia, bu. Fin tu rapuh. Kadang-kadang Qid terfikir... Kalaulah satu hari nanti Qid tak ada dengan dia, macam mana dia nak jalani hidup? Fin cuma ada Qid," luahnya. Puan Qaseh mengusap puncak kepala Naarqid.

"Jadi tak perlu fikir soal tu. Kamu takkan tinggalkan dia seorang diri kan?" Naarqid mengangguk yakin.

"Kalau macam tu, tak perlu fikir soal ditinggalkan. Ibu tahu Qid orang yang menepati janji. Ibu tahu Qid berkawan dengan Fin bukan semata sebab kesian. Ibu tahu anak ibu ni boleh diharapkan. Jagalah Fin. Jangan biarkan dia sorang-sorang."

Naarqid tersenyum. Dia terus duduk bersimpuh di atas lantai dan letak kepala di atas ribaan sang ibu. Puan Qaseh ketawa kecil dan terus mengusap lembut kepala anaknya itu.

"Ibu sayang Fin tu macam ibu sayang Qid dengan abang dan kakak. Macam mana Qid jaga hubungan dengan abang dan kakak, macam tu jugalah ibu nak Qid jaga hubungan dengan Fin. Lebih lagi bila Fin betul-betul memerlukan Qid."

"Jangan biarkan Fin kecewa lagi. Ibu tahu macam mana rasanya dibuang oleh keluarga. Ibu tahu seksa macam mana yang Fin rasa. Sekarang, cuma Qid yang dia boleh harapkan. Cuma Qid yang dia percaya dan bergantung. Jangan buat dia terluka lagi." Naarqid mengangguk.

Dia akan ikut nasihat ibu. Lagipula, Arfin itu sahabat dunia dan akhirat. Arfin hanya ada dirinya setelah keluarga lelaki itu sendiri membuangnya.

"Papa..."

Puan Qaseh dan Naarqid menoleh ke arah Arfin. Dapat mereka lihat tubuh Arfin yang menggigil itu. Air mata yang mengalir juga dapat dilihat dengan jelas.

"Papa jangan tinggal Fin!" Naarqid terus bangun mendekati Arfin.

"Papa!" Tangan Arfin terangkat tinggi. Matanya mula terbuka. Yang pertama kali ia lihat adalah wajah Naarqid.

"Arghh!" Jeritnya.

"Hei, kau kena sampuk ke apa?" soal Naarqid hairan. Arfin terus duduk bersandar pada dinding rumah kayu itu.

"Aku rindu papa..." luahnya.

"Papa tinggal aku. Aku mimpi dia pun tinggalkan aku... Kenapa? Kenapa semua orang yang aku sayang tinggalkan aku?"

"Aku sayang papa, tapi papa pergi tinggalkan aku. Aku sayang mama, tapi mama pergi tinggalkan aku. Aku sayang Alfan... tapi dia pun sama. Dia pergi tinggalkan aku. Aku ni teruk sangat ke? Kenapa semua orang tinggalkan aku?" soal Arfin.

Puan Qaseh berlalu ke dapur dengan senyap. Dia rasa dia tak patut campur tangan di sini. Biarlah anaknya yang urus. Dia mahu memasak. Pasti Arfin lapar.

"Fin, kau tak sayang aku ke?" soal Naarqid. Arfin menggeleng.

"Tak... Aku sayang kau. Tapi aku takut... Semua yang aku sayang dah tinggalkan aku... Kau pun... Kau pun mesti akan pergi..." Arfin luahkan ketakutannya.

"Kau tak percayakan aku?" soal Naarqid sedikit berjauh hati. Arfin tak percayakan dia?

"A-aku cuma-"

"Fin, bagitahu aku. Apa caranya supaya kau dapat percaya yang aku takkan tinggalkan kau? Bagitahu aku," soal Naarqid seraya menuntut jawapan. Arfin memeluk erat kedua belah lututnya.

"Aku bukan tak percaya. Aku takut... Aku cuma takut, aku minta maaf... A-aku tak ada niat... Aku salah... Aku minta maaf..." Tangan Naarqid terulur mengusap air mata yang jatuh di pipi Arfin.

"Janganlah nangis. Kau dah bazirkan banyak air mata dah." Arfin menyembamkan wajah ke lipatan tangan.

"Jom, ikut aku!" Tangan Arfin ditarik. Arfin terheret mengikuti Naarqid ke dapur.

"Ibu!"

"Ya? Kenapa jerit-jerit ni, Naarqid Fawwaz?" soal Puan Qaseh. Naarqid tersengih.

"Ibu, boleh ibu jadi saksi? Saksi yang Qid bersumpah takkan tinggalkan kawan baik Qid ni, budak Arfin Mikaela ni selagi nyawa masih dikandung badan." Arfin terkedu. Puan Qaseh ketawa melihat reaksi Arfin.

"Boleh, Qid." Naarqid tersenyum. Jari kelingking miliknya dan Arfin ditautkan. Arfin hanya terdiam kaku.

"Arfin Mikaela... Depan ibu aku, aku bersumpah yang aku takkan tinggalkan kau macam orang lain. Aku bersumpah selagi tak diizinkan oleh Allah untuk pergi, aku akan sentiasa di sisi kau baik senang mahupun susah. Kau kawan baik aku, takkan pernah aku tinggalkan selagi jodoh kita untuk berkawan tu masih panjang." Arfin menunduk. Bibirnya bergetar. Wajahnya memerah menangis tangis yang mahu pecah.

"Qid, bawa Fin naik." Puan Qaseh tahu Arfin mahu menangis. Naarqid akur sahaja.

Huwaaa!

Hiks!

"Eh! Kenapa kau meraung ni?!"

Puan Qaseh ketawa. Padan muka Naarqid. Tulah, orang tengah sedih dia pergi tambah dengan terharu tu. Kan dah kena. Tak pasal-pasal kena pujuk bayi besar.










- Continue -

[C] IZINKANKU BAHAGIAWhere stories live. Discover now