NAARQID menyerahkan dua kotak air susu kepada dua orang yang sedang monyok di atas kerusi batu hospital. Tak apa, dia memang selalu jadi babysitter tak berbayar.
"Aathif right?" soal Naarqid. Aathif mengangguk dan menyambut huluran Naarqid.
"Kenapa ikut keluar?" soal Naarqid. Arfin hanya diam menyedut air. Nak menangis pun tak boleh bila Aathif ada dekat sini. Malu.
"Betul ke tadi tu ayah Aathif?" soal Aathif. Naarqid ukir senyuman dan melutut di hadapan Aathif. Dia memegang kedua belah bahu Aathif.
"Betul. Alfan Mikhayl bin Ashraf. Itu nama ayah Aathif. Nama penuh Aathif apa?" Aathif menunduk mencengkam hujung bajunya.
"Aathif Luqman bin Alfan Mikhayl..." jawab Aathif perlahan.
"Jadi betul kan?" Aathif menggeleng.
"Kenapa geleng?" soal Arfin pula. Aathif angkat wajah.
"Kalau dia ayah Aathif, dia takkan tinggalkan Aathif dari baby. Dia takkan biar Aathif sorang-sorang. Kenapa tak dari dulu, kenapa baru sekarang dia muncul sebagai ayah? Aathif tak ada ayah." Naarqid dapat melihat persamaan Aathif dengan Arfin. Degil! Tak mahu dengar penjelasan dan tak mahu terima kenyataan.
"Aathif, your father is sick." Aathif menjeling Naarqid.
"Uncle Jun pun cakap benda sama. Tapi Aathif tak nampak pun yang pak cik tadi tu sakit. Sihat je," ujarnya mendatar.
"Ayah Aathif tu sakit luaran. Dia sakit dalaman. Dia hilang ingatan, Aathif. Hilang ingatan pasal Aathif, pasal ibu Aathif, dia tak ingat langsung." Naarqid cuba menerangkan.
"Dah lah. Aathif tak nak dengar. Hantar jelah Aathif balik rumah anak yatim. Aathif dah biasa tak ada ayah. Lagipun pak cik tu tak boleh jadi ayah Aathif. Dia kasar." Seketika tawa Arfin kedengaran. Aathif dan Naarqid memandang Arfin yang ketawa itu.
"Haih... Apa bezanya dengan Aathif? Sekarang, Aathif nampak macam dia." Aathif terdiam. Benar. Dia lupa dengan sifatnya sebelum ini. Dia berdecit dan melompat turun dari kerusi.
"Aathif nak balik dekat Uncle Jun. Jangan ikut Aathif dah!" Mereka berdua ketawa sebaik sahaja Aathif berlari masuk ke dalam hospital semula.
"Naar, aku nak balik." Naarqid mengambil tempat di sebelah Arfin.
"Kau tak nak cuba dah?" soal Naarqid.
"Aku tak kuat, Naar. Bila dia tengking aku tadi, aku rasa takut. Aku... Entahlah, Naar... Aku tak boleh." Belakang kepala Arfin diusap lembut.
"Terakhir kali. Aku janji, kalau tak boleh juga kita balik terus. Hm?" Arfin menunduk.
"Suka paksa aku..." Naarqid ketawa kecil.
"Untuk kebaikan kau. Lagipun, aku kesian dengan Aathif tu. Nampak sangat dia tu macam kau. Degil. Tak boleh nak dengar penjelasan." Arfin menjeling. Sempat lagi mengutuk.
"At least, kita buat untuk Aathif. Anak buah kau kan? Tak rindu?" Arfin menghela nafas dan mengangguk lesu.
"Fine..." Naarqid tersenyum mendengar jawapan Arfin.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] IZINKANKU BAHAGIA
Acak[C O M P L E T E] -belum edit ‼️ Contains sensitive issues ‼️ "Sekali saja... Izinkanku Bahagia," - Arfin Mikaela "Ya Allah... Aku memohon bantuan daripada Engkau. Tolong... Tolong bantu Arfin Mikaela bin Ashraf, sahabatku untuk terus kuat. Izinkan...