IZINKANKU BAHAGIA - 35 -

352 19 0
                                    

ARFIN duduk di sofa dan membaringkan kepalanya di atas riba Naarqid yang sedang menonton televisyen.

"Kau bahagia?" soal Naarqid dengan senyuman. Dia nampak jelas wajah Arfin. Lelaki itu kini sering tersenyum manis dan jarang sekali menangis.

Arfin mengangguk laju. Dia bahagia. Kini tanpa ragu dia akui yang dia sangat-sangat bahagia. Walau tanpa mamanya.

"Aku tak tahu nak jelaskan macam mana, tapi sumpah! Aku gembira! Aku bahagia sangat, Naar!" ujarnya riang. Naarqid ketawa kecil.

"Setidaknya, lepas semua yang aku lalui... Aku diberikan keizinan untuk merasai kebahagiaan. Ini dah cukup. Aku takkan minta lebih. Asal aku masih ada kau dan mereka yang lain." Lihat? Arfin kini lebih matang. Dia sudah tak lagi mempermasalahkan hal yang lain.

Naarqid gembira melihat sahabatnya begini. Dia janji yang dia takkan tinggalkan Arfin. Dia akan sedaya upaya tunaikan janji itu selama nyawa masih dikandung badan.

"Naar... Terima kasih. Aku tahu kau tak pernah berhenti doakan kebahagiaan aku. Terima kasih, Naar. Terima kasih sebab selalu ada dengan aku... Terima kasih sebab tak pernah tinggalkan aku..." Air mata mula mengalir turun. Naarqid ketawa kuat.

"Hei, kenapa nangis?" soal Naarqid. Arfin sembunyikan wajahnya pada perut Naarqid. Malu!

"Sebab aku bahagia... Aku terharu dengan ketulusan kau berkawan dengan aku... Aku- sumpah aku berhutang banyak dengan kau, Naar... Aku tak tahu macam mana nak balas semua jasa kau. Terima kasih..." Naarqid mengangguk.

"Aku dah cakap, aku kawan kau. Aku takkan biarkan kau sorang-sorang. Biarpun semua orang tinggalkan kau, aku akan selalu ada. Percayakan aku." Arfin mengangguk. Naarqid berjaya membuktikan itu padanya.

"Naar, tolong bakar biskut... Aku nak makan biskutlah." Naarqid tercengang.

"Jangan cakap kau sampai nangis-nangis dekati sini cuma untuk pujuk aku supaya buatkan biskut untuk kau!" Arfin memandang wajah Naarqid dan tersengih. Itu salah satu sebabnya.

"Shit... Kau memang, Fin! Memang!" Arfin ketawa. Alah, sekali sekala dia buat Naarqid macam ni.

"Tolong..." rengek Arfin perlahan. Naarqid berdecit. Mahu tak mahu dia turutkan juga kehendak sahabatnya itu.

"Duduk sini diam-diam. Nanti dah siap aku panggil." Arfin mengangguk laju dan terus duduk memberi jalan untuk Naarqid.

Melihat Naarqid sudah berlalu ke dapur dia terus tersenyum riang. Televisyen menjadi pusat perhatian namun fikirannya melayang jauh.

"YaAllah... Terima kasih kerana engkau masih memberikan izin agar aku dapat merasai kebahagiaan ini. Terima kasih..." bisik hatinya. Senyuman tak luntur tiap kali dia mengingat satu minggu penuh makna ini.

"Terima kasih YaAllah... Aku amat bersyukur kerana engkau Izinkanku Bahagia."

Manakala di tempat Naarqid, dia memerhati gelagat sahabatnya itu dari jauh dan ketawa kecil. Nampak comel sahaja perangai itu. Seolah awan mendung yang selalu menutupi diri Arfin itu kini diganti dengan sinar matahari yang mengembirakan.

"Terima kasih kerana engkau perkenankan doaku, YaAllah. Aku saksi yang melihat dirinya berjuang selama ini. Terima kasih kerana engkau hadirkan kebahagiaan itu disaat dia sudah hampir berdamai dengan segala lukanya. Izinkan dia untuk terus bahagia bersama dengan keluarga dan kawan-kawannya."

"Biarlah Arfin Mikaela yang dulu diganti dengan yang sekarang. Aku lebih menyukai dirinya yang seperti ini. Aku dapat merasai yang dia juga turut rasa amat bahagia dengan hal yang kau hadirkan ini."

Hatinya berbisik dan dia kembali fokus membuat adunan biskut yang Arfin mahukan. Sudah beberapa hari Arfin menanti. Tak mahu Arfin kecewa, dia turutkan jua. Asalkan Arfin bahagia.













- T A M A T -

[C] IZINKANKU BAHAGIAWhere stories live. Discover now