IZINKANKU BAHAGIA - 07 -

200 16 0
                                    

"AKH! Sakitlah! Perlahan sikit!" Kuat suaranya kedengaran. Tak tahu ke sakit? Nak tolong tu cuba ikhlas sikit.

"Dah tahu sakit, yang kau pergi tadah muka tu kenapa?" Diam. Tak dapat menjawab. Alfan Mikhayl hanya diam membiarkan sahabatnya itu mengubati lukanya.

Barang-barang yang diambil dalam kotak pertolongan cemas dia kemas dan terus letak di tempat asalnya.

"Alfan, aku tak nak ceramah kau panjang-panjang sebab aku tahu kau tak peduli pun. Kau takkan dengar. Tapi, kau kena ingat satu benda Alfan Mikhayl... Aku tak suka tengok cara kau. Aku tak suka dengan cara kau lindungi adik kau tu." Alfan menghela nafas panjang.

"Kalau bukan dengan cara ni, budak tu takkan hidup sampai sekarang. Kau pun tahu tu, Jun," jawabnya.

Arjuna berdecit. Ditunjal kasar sisi kepala Alfan.

"Yang kau cakap budak tu, budak tu, daripada tadi tu adik kau tau. Adik kau. Adik kandung." Alfan merengus geram.

"Biarlah. Adik aku kan, bukan adik kau." Arjuna merengus kasar.

"Suka hati kau lah, aku malas nak bercakap dengan orang yang ego tinggi macam kau." Terus dia bawa peti pertolongan cemas itu keluar.

Alfan menghela nafas lelah. Dia cuma mahu Arfin hidup lebih lama. Dia tak mahu melihat mayat adiknya. Dia juga tak mahu melihat ibunya menjadi seorang pembunuh.

Cara apa yang dia punyai selain ini? Arjuna juga hanya menasihatinya. Mana dia nak jumpa jalan penyelesaian dalam keadaan serabut begini?

KEESOKAN harinya, Arfin dan Naarqid kembali ke pejabat. Arfin degil sangat. Nak juga kerja. Sudahnya Naarqid terpaksa turutkan saja kemahuan sahabatnya itu.

"Kau tak sihat ni, Fin..." Wajah pucat Arfin diperhatikan.

"Alah, sikit je. Boleh ni." Naarqid berdecit.

"Degil betul kau ni kan! Nanti ada yang aku humban masuk dalam ambulan. Biar dokter pula jaga kau. Degil!" Arfin ketawa dan menyusun dokumen di atas mejanya itu.

"Aku okay, Naar. Aku janji tak susahkan kau."

"Bukan masalah susah tak susah, Arfin Mikaela. Masalahnya kau tu tak sihat. Aku ni macam mendera kau. Paksa kerja. Faham?" balas Naarqid. Arfin ukir senyum dan memandang wajah sahabatnya itu memelas.

"Jangan bebel dah. Nanti lepas lunch aku balik. Please... Biar aku kerja..." ujarnya memujuk. Naarqid mengeluh.

"Degil sangat ni kenapa?"

"Naar..." Meleret bunyinya. Naarqid berdecit. Dijentik dahi Arfin itu. Geram!

"Suka hatilah. Kalau dah tak larat nanti datang office aku. Rest dulu ke apa ke," ujar Naarqid. Dia mengalah dengan keras kepala seketul Arfin. Takkan menang punyalah kalau lawan sikap keras kepala Arfin.

"YEAY! THANK YOU, NAARQID FAWWAZ!" ujarnya riang dan agak kuat. Naarqid hanya menghadiahkan satu jelingan.

"Buatkan aku air. Aku dahaga lepas bertekak dengan kau," arahnya.

"Ay ay kapten!" Langkah besar dibuka menuju ke pantri.

Naarqid menggeleng kecil dan kembali ke pejabatnya. Nak marah pun rasa macam tak ada gunanya dah. Arfin Mikaela memang nombor satu kalau bab melawan dirinya.










- Continue -

[C] IZINKANKU BAHAGIAWhere stories live. Discover now