IZINKANKU BAHAGIA - 30 -

207 15 0
                                    

ARFIN menggenggam erat lengan Naarqid saat masuk ke dalam wad. Masih ada rasa takut gelisah saat berdekatan dengan Alfan. Takut jika Alfan kembali menyakiti dirinya.

"Fin, dekatlah sikit." Arfin menggeleng. Alfan menoleh memandang Arfin yang menyorok belakang Naarqid itu.

Sejahat itukah dirinya terhadap adiknya itu? Ingin rasanya berbicara. Namun, mengingat setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya pada Arfin selama ini buatkan dia kekal bungkam.

"Fin, kau janji apa dengan aku tadi?" Naarqid kembali mengingatkan. Arfin menunduk.

"Fi-"

Tersentak kecil tubuh Arfin saat merasakan hujung baju kemeja yang dikenakan olehnya itu ditarik-tarik.

Naarqid yang mahu berkata-kata terus diam. Mereka melihat ke arah bawah dan mendapati seorang kanak-kanak lelaki sedang memegang hujung baju Arfin.

"A-anak siapa ni?" soal Arfin.

"Anak aku," jawab Alfan. Membulat mata Arfin memandang Alfan.

"No!" Semua mula memandang Aathif yang tiba-tiba menjerit itu.

"Aathif anak yatim. Aathif tak ada ayah." Alfan memandang Arjuna di dekat pintu masuk. Sahabatnya itu mengangguk.

Alfan terus turun dari katil dan mendekati Aathif yang diam memandang Alfan. Tak ada sikit pun rasa gentar.

"Aathif-" Tangannya yang mahu menyentuh kepala Aathif ditepis. Aathif menatap tajam ke arah Alfan.

"Aathif, I'm your father." Sekali lagi dia cuba menggapai tubuh Aathif.

"Jangan sentuh! Aathif tak ada ayah! Aathif anak yatim sebab tu Aathif duduk dekat rumah anak yatim!" Alfan tergamam.

"Aathif... I'm your biological father."

"Bukti?" Alfan memandang Arjuna.

"Mana bukti? Selama lapan tahun Aathif hidup, yang Aathif tahu Aathif duduk di rumah anak yatim. Tempat mereka yang tak ada ibu bapa." Alfan benar-benar menyesal soal itu. Air mata mengalir di pipi kerana mengingat hal tak sepatutnya.

Mengapa sanggup mamanya lakukan ini? Mengapa sanggup mamanya musnahkan hidupnya sebegini?

"Aathif anak-"

"Anak? Kalau betul Aathif ni anak uncle, Aathif akan duduk dekat rumah uncle kan? Tapi sejak kecil Aathif duduk rumah anak yatim. Aathif tak ada ayah. Aathif tak ada ibu." Potong Aathif. Arfin diam mencerna apa yang dia lihat ini.

Aathif memandang datar ke arah Alfan. Entahlah, dia tak boleh nak terima semua ini. Ayahnya tinggalkan dia di rumah anak yatim.

Tinggalkan dia! Bukan mati, bukan sakit parah, hanya tinggalkan dia dan lupakan dirinya. Sungguh tak boleh dicerna ke dalam otaknya.

"Naar... Nak balik..." bisik Arfin. Naarqid mengangguk faham.

"Kami minta diri dulu." Alfan menggeleng.

"Tunggu dulu." Arfin mencengkam kuat lengan baju Naarqid.

"Kau uruskan anak kau dulu," ujar Arfin.

"Aku cakap tunggu kan! Kau langsung tak berubah kan? Dengarlah apa aku cakap!" Arfin terdiam saat dia ditengking. Arjuna mengeluh. Naarqid usap lembut tangan Arfin di lengannya.

"Kau pun masih tak berubah." Mata Arfin memerah menahan tangis.

"Kau masih sama! Masih menyakitkan! Tak pernah nak hargai orang! Aku menyesal ada abang macam kau! Aku benci kau, Alfan!" Arfin terus berlari keluar. Dilanggar bahu Arjuna yang menghalangi jalannya. Naarqid tanpa kata mengejar langkah sahabatnya itu.

Alfan meraup wajahnya. Aathif ketawa mengejek dan terus berlalu keluar. Entah bakal ia bawa ke mana langkah kecilnya itu. Arjuna mahu ikut namun dihalang dan Aathif menggugut yang dia takkan kembali kalau Arjuna ikut dia.

Alfan terduduk lesu di atas lantai wad itu. Arjuna terus mendekati Alfan. Kasihan dia melihat sahabatnya itu.

"Fan, kau tak patut tengking dia." Alfan memegang kedua belah sisi bahu Arjuna.

"Aku tak sengaja... Aku- aku betul-betul tak sengaja..."

"Fan-"

"Jun aku takut... Aku takut, Jun..." lirih Alfan sayu. Arjuna menatap dalam mata Alfan itu.

"Aku takut, Jun... Aku takut hilang segalanya... Arfin, Aathif, papa, mama dan kau... Aku takut..." Alfan mula teresak-esak.

"Kau takkan hilang aku, Fan." Arjuna meyakinkan Alfan dan terus membawa lelaki itu naik ke katil. Alfan perlu berehat.














- Continue -

[C] IZINKANKU BAHAGIAWhere stories live. Discover now