IZINKANKU BAHAGIA - 19 -

170 14 0
                                    

SEBELAH tangan Naarqid memainkan rambut Arfin yang sedang berbaring atas ribanya itu sambil makan buah anggur. Sebelah lagi memegang telefon.

"Arfin? Kejap, aku tanya." Arfin mendongak memandang Naarqid.

"Fin, kau ingat tak masa kau cedera tu, kepala kau kena apa?" Arfin mengangguk.

"Ingat. Mama hentak dengan bekas habuk rokok."

"Kaca? Besi?" soal Naarqid.

"Kaca. Kenapa tanya?" soal Arfin bingung. Naarqid menggeleng. Dia kembali pada Arjuna dalam talian.

"Bekas habuk rokok, kaca." Naarqid kerut dahi mendengar ujaran Arjuna itu.

"Tak ada apa yang serius masa aku bawa dia pergi cek dekat hospital. Cuma luka luaran. Kenapa?" soal Naarqid setelah menjelaskan.

Arfin hilang fokus untuk menonton televisyen. Dia memandang Naarqid yang sibuk bercakap dengan Arjuna melalui telefon.

"Fin, kau ingat apa-apa tak lepastu? Alfan ke?" Arfin diam berfikir. Entahlah, dia sendiri waktu itu sangat lemah. Tak fokus kerana rasa sakit yang mendera.

"Fin?"

"Aku tak ingat... Aku tak tahu, waktu tu aku cuma ingat mama pukul aku dengan bekas habuk rokok tu je... Tapi-"

Arfin tiba-tiba berhenti bercakap. Naarqid memandang hairan.

"Tapi?" soal Naarqid.

"Aku tak pasti ni ada kaitan atau tak. Tapi... Waktu aku sedar sekejap masa dalam kereta... Bekas habuk rokok tu ada dalam kereta. Dengan darah sekali. Aku tak pasti apa jadi. Tapi cuma tu yang aku ingat..." ujarnya. Naarqid diam agak lama sebelum mendengar suara Arjuna yang berteriak kuat.

"Kau kenapa? Arjuna?"

"O-okay." Talian ditamatkan.

"Kenapa?" Naarqid menggeleng.

"Dia tak bagitahu. Dia cuma tanya tu je. Lepastu dia menjerit, dia cakap dia ada urusan." Arfin diam. Tangan Naarqid kedua-duanya bermain dengan rambut Arfin. Lembut.

"Petang nanti kita gerak ya?" Arfin mengangguk sahaja.

"Naar, yang hantar aku dekat apartment kau tu Alfan ke?" soal Arfin.

"Aku tak pasti." Arfin mengangguk faham.

"Kenapa?" soal Naarqid.

"Aku risau... Aku memang separa sedar, tapi aku ingat... Yang hantar aku tu berdarah. Aku ingat yang dia lap dahi dan tangan dia penuh dengan darah..." Naarqid diam.

"Aku harap tu bukan Alfan... Darah dia banyak, banyak sangat sampai aku tutup mata semula, pengsan sebab darah tu menitik jatuh atas paha dia... Aku nampak..." Serak suara Arfin. Naarqid memujuk.

"Jangan risau, Arjuna dah pastikan yang Alfan selamat. Tak mungkin dia cedera. Arjuna dah periksa." Arfin mengangguk sahaja. Harapnya Naarqid benar.














- Continue -

[C] IZINKANKU BAHAGIAWhere stories live. Discover now