P R O L O G

5.1K 356 36
                                    

Empat tahun lalu...

"Ya Allah, aku penatlah." Keluh sang wanita ketika melihat sang suami yang terkebil-kebil memandang ke arahnya.

Seorang wanita yang berambut perang dan memakai gaun hitam paras paha itu menarik nafas sebelum mendekati sang suami. Dia yakin, dari bau yang mencium hidungnya. Sang suami pasti melakukan perkara yang sama lagi.

Dia memandang seorang jejaka muda yang berjambang dengan baju putih lusuh serta berkain batik itu bersama wajah yang penuh kelelahan. Manakan tidak, dia baru sahaja pulang daripada photoshoot. Dia fikir, dia dapat berehat dengan tenang. Nyatanya tidak, dia harus menguruskan sang suami pula ketika tiba di rumah.

"Rais Andika." Panggilnya sambil berjalan mendekati sang jejaka itu.

Sang suami pula, dengan perlahan-lahan dia mendongak lalu memandang sang isteri dengan perasaan yang takut. Ya, isteri. Seorang Chempaka Elana yang berusia 21 tahun merupakan model terkenal di 2021 adalah isteri sah kepada seorang jejaka yang lumpuh dan bisu itu.

"Kau... Buang air kecil atas kerusi roda lagi?" soalnya.

Sang suami pula mengangguk.

"Aku penatlah sial. Penat hidup susah. Dapat pula suami yang bisu dan lumpuh macam kau!" hina Chempaka Elana dengan selamba tanpa rasa bersalah langsung.

Namun herdikan itu tidak pernah walaupun sekali Rais Andika tanggapi. Kerana, dia mengerti bertapa penatnya menjadi seorang Chempaka Elana yang harus menjaga dirinya.

Dia lelah dengan keadaan mereka yang serba daif ini. Kerana reputasi dan rayuan seorang wanita yang di gelar ibu. Chempaka Elana sanggup mengahwini jejaka yang bernama Rais Andika. Meskipun dia tahu kekurangan sang jejaka. Namun, kerana rayuan sang ibu. Dia menerima anaknya.

Chempaka Elana pula, tidak menyangka. Seorang ibu tergamak membuang sang anak setelah usai ijab kabul. Untung sahaja, dia menjumpai sebuah rumah usang. Bolehlah mereka berteduh kerana hasil pendapatannya tidaklah terlalu banyak. Ya, dia model terkenal. Namun, dia juga perlu bersaing dengan model-model baru bukan?

"Kau ini, memang tak faham bahasa kan? dah berapa kali aku pesan Rais Andika, kalau  nak buang air kecil atau besar pergi tandas. Tandas itu, bukan jauh pun! susah sangat ke nak dengar cakap aku?" katanya pula dengan emosi marah yang masih ia kawal.

Rais Andika pula hanya menundukkan kepala. Tahu sebentar lagi sang isteri akan memarahinya.

"Aku penat Rais, aku suruh kau pakai pampers kau segan." Kata Chempaka Elana lagi.

Rais Andika masih menundukkan kepala. Kedua jarinya ia bermain-main untuk menghilangkan rasa bersalah kepada sang isteri.

"Aku... Minta maaf sebab kurang ajar hari ini. Aku penat nak rehat. Aku ingat, balik rumah dapatlah berehat kejap..." Dia menghela nafas ketika melihat keadaan sang suami dia jatuh kasihan.

"Rais." Dagu sang suami dia pegang lalu lembutnya ia membuatkan jejaka yang berusia 23 tahun itu memandangnya.

Takungan air mata membuatkan dia hatinya dicengkam serba salah. Nafas ia tarik dalam-dalam.

"Kau... Tak rindu keluarga kau?" tanya Chempaka Elana dengan lembut.

Sang suami pula mengangguk laju, tanda dia rindu. Manakala, Chempaka Elana menarik senyum kecil.

"Kalau aku... Maksudnya, kita balik rumah umi... Kau setuju tak?" soalnya lagi inginkan kepastian.

Rais Andika pula  mengangguk bersama senyuman lebar. Asalkan bersama wanita itu. Dia sanggup ke hujung dunia sekalipun.

CRUEL DESTINY | OGWhere stories live. Discover now