B A B 4

3.2K 264 16
                                    

Chempaka Elana sedang, berdiri di tengah ruang tamu yang tadinya riuh rendah mulai sepi. Yang tinggal hanya sisa-sia majlis pertunangan yang megah pada siang hari tadi. Kelopak bunga yang  bersepah di lantai. Meja-meja yang penuh dengan pinggan yang masih belun dikemas. Bahkan, harum hidangan juga masuh terhidu si udara. Di satu sisi lain, seorang pembantu rumah yang sentiasa setia dengan senyuman di wajah, sedang mengutip pingan-pinggan kotor dengan langkag berhati-hati.

"Lah, kau tercegat dekat sini buat apa? tolonglah bibik tu. Ingat kau mem besar ke dalam rumah ini?" suara suaminya, Rais Andika memecahkan kesunyian serta lamunan panjangnya.

Nadanya juga cukup tegas, langsung tidak memberi ruang untuk sang isteri membantah kata-katanya.

Chempaka Elana pula, hanya menundukkan kepala, tidak berani untuk bersuara. Kerana, dia tahu Rais Andika sangat membencinya. Kerana, ia meninggalkan sang jejaka itu, empat tahun yang lalu.

Dengan langkah yang berat, dia terus meluru ke arah bibik yang sedang mengangkat pinggan kotor lalu di bawa ke dalam rumah. Dia tahu, Rais Andika akan melakukan pelbagai cara agar dia terseksa di sini. Kerana, memang itu asala tujuannya menyuruh dia kembali di pangkuannya.

Kerana, dendam yang bermaharaja lela di hati. Bukan kerana, cinta. Jauh sekali lah kerana di hati jejaka itu, hanya ada seorang nama sahaja iaitu Lydia Arlisa yakni tunang sekaligus bakal isterinya.

Datin Rose juga begitu, mak mertuanya juga membenci dirinya. Wanita yang berusia 50-an seringkali melihat dia seperti ia berbuat kesalahan setiap kali ia memandang dirinya. Walhal, semua yang berlaku ini kerana ulahnya ini.

Prang! gelas yang tadinya berada kemas di dalam genggamannya jatuh di atas lantai. Habis bersepah kaca di bawah kakinya.

"Allah..." Ucapnya dengan nada yang terkejut. Badannya di turunkan sedikit untuk mengutip serpihan kaca yang pecah dek gelas tadi.

"Ya Allah Puan, takpe letak aje. Biar bibik yang kemas nanti." Bibik cuba untuk menenangkan sang majikan dengn kata-kata yang lembut.

"Takpe bik, saya boleh kemas. Bibik, pergilah sambung kerja bibik." Chempaka mengukir senyum kecil. Dia tahu, si bibik hanya ingin menenagkan dia.

"Yelah Puan, kalau Puan perlukan pertolongan, panggil saya ye." Kata bibik lagi dengan nada lembut.

Chempaka Elana pula mengangguk dan bibik pun bangun lalu menyambung kerja yang tergendala sebentar tadi.

Ketika Chempaka sedang mengutip serpihan kaca yang pecah. Dia terasa lengannya di cengkam oleh seseorang. Dia mendongak sedikit dan melihat wajah masam mencuka bersama mak mertuanya yang berada di sebelah sang suami bersama muka bengis.

"Eh menantu tak guna, berani kau pecahkan gelas mahal aku ni!" bentak Datin Rose, geram sungguh dengan menantunya ini.

Baru sahaja dia pulang di rumah ini. Dia sudah membuat onar. Manakala, Rais Andika pula masih setia mencengkam lengan sang isteri dengan kuat dek kerana geram  dengan kecuaian sang isteri.

"Saya minta maaf umi, saya tak sengaja." Kata Chempaka Elana pula seraya menundukkan kepala. Dia tidak berani untuk bertentang mata dengan muka garang mak mertuanya itu.

"Maaf? kepala otak kau! kau tahu tak gelas ini mahal?! eh betina, maruah kau pun belum tentu semahal gelas ini lah!" maki Rais Andika pula dengan selamba dia menunjal kepala isterinya.

Chempaka Elana kembali diam membisu. Kepalanya di tundukkan memandang lantai yang bersepah dengan kaca.

"Kalau ikutkan umi, nak aje umi benam muka isteri kamu tu dekat kaca ni. Biar dia dapat pelajaran sikit. Sekarang ini, siapa yang nak ganti gelas limited edition umi ni?" kata Datin Rose, mengapi-apikan lagi si anak yang sedang marah itu.

CRUEL DESTINY | OGWhere stories live. Discover now