Di waktu subuh yang muram. Dengan angin yang bertiup lemah membelai indah jendela kamar. Ruang udara di dalam bilik itu masih tepu dengan aroma yang kelam.
Rais Andika memandang isterinya Chempaka Elana yang sedang terbaring di sudut lantai. Di tempat yang sama dia tinggalkan wanita itu semalam, selepas dia memukul sang isteri tanpa belas ihsan.
Wanita itu sengaja memancing amarahnya. Jika bukan kerana kerjanya sambil lewa. Dia tidak akan mengamuk seperti ribu yang ganas. Di tambah lagi, ia berkait rapat dengan Datin Rose. Lagilah dia marah.
Chempaka Elana pula masih tidur. Tubuhnya yang kaku dibaluti dengan bekas-bekas lebam. Badan kecil itu mengelentar kesejukan kerana tidur di atas lantai tanpa sebarang alas pada sudut dapur itu.
Namun, Rais Andika tidak merasa kasihan walaupun sekelumit. Kerana, bagi dia isterinya itu berhak dihukum kerana kesalahannya. Pagi ini, dia ingin menuntut haknya sebagai seorang suami. Dia mendekati isterinya dengan langkah yang malas. Wajah itu sangat bersahaja. Tiada langsung rasa simpati mahu pun kesal.
Dengan pantas, kaki kanannya menyentuh tulang rusuk sang isteri. Satu tendangan yang cukup kuat ia berikan untuk mengejutkan wanita itu. Beberapa kali juga, dia menggerak-gerakkan kakinya yang kasae itu menyentuh tubuh kecil yang masih belum sedar sepenuhnya.
"Betina, bangunlah gila!" suaranya keras serta kasar.
Seolah-olah, Chempaka Elana itu bukan seorang manusia. Jauh kata seorang isteri yang sepatutnya dilindungi dan dikasihi. Tetapi, di mata Rais Andika sang isteri tidak ubah seperti sampah yang tidak ia inginkan.
Chempaka Elana pula terkejut dengan perbuatan sang suami. Tubuhnya tergerak akibat tendangan yang cukup kuat baginya. Mata Hazel yang lesu terbuka perlahan-lahan. Namun, sinar di dalamnya sudah lama mati.
"Abang..." Suara serak-serak basah milik Chempaka Elana membuatkan sang suami makin tidak keruan.
Tidak menunggu lama. Rais Andika mencempung tubuh itu lalu ia melangkah ke kamar. Usai itu, tubuh kecil yang penuh dengan luka itu ia campak di atas katil. Dia perlu satu hakikat. Sebagai seorang suami, dia ada hak atas seluruh tubuh milik sang isteri.
Hak yang baginya, tiada seorang pun yang mampu atau persoalkan.
Tangannya kasar menarik Chempaka Elana yang masih separuh sedae dan bigung itu. Dia melihat sang suami dengan pandangan kosong.
"Aku minta hak aku sebagai suami. Jangan berani-berani nak protes. Betina murah macam kau, mesti dah bagi macam-macam jantan rasa tubuh kau kan? jadi apa salahnya aku rasmikan pula. Lagipun, kita halal kan? dapatlah juga pahala untuk tampung dosa-dosa kau tu." Bisik Rais Andika sinis.
Tiada sebarang tangisan. Tiada juga keluhan. Jauh sekali rintihan. Tubuhnya kaku, kedua mata itu menatap kosong memandang siling yang penuh dengan corak-corak bunga. Mungkin, kesakitannya sudah melebihi titik yang sepatutnya ia rasai selama ini. Maka, tubuh dan jiwanya menjadi kebal.
Usai sahaja Rais Andika memenuhi kehendaknya yang tidak berperasaan itu. Dia bangun lalu pergi ke bilik air untuk membersihkan diri dan membiarkan sang isteri terbaring kaku di atas katil.
Tiga puluh minit kemudian, dia keluar bersama tuala yang terlilit. Dia mengerling sang isteri untuk seketika bersama senyuman sinis.
"Bangunlah Chempaka, pergi buat sarapan untuk aku dengan Lydia. Kejap lagi bakal isteri aku nak datang. Kami berdua nak makan sama-sama." Kata Rais dengan selamba.
Chempaka Elana pula mengangguk. Dia bangun dari pembaringan dan keluar dari bilik itu dengan hati yang hancur sehancurnya. Sebegitu rendahkah dia di mata sang suami. Di perlakukan tidak ubah seperti pelacur dan binatang seenaknya.
YOU ARE READING
CRUEL DESTINY | OG
RomanceEmpat tahun lalu, dia ditinggalkan atas alasan sang wanita lelah dengan keadaan. Chempaka Elana - Seorang gadis yang entah dari mana asal usulnya. Malah, gadis muda yang berusia 21 tahun itu sangat terkenal di dalam dunia model. Rais Andika - Seor...