B A B 7

3K 274 14
                                    

Rais Andika sedang duduk di kerusinya. Manakala, matanya terpaku pada skrin komputer yang dipenuhi dengan dokumen serta beberapa design baru untuk keluaran tudung pertama di Empira R.A. Kerut di dahinya semakin dalam. Kerana fikirannya ligat memilih corak yang bersesuaian untuk tudung pertama di bawah Empira R.A. Suasana ruangannya yang sunyi hanya dipecahkan oleh ketikan jari di tetikus. Di luar pula, hujan renyai-renyai turun sedia membasahi bumi.

Untuk seketika, fikirannya menerawang memikirkan sang isteri yang ia kurung di dalam stor pada pagi tadi. Dia mengerling ke arah tingkap yang jelas kelihatan titisan hujan sedang membasahi bumi.

"Lantak dia lah, siapa suruh dia cari pasal dengan tunang aku. Pandai cari masalah, pandailah tanggung." Gumamnya sendirian.

Tiada sedikit pun rasa bersalah di hatinya kerana memperlakukan sang isteri seperti itu. Sebaliknya, dia berasa puas hati kerana dapat melampiaskan amarah yang di pendam semenjak empat tahun yang lalu.

"Dia layak menderita. Ini baru sikit, ada banyak lagi permainan yang akan aku tunjukkan. Aku akan pastikan, setiap hari kau rasa neraka dunia ciptaan aku. Setakat nak buat kau jadi gila, tiada masalah untuk aku Chempaka Elana." Ujar Rais Andika sendirian.

Dia sudah terbayang-bayangkan rancangan selanjutnya. Di mana episod terbaru pula untuk penderitaan sang isteri. Dia akan pastikan, mental serta fizikal wanit itu hancur sehingga dia tidak ingin hidup di atas dunia ini lagi. Begitu dalam dendam itu sehingga akal waras tidak berfungsi untuk seorang lelaki pendendam seperti Rais Andika.

Sedang asyik dia mengelamun, sebuah ketukan lembut di pintu ruangannya membuatkan dia mengalih perhatian daripada terus termenung. Dia melihat susuk Shazrin Ammar tersenyum di ambang pintu.

"Boleh aku masuk?" tanya Shazrin Ammar dengan nada yang lembut.

Rais Andika membalas pertanyaan itu dengan mengangguk kepala, tanda "boleh."

Setelah mendapat kebenaran, Shazrin Ammar melangkah masuk. Di tangannya ia menbawa sebuah fail yang berisi beberapa design untuk mereka berdua pilih nanti bagi koloberasi dua syarikat itu kelak bagi kali pertama. Usai itu, dia meletakkan fail tersebut di atas meja sahabat baiknya itu.

"Di dalam fail itu, ada tiga design yang aku berkenan dan aku rasa sesuai untuk kerjasama bagi keluaran tudung pertama kita nanti." Kata Shazrin Ammar lagi.

Sedikit latar belakang mengenai Empire R.A. Di mana syarikat ini sudah bertapak selama empat tahun di bawah kendali Rais Andika. Untuk pengetahuan, Empire R.A sangat terkenal dengan pembuatan wangi-wangian dan body wash. Dan, untuk pertama kalinya Empire R.A. menyulam kerjasama dengan Empire Anggerik Nathalia Beauty & Beyond.

Rais pula sedang meneliti tiga design yang diberikan oleh sahabatnya sebentar tadi. Tidak cukup dengan itu, mereke berbincang konsep utama yang perlu di ketengahkan untuk peragaan tudung kerjasama di antara dua Empire yang sedang naik nama sekarang ini.

"Kalau kau risau tentang model. Isteri aku dah volunteer untuk jadi model tudung kita kali ini. Jadi, aku rasa kita tak ada masalah untuk dapatkan duta tudung?" Kata Shazrin Ammar lagi bersama senyuman lebar.

Sedari tadi, Rais Andika memperhatikan sang sahabat. Setiap kali, dia menyebut nama sang isteri. Dia pasti akan mengukir senyuman manis menandakan bahawa dia terlalu cintakan dan obses dengan wanita yang bernama Bunga Anggerik Nathalia.

"Aku tak ada masalah untuk duta. Aku serahkan dekat kau 100% sebab ni kali pertama Empire R.A  keluarkan produk tudung." Jawab Rais Andika pula serius.

Shazrin Ammar pula mengangguk. Berpuas hati dengan perbincangan akan projek bersama untuk kali pertama ini. Kerana dia tahu Empire R.A sangat terkenal dengan mengeluarkan produk seperti wangi-wangian dan body wash. Berbeza dengan Empire Anggerik Nathalia Beauty & Beyond. Setiap jenis produk mereka keluarkan. Bermula dari penjagaan kulit wanita sehingga kepada wangi-wangian. Dan, kali ini mereka mengeluarkan produk baru lagi. Yakni, tudung baru yang mudah di bentuk dan kalis air.

CRUEL DESTINY | OGWhere stories live. Discover now