Kedua kaki milik Chempaka Elana masih terpasak di luar banglo mewah milik sang suami. Mustahil untuk dia melupakan rumah agam ini. Kerana, di sini kali pertama dia dan Rais Andika bersua muka. Sedang dia melihat sekeliling rumah itu. Tiba-tiba kedua matanya terpaku memandang sebuah papan kecil yang tertera nama sang suami bersama wanita lain. Jantungnya berdetak hebat.
Rais Andika
&
Lydia Arlisa"Selamat bertunang."
Tidak mungkin Rais Andika mengkhianati cinta mereka. Dia masih tidak percaya dengan perkara yang baru sahaja dia lihat sebentar tadi. Empat tahun mereka membawa haluan sendiri. Dia fikir, Rais Andika akan tetap setia dengan dirinya. Ternyata, tanggapannya salah. Dia berpaling pada wanita lain.
Bukan dia yang meminta perpisahan itu. Dia terpaksa meninggalkan sang suami kerana permintaan si ibu. Empat tahun, tanpa sebarang khabar berita dan hari ini dia menghadiri hari bahagia sang suami.
Nafas di atur agar lebih tenang. Kedua kaki pula di hayun untuk melangkah masuk bersama senyuman kecil. Jika bukan disebabkan oleh Bunga Anggerik Nathalia yang beria-ria meminta dia untuk datang ke sini. Rasanya, dia tidak akan sesekali menjejakkan kaki di rumah agam ini lagi.
Ketika dia mendekati Bunga Anggerik yang sejak tadi duduk bersebelahan sang suami. Saat itu juga, Rais Andika berpaling ke arahnya. Namun, cepat-cepat dia memandang ke arah lain.
Dia cuba untuk berlagak tenang seolah tiada perkara yang berlaku. Sungguh, jika bukan disebabkan oleh kakak angkat kesayangannya ini beria-ria menghubungi agar dia datang. Dia pasti tidak akan munculkan diri. Isteri mana yang sanggup menerima dirinya sudah diduakan?
Dia melabuhkan punggung bersebelahan dengan Bunga Anggerik Nathalia. Senyuman manis ia lempar untuk menutup rasa kecewa di hati. Dia menarik nafas terlebih dahulu sebelum bertanya. Manakala, Shazrin Ammar dan Bunga Anggerik Nathalia pula memberi mereka ruang untuk berbicara.
Rais Andika pula hanya diam. Seraya menatap wajah itu dengan kebencian. Setelah empat tahun, mengapa baru sekarang isterinya muncul semula di depannya?
"Dia siapa abang?" soalan pertama yang ditanyakan oleh Chempaka Elana setelah empat tahun mereka berpisah.
Cantik dan sopan sahaja wanita yang berada di hujung khemah sana. Sedang rancak melayan tetamu.
"Dia, bakal madu kau." Jawab Rais Andika tidak berlapik.
Empat tahun mereka berpisah dan Chempaka Elana bertanyakan tentang perihal wanita yang sudah rasmi menjadi tunangnya. Tidak sedarkah sang isteri bahawa mereka tidak baik-baik sahaja? dendamnya pada, Chempaka Elana masih berluap-luap.
"Bakal madu? abang, dah jumpa pengganti, Chempaka?" soalnya lagi bersama senyuman kecil.
Rais Andika pula mengangguk seraya menjawab soalan daripada sang isteri.
"Ya, aku dah jumpa pengganti kau. Dia jauh lebih baik dari kau." Kedua mata miliknya memandang tajam ke arah sang isteri.
Pandangan itu, penglihatan penuh kebencian.
"Tahniah abang, dia cantik. Sesuai dengan abang. Nanti, Chempaka tolong siapkan majlis kahwin abang." Jawabnya pula dengan suara yang lembut.
Rais Andika senyum sinis ketika mendengar kata-kata sang suami. Acah-acah hendak menjadi seorang isteri Mithali pula ke setelah empat tahun menghilangkan diri?
"Thanks, aku dengan Lydia Arlisa memang serasi pun. Dia cantik, baik dan yang paling penting, dia selalu ada dengan aku masa aku bisu dan lumpuh empat tahun lepas." Kata Rais pula dengan selamba.
Ia sindiran halus untuk sang isteri.
"Aku ingatkan kau dah mampus. Sebab, empat tahun ini, tak ada khabar berita pun. Rupanya hidup lagi." Tambahnya lagi.
Chempaka Elana tetap melempar senyum. Seolah-olah dia tidak terasa dengan semua kata-kata sang suami.
"Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nyawa dekat Chempaka lagi untuk terus hidup." Katanya dengan nada yang lembut.
Rais Andika menggulingkan kedua matanya. Menyampah dengan kelakukan palsu sang isteri. Empat tahun menghilangkan diri, seakan tidak memberi sebarang kesan kepada Chempaka Elana. Semakin lama, semakin dendam itu membara di hati.
"Pelik juga aku, Tuhan masih bagi kau nyawa untuk terus hidup. Betina macam kau ni layak ke hidup lama-lama di atas dunia ini?" soalnya dengan selamba.
Chempaka Elana memberi seyuman manis. Tajam sungguh kata-kata sang suami. Jika dulu, Rais Andika tidak bisa bersuara. Namun, sekarang mulutnya itu pandai berkata-kata bahkan sedarkah dia bahawa dia sedang meluka kan hati isterinya sendiri dengan kata-kata tajam itu?
"Siapa Chempaka hendak tanya takdir Allah? Chempaka bersyukur sebab Allah masih beri ruang untuk Chempaka terus hidup. Sebab, Chempaka tahu. Chempaka banyak dosa. Terlalu banyak. Sekurang-kurangnya, Allah masih beri ruang untuk Chempaka terus sujud kepadaNYA meminta setiap dosa itu di kurangkan." Jawab Chempaka Elana dengan nada yang lembut.
Rais Andika tertawa geli hati. Kata-kata seorang ustazah jadian ke ni?
"Lah, sedar pun diri itu banyak dosa. Kau bukan aje banyak dosan dengan Tuhan tapi dengan aku sekali betina. Empat tahun kau tinggalkan aku tanpa sebab yang kukuh dan sekarang kau datang dekat majlis aku ini ha? kau memang sengaja nak hancurkan kebahagiaan aku kan? tak cukup ke empat tahun lepas, kau buat aku menderita sebab kau sial?!" Marah Rais Andika. Kepala Chempaka Elana ia tunjal geram.
Jika di ikutkan hati. Dia ingin menampar wajah polos itu. Namun, dia masih waras lagi kerana majlis pertunangannya masih berjalan. Ia cuba untuk menenangkan diri. Silap besarlah Chempaka Elana munculkan diri hari ini. Kali ini, dia tidak akan lepaskan semudah itu wanita yang berada di depannya ini. Tidak akan!
Dia akan pastikan, hidup Chempaka Elana tidak ubah seperti tinggal di dalam neraka dunia buatannya kelak. Lihat sahaja nanti.
"Selama ini, kau tinggal dekat mana? rumah jantan mana pula kau tinggal? berapa ekor anak haram dah kau buat?" tuduh Rais Andika tanpa rasa bersalah.
Chempaka tetap tenang. Sesak dadanya, ketika sang suami melemparkan tuduhan berat seperti itu. Namun, dia tahu Rais Andika tidak akan mempercayainya jika dia memberika penjelasan sekarang ini. Kerana, dia tahu sang suami masih marah. Bahkan, pendek kata dia membenci.
"Chempaka tinggal dekat apartment kak Anggerik. Chempaka tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki selain abang. Chempaka masih tahu halal haram untuk lakukan perkara terkutuk itu." Jawabnya pula membela diri.
Rais pula menjongket sebelah keningnya ketika mendengar kata-kata yang keluar daripada sanga isteri.
"Oh yeke? betina macam kau ini, bukan boleh percaya sangat pun. Kau tahu kan, seorang isteri sepatutnya berada di sisi suami?" Kata Rais Andika lagi.
Kedua mata itu menatapnya tajam seperti helang mencari mangsa. Tinggal waktu untuk membaham sahaja setelah dapat mengincar mangsa.
"Jadi, aku nak kau tinggal dekat sini mulai hari ini, siapa suruh kau muncul depan mata aku. Ada aku suruh? kalau pasal pakaian kau, tak payah risau. Baju bibik banyak aje. Kau boleh pakai baju tu. Sesuailah dengan kau, betina murah." Katanya lagi.
Chempaka Elana pula hanya mampu untuk mendiamkan diri. Kepalanya di tundukkan. Dia sedar bahawa, dia kini terperangk dengan Rais Andika untuk selama-lamanya.
Hai yayang! okay tak?
typo abaikan.Jangan lupa vote&komen
banyak² tau. Kalau tak, saya
malas update. Werk!Happy read❤️
Unlock next chapter : 100 vote!
YOU ARE READING
CRUEL DESTINY | OG
RomanceEmpat tahun lalu, dia ditinggalkan atas alasan sang wanita lelah dengan keadaan. Chempaka Elana - Seorang gadis yang entah dari mana asal usulnya. Malah, gadis muda yang berusia 21 tahun itu sangat terkenal di dalam dunia model. Rais Andika - Seor...