B A B 1

3.7K 293 29
                                    

Empat tahun kemudian...

Suasana di sebuah rumah banglo mewah milik Rais Andika penuh dengan kehangatan yang sukar di ungkapkan dengan kata-kata. Keluarga serta sahabat handai berkumpul menciptakan satu suasana yang penuh dengan bahagia. Deretan bunga mawar merah dan putih yang menghiasi pintu masuk adalah simbolik melambangkan cinta yang bakal di ikat selama enam bulan.

Di ruang tamu, kelihatan pasangan yang bakal bertunang duduk bersama-sama di dalam pakaian tradisional yang indah. Si jejaka tampak segak dengan baju melayu berwarna putih. Manakala si gadis pula anggun dalam kebaya labuh berwarna putih juga. Wajah mereka di hiasu senyuman manis. Tidak menyangka, akhirnya mereka akan mengikat sebuah tali pertunangan untuk permulaan.

Sahabat baiknya, Shazrin Ammar yang berada di sebelah memandangnya dengan wajah yang kurang berpuas hati. Kerana, dia tahu status Rais Andika adalah masih suami orang. Mereka saling berpandangan seolah-olah berbicara dalam diam mengenai perkara yang sedang berlaku. Namun, Rais Andika tidak peduli. Hatinya sudah utuh untuk gadis yang bernama, Lydia Arlisa. Bukan lagi, Chempaka Elana.

Usai sahaja majlis tersebut, Rais mendekati Shazrin Ammar yang sedang rancak berbual dengan dua sahabatnya yang lain. Baru sampai barangkali.

"Selamat bertunang Rais." Ucap Muhammad Afiq Shazwan ketika melihat susuk Rais Andika mendekat.

"Ha, aku pun nak ucapkan selamat bertunang juga. Tak sangka aku, kau betul-betul bertunang dengan Lydia. Aku ingat kau masih tunggu isteri kau balik semula dekat kau." Kata Muiz Aqeel pula.

Rais pula hanya melempar senyum seraya melirik ke arah Shazrin Ammar yang sejak tadi hanya mendiamkan diri.

"Aku cuma nak cakap satu perkara aje. Jangan menyesal dengan apa yang kau dah buat ini. Aku tahu, semua manusia tak lepas dari melakukan kesalahan. Tapi, kalau salah itu di sengajakan. Aku tak rasa ayat, semua manusia buat salah sesuai untuk di guna pakai lagi." Kata Shazrin Ammar pula dengan nada yang lembut.

"Aku tak pernah menyesal dengan apa yang aku buat. Aku masih sedar dan waras lagi. Hati aku dah terpasak dekat Lydia. Nak buat macam mana?" selamba Rais Andika menjawab.

Dia menarik kerusi agar bisa duduk bersama-sama tiga sahabatnya.

"Senang betul hati kau berubah kan Rais? empat tahun lepas, kau menangis dan seksa diri kau sebab isteri kau tinggalkan kau. Aku saksi bertapa tertekan dan usahanya kau cari dia. Tapi sekarang, dengan selambanya kau cakap hati kau dah terpasak dekat Lydia? kau dengan dia baru kenal lah." Kata Shazri Ammar pula. Dia sedang memuntahkan fakta.

Empat tahun lalu, dia saksi Rais Andika hidup di dalam tekanan kerana isterinya meninggalkannya tanpa sebarang alasan. Usahanya dia mencari dan jejak Chempaka Elana. Namun, semua itu sia-sia sahaja sekarang. Sebab, Rais Andika sudah mengkhianati cinta mereka itu dengan adanya orang ketiga di dalam kisah mereka ini.

Manakala, dua sahabatnya itu hanya mendiamkan diri ketika melihat perdebatan di antara Shazrin Ammar dan Rais Andika. Tegang betul suasana sekarang ini.

"Itu sebelum aku tahu cerita sebenar. Sekarang aku dah tahu kenapa betina itu beria-ria nak tinggalkan aku. Dia ugut umi dan jual aku dekat umi aku sendiri. Isteri jenis apa itu tinggalkan suami sebab duit? lagipun, siapa aje dapat tahan kalau isteri tu tinggalkan kita terlalu lama. Aku pun nak teruskan hidup juga. Sorry lah Mar, aku tak sebodoh kau nak setia dengan betina macam Chempaka Elana itu. Murah dan senang disogok dengan duit."  Kata Rais Andika lagi dengan selamba tanpa rasa bersalah langsung dia menghina sang isteri.

"Aku tak sangka, Rais Andika yang aku kenal dah berubah. Tergamak kau labelkan isteri kau betina. Dia isteri kaulah Rais!" tegas Shazrin Ammar berkata.

Di dalam tegas itu. Masih ada kelembutan. Kerana, dia tidak pandai hendak marah. Dia bukanlah seorang yang pemarah. Jelaslah, suara itu kecewa dengan sikap sahabatnya itu. Isteri di label sebagai 'betina.' Hina sungguh Chenpaka Elana di mata sahabatnya itu.

"Janganlah bergaduh, risau aku kalau korang bertumbuk dekat sini." Celah Afiq dengan nada risau.

"Ha tulah, aku pun risau kalau korang bertumbuk dekat sini. Janganlah gaduh korang. Kitakan sahabat?" kata Muiz pula dengan nada lembut.

Mereka cuba untuk menjernihkan suasana yang semakin tegang.

"Sebab Rais ini sahabat aku lah nasihatkan dia. Jangan label isteri macam itu. Dan, jangan rasa diri itu hebat sangat. Betul, dalam islam kita lelaki boleh kahwin sampai empat. Tapi, tengok balik, sebab kita nak kahwin dengan dia. Adakah dia ibu tunggal atau fakir miskin yang memerlukan bantuan? kalau tak, kita sebagai lelaki tak di galakkan pun untuk bernikah sampai empat sebab takut tak mampu berlaku adil." Kata Shazrin Ammar lagi dengan panjang lebar.

Rais Andika pula mencebik. Acah-acah jadi ustaz jadian pula, Shazrin Ammar ini. Untung sahabat sendiri. Kalau tidak dah lama kena perli.

"Aku tahu lah. Tak payah nak ajar aku boleh tak? aku bukannya jahil sangat." Jawab Rais Andika lagi dengan nada geram.

Suka betul, ceramah orang. Bernanah telinga Rais Andika di buatnya. Panas pula hati ini tiba-tiba.

"Aku balik dulu, ada hal." Pamit Muhammad Afiq Shazwan bersama senyuman.

"Aku pun sama, jaga Lydia elok-elok Rais." Pesan Muhammad Aqeel Muiz pula.

Lalu kedua insan itu beredar dari situ. Jika di ikutkan, dia lebih rapat dengan Shazrin Ammar berbanding Rais.

Usai, kedua-dua sahabatnya itu beredar. Rais kembali melihat Shazrin Ammar bersama keluhan kecil. Dia tahu, Shazrin sedang marah. Cuma, dia tidak tahu bagaimana hendak meluahkan rasa marah itu.

"Shaz, kau marah?" soal Rais lembut.

"Aku bukan marah. Aku cuma kecewa. Kenapa kau boleh fikir sampai sejauh ini Rais? kau duakan isteri kau sendiri. Ya, dia tinggalkan kau dalam keadaan lumpuh dan bisu empat tahun lalu. Tapi, jangan lupa kau pun pernah cari dan merayu macam orang gila nakkan dia semula." Kata Shazrin Ammar pula.

Suara itu, tidak lembut tidak juga marah. Hanya sedang-sedang sahaja alunannya.

"Tolonglah, jangan rasa diri itu terpaling tersakiti sangat. Kau cakap, umi dia ugut  dan tinggalkan jual kau dekat umi kan?
pernah tak, kau tanya umi, macam mana dia tahu semua itu? tak pernahkan? Ya, tahu dia mak yang dah lahirkan kau. Tapi, mak kandung pun kalau nak jDj jahat itu jahat juga. Aku tak tuduh, aku cuma pelik. Aku harap kau sedarlah apa yang kau buat ini." Kata Shazrin Ammar lagi.

Ngilu rasanya hati Rais Andika. Walaupun suara sahabatnya itu tidak meninggi. Tetapi, kata-katanya sungguh menusuk. Ya, itulah Shazrin Ammar seorang sahabat yang lembut tetapi kata-katanya sampai ke hulu hati.

Pedih!

Hello! okay tak?
typo abaikan!

Ha yayang! jangan
lupa vote & komen banyak²
kalau tak, aye malas update
werk!

Happy read❣️

CRUEL DESTINY | OGWhere stories live. Discover now