Puan Delima dan Cempaka sedang rancak berbual-bual dengan Datin Rose diruangan dapur. Sudah lama mereka bertiga tidak bertemu. Terkejut juga mereka ketika sang sahabat secara tiba-tiba datang di rumah dan mengundang mereka di majlis pertunangan satu-satunya anak tunggalnya. Disebabkan mereka sudah lama tidak bersua muka. Maka, ketiga-tiganya bertukar-tukar cerita seraya tertawa dengan kisah masing-masing.
Gelak ketawa sesekali menyusup diantara perbualan mereka bertiga menambahkan lagi keceriaan suasana di dapur itu. Lagipun, majlis pertunangan itu baru sahaja selesai.
Sedang rancak mereka bersembang, tiba-tiba Rais Andika muncul bersama seorang wanita yang amat dia kenali. Kedua mata itu menatap penuh kebencian. Persoalannya, bagaimana menantunya ini bisa berada di majlis ini?
"Rais kacau umi tengah berbual ke?" soanya dengan sopan.
"Eh, taklah. Meh sini, duduk dengan kami." Jawab Puan Delima terlebih dahulu.
Namun, kedua matanya tertarik dengan susuk wanita yang berada di sebelah anak sahabatnya itu. Seakan tertanya-tanya siapakah gerangan yang berada di sebelah Rais Andika itu? mereka ada kaitan ke?
"Tak apa, Rais cuma nak kenalkan dekat aunty Delima dan aunty Cempaka. Ini isteri pertama Rais, Chempaka Elana. Menantu umi yang lari empat tahun lepas." Katanya dengan selamba.
Chempaka Elana pula, menundukkan kepala. Wajahnya sebu memerah. Malu diperkenalkan dengan cara seperti itu.
"Oh, cantik menantu kau Rose." Puji Puan Cempaka bersama senyuman manis. Nama mereka serupa pula itu.
"Cantik aje tak guna Cempaka... Delima oi kalau lari ikut jantan lain." Selar Datin Rose pula dengan selamba.
Lagilah, tunduk kepala Chempaka Elana menahan malu ketika diperkatakan seperti itu. Sedangkan semua itu hanya bohong belaka. Bukankah, Datin Rose yang mengarahkannya untuk meninggalkan si anak yang sedang terkapai-kapai empat tahun yang lalu?
"Tak baik Rose kau tuduh menantu kau macam itu. Takkanlah dia sanggup tinggalkan Rais empat tahu lepas sebab ikut lelaki?" kata Puan Delima pula.
Dia bukan membela gadis muda itu. Namun, berat sangat tuduhan sahabatnya itu terhadap menantunya. Sebetulnya, Puan Delima dan Cempaka mengetahui cerita disebalik menantunya tinggalkan si suami pun melalui Datin Rose ketika dia bertandang ke rumah kerana jemputan majlis pertunangan anak tunggalnya, Rais Andika.
"Umi bukan tuduh, tapi itu fakta. Memang isteri Rais tinggalkan Rais sebab jantan lain. Dia siap ugut umi lagi suruh bagi duit sebab nak lari dengan jantan lain." Kata Rais Andika pula.
Membela si ibu kandung. Wajarlah dia mempertahankan sang ibu. Kerana, Datin Rose adalah ibu yang mengandungkannya selama sembilan bulan. Kata-kata ibunya tiada salah pun. Itu fakta, hendak atau tidak. Chempaka Elana memang harus menelan pahit kerana ulahnya sendiri.
"Lagipun, menantu aku yang ini tak ada mak bapak. Entah anak haram siapa pun aku tak tau. Asal usul tak jelas. Dah lah, tak pernah sekolah." Tanpa rasa bersalah Datin Rose menghina menantu yang tidak dianggap itu.
Seolah-olah mengikuti jejak Rais Andika dan Chempaka Elana. Anak-anak Puan Delima dan Cempaka pula muncul di dapur bersama menantunya. Bukannya mereka tidak mendengar kata-kata Datin Rose sebentar tadi terhadap menantunya.
"Rancak betul berbual." Lembut Shazrin Ammar berkata.
Kerusi di tarik lalu melabuhkan punggung di sebelah Puan Delima, mak mertuanya. Begitu juga sang isteri turut duduk disebelahnya bersama muka yang tegang.
"Makcik tu dah tua. Bawa-bawalah bertaubat. Orang kata, kubur kata mari. Rumah kata pergi dah tu. Sibuk aje nak hina orang kenapa? mulut makcik ini sebijik macam Mstar tau!" Sindir Bunga Anggerik Nathalia.
YOU ARE READING
CRUEL DESTINY | OG
RomanceEmpat tahun lalu, dia ditinggalkan atas alasan sang wanita lelah dengan keadaan. Chempaka Elana - Seorang gadis yang entah dari mana asal usulnya. Malah, gadis muda yang berusia 21 tahun itu sangat terkenal di dalam dunia model. Rais Andika - Seor...