Malam sudah terlalu larut. Kesunyian pula menyelimuti dirinya. Cahaya bulan yang memancarkan cahaya melalui jendela, menerangi Chempaka Elana yang sedang duduk di hadapan sebuah piano. Jari-jarinya yang halus menyentuh lembut setiap barisan piano itu dengan melodi yang penuh kerinduan serta kepedihan. Percayalah, setiap nada yang terlahir adalah gema daripada hatinya yang sedang hancur.
Kedua matanya di pejamkan seraya jari-jarinya enak menari di atas piano. Sekaligus membawa ingatan tentang suaminya yang sudah hampir enam bulan ia tinggalkan kerana keadaan.
Malam ini, ingatan tentang Rais Andika terlalu kuat untuk ia lawan. Kedua matanya di pejamkan terbayangkan senyuman hangat itu selalu menceriakan hari-harinya. Dia tertanya-tanya bagaimana agaknya reaksinya ketika mengetahui bahawa anak mereka meninggal dunia ketika di usia dua minggu setelah dia meninggalkan dirinya. Belum sempat bayi itu melihat dunia, Allah sudah terlebih dahulu mengambilnya. Kehilangan yang mendalam itu seperti luka yang tidak pernah sembuh. Terasa sehingga ke hari ini.
Piano ini pula adalah tempat pelariannya. Tempat di mana dia meluahkan segala rasa. Dia tahu, walau berapa lama dia mengalunkan melodi itu. Rasa rindu ini tidak akan pernah pudar. Namun, setiap melodi itu menemukan seberkas ketenangan. Seolah-olah kelibat Rais Andika masih berada di dekatnya.
"Chempaka." Suara lembut daripada Bunga Anggerik Nathalia membuatkan dua berhenti daripada bermain piano.
Wajah kakak angkatnya itu ia pandang bersama senyuman hambar. Allah itu Maha Baik bukan? di saat ia mengalami kesulitan, DIA menghantar seorang hamba allah yang sudi untuk menolongnya. Bahkan, ia di beri tempat untuk berteduh. Bukan itu sahaja, wanita ini juga sudi menjaga dia sepanjang ia berpantang ketika enam bulan lalu.
"Chempaka, kenapa tak kunci pintu? nasib baik I yang datang. Kalau penculik macam mana?" kata Bunga Anggerik Nathalia dengan nada yang risau.
Mangkuk tingkat yang berada di tangan ia letak di atas meja. Lalu kedua kaki itu melangkah mendekati Chempaka Elana. Wanita muda yang ia tolong enam bulan lalu.
"Chempaka lupa tadi." Katanya pula.
Bunga Anggerik Nathalia menggelengkan kepala tatkala mendengarkan kata-kata daripada Chempaka. Dia risau, kerana gadis itu tinggal sendirian di apartment miliknya ini.
"Lain kali jangan lupa lagi. You tinggal sorang-sorang. I risau tahu tak. Boleh pula you tak kunci pintu. You ni dah macam serah nyawa dekat orang jahat." Kata Bunga Anggerik Nathalia lagi.
Chempaka Elana pula tertawa kecil. Sedia maklum dengan tingkah terlalu melindungi sang kakak angkat. Dia berasa terharu kerana masih ada manusia sebaik dia di atas muka bumi ini. Yang masih peduli dan sudi membantu dirinya. Walaupun dia orang asing.
"Ya akak, Chempaka tak akan lupa lagi." Jawabnya pula.
"Dah makan ke belum?" soal Bunga Anggerik Nathalia pula.
Chempaka Elana menggelengkan kepala. Dia tidak terasa lapar hari ini.
"You ini Chempaka, jangan seksa diri boleh tak?" marah Bunga Anggerik Nathalia.
Dia tahu, adik angkatnya ini masih tidak menerima kepergiaan anaknya. Dan, rindukan sang suami yang terpaksa dia tinggalkan. Namun, dia tidak bersalah. Semua ini salah mertuanya. Dia fikir di zaman serba moden ini, pupus sudah mertua dari neraka. Rupanya masih wujud lagi genetik mereka ini ya?
Dari mana dia tahu semua kisah rumahtangga Chempaka Elana? sudah semestinya, adik angkatnya itu menceritakan semua ini dari A-Z. Dia pula geram ketika mendengar cerita itu.
Dasar mak mertua dari neraka!
"You tak boleh terus larut dalam kesedihan Chempaka. Sampai bila you nak sedih macam ini? meratapi nasib you macam wanita lemah?" kata Bunga Anggerik Nathalia lagi dengan nada geram.
Bukannya Chempaka Elana ini tidak cantik. Wajahnya putih dan ia memiliki kedua mata emerald yang unik. Mukanya juga ala-ala arab gitu. Dia masih muda dan masa depannya terlalu panjang untuk dia terus meratapi dan berserah pada takdir.
"You tak salah Chempaka. Yang salah itu mak mertua you. Dia yang bodoh sebab buat syarat macam itu. Nasib baik, dia kahwinkan dengan you. Kalau dengan I, memang dah lama mampus orang tua kena dengan I. I tak faham betul, zaman sekarang ini masih releven eh jual-jual anak ini? dia yang gatal nak kahwinkan anak dia itu dengan you. Bukan you terhegeh-hegeh pun. Eh, alih-alih dia dengan senang hati aje ambil anak dia semula. Orang tua jenis apa itu? memang sesuailah dapat gelaran, mak mertua dari neraka. Eloklah itu, dia orang kedua belakang Mstar nanti dekat akhirat!" marah Bunga Anggerik Nathalia.
Geram sungguh dia dengan mertua Chempaka Elana. Dia yang sibuk cari menantu. Alih-alih menantu dibuang tetapi anaknya ia ambil. Kalau dia yang jadi menantu memang dia akan dapat gelaran menantu dari neraka sebab suka melawan mertua sendiri.
"Akak, tak baik marah-marah. Baik mahu pun buruk, dia tetap mak mertua Chempaka. Chempaka yakin, mesti ada sebab kenapa mama buat macam ini. Ibu mana tak nak tengok anak dia bahagia akak." Kata Chempaka Elana setelah sekian lama dia mendiamkan diri mendengar bebelan kakak angkatnya itu.
Bunga Anggerik Nathalia pula mencebik. Ini yang dia malas hendak bercakap dengan adik angkatnya ini. Alasannya kerana, Chempaka Elana selalu sangat membela mertua dari nerakanya itu.
"I tahu, baik mahu pun buruk dia tetap mak mertua you. Walaupun dia mak mertua dari neraka. Tapi, dia tak ada hak nak pisahkan you dengan suami. Cukup baik you terima anak dia yang cacat dan bisu itu tau. Kalau I, memang I takkan terima lah, menyusahkan hidup I aje. Lepastu, you cakap mesti ada sebab kenapa dia buat macam ini dekat you dengan suami? hei, mak mertua dari neraka itu tak ada sebab pun lah nak pisahkan you dengan dia. Dia memang benci you. Faham tak?" kata Bunga Anggerik Nathalia lagi geram.
Chempaka Elana suka betul bersangka baik. Kalau dia, tiada masa nak berfikiran positif dengan mak mertua dari neraka macam itu.
"Akak, dah lah tu. Chempaka dah tak fikir pasal itu. Chempaka dah redha dan terima semua ini dengan hati yang terbuka. Chempaka tak makan bukan sebab meratapi nasib. Chempaka tak rasa lapar aje akak." Ujarnya lagi bersama senyuman manis.
"Yelah itu, I tak suka you sedih-sedih." Ucap Anggerik lagi.
Chempaka Elana tertawa kecil. Tubuh sang kakak ia peluk untuk seketika. Terharu dia dengan sikap ambil berat Bunga Anggerik Nathalia terhadapnya.
"Akak masak apa hari ini?" soal Chempaka pula tatkala melihata mangkuk tingkat yang berada di atas meja berdekatan dengan mereka.
"Nasi lemak. You nak makan sekarang tak? I nak hidangkan." Kata Bunga Anggerik Nathalia pula.
Chempaka Elana mengangguk bersama senyuman. "Boleh juga, Chempaka tiba-tiba rasa lapar pula."
Bunga Anggerik Nathalia menggulingkan kedua matanya ke atas. Tahu sangat dengan sikap adik angkatnya yang suka mengalih topik.
"Sebelum itu, I nak tanya. Nama suami you Rais Andika ke?" muka Chempaka Elana di pandang.
Chempaka Elana mengangguk.
"You ada gambar dia tak?" soalnya pula.
Sekali lagi, Chempaka Elana mengangguk.
"Boleh I tengok?" tanya Anggerik lagi dengan serius.
"Boleh." Jawabnya pula.
Telefon pintar yang berada di atas piano. Ia capai lalu membukanya dan menunjukkan wajah suaminya kepada Bunga Anggerik Nathalia.
"Betul la dia." Kata Anggerik dengan nada yang perlahan.
"Kenapa akak?" soal Chempaka pelik.
Bunga Anggerik Nathalia menggelengkan kepalanya. Dia hanya tersenyum dan bangun menghidangkan makanan untuk mereka. Kelak, Chempaka Elana akan tahu semua itu dengan sendirinya. Semoga waktu itu dia kuat untuk melaluinya.
Itu sahaja doanya untuk wanita muda itu.
Hello! okay tak?
typo abaikan!Ha yayang! jangan
lupa vote & komen banyak²
kalau tak, aye malas update
werk!Happy read❣️
YOU ARE READING
CRUEL DESTINY | OG
RomanceEmpat tahun lalu, dia ditinggalkan atas alasan sang wanita lelah dengan keadaan. Chempaka Elana - Seorang gadis yang entah dari mana asal usulnya. Malah, gadis muda yang berusia 21 tahun itu sangat terkenal di dalam dunia model. Rais Andika - Seor...