B A B 5

4.3K 320 36
                                    

Di dalam remang senja yang suram, Chempaka Elana hanya terbaring lemah di atas lantai yang berdebu. Dia dihukum oleh sang suami  kerana tidak sengaja memecahkan gelas berharga milik mak mertuanya.  Ia sebagai pengajaran agar kelak, dia tidak akan cuai lagi dengan barang-barang berharga milik Datin Rose.

Hanya sejalur cahaya nipis sahaja yang menyelinap masuk melalui sebuah tingkap kecil yang berada di atas. Cahaya kecil itu lah yang setia menyimbah walau secebis untuk memperlihatkan ruangan sempit dan berhabuk itu.

Perutnya usah dikata, berkeroncong kuat  akibat kelaparan. Bahkan, tekaknya juga haus yang sudah tidak tertahan. Namun, tiada seorang pun yang peduli. Tiada sebutir nasi atau air yang menyentuh bibirnya. Dia benar-benar dihukum selama seminggu ini.

Setiap detik yang berlalu terasa sangat menyiksa kan hati. Dengan harapan yang kian memudar menemani hari-harinya dibebaskan daripada bilik stor itu.

Dalam keheningan itu, tiba-tiba dia terbayangkan  wajah Rais Andika  yang muncul dengan sifat dingin dan kejam, seakan-akan bayang-bayang dari kegelapan yang terus menghantuinya.

Chempaka Elana tersenyum kelat meratapi nasibnya. Namun, tiada sedikit pun air mata yang mengalir. Cukuplah dia menangis kerana malam itu. Air matanya sudah kering tiada daya hendak keluar lagi. Perjalanannya bersama sang suami masih panjang. Mungkin sehingga akhir hayat dia harus terus berada di sisi suaminya.

Setiap kali, matahari melabuhkan tirai. Dia merasakan detik-detik kematiannya semakin mendekat kerana dia sangat takut akan kegelapan.

Setelah satu minggu berlalu, akhirnya pintu stor itu terbuka. Chempaka memandang ke araha cahaya yang semakin lama semakin terang. Silau matanya setelah sekian lama terkurung di dalam stor kecil itu.

Sang suami pula berdiri di muka pintu sambil memeluk tubuh. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari bibir merah merekahnya itu, tanda tidak merokok. Sebaliknya, dia hanya menarik lengan si isteri dengan kasar agar ia keluar dari situ. Di mata Rais Andika, dia ibarat sehelai kain buruk yang tiada nilai.

"Betina, kau lapar tak?" soal Rais seraya memandang sang isteri yang kelihatan lesu.

"Lapar..." Jawab Chempaka dengan suara yang lemah.

Rais mengukir senyum sinis. Nasi goreng yang berada di atas meja ia ambil lalu sengaja dia tumpah ke atas lantai.

"Lapar sangatkan? makanlah! kesian isteri aku ni, seminggu tak makan." Ejek Rais Andika lalu rambut panjang sang isteri ia tarik memaksa agar si isteri menunduk dan kepalanya dibenamkan di atas nasi goreng yang bersepah di atas lantai.

"Makan aku kata! makan!" jeritnya berpuas hati.

Dia menunjal-nunjal kepala sang isteri. Manakala, Chempaka Elana mengutip sisa nasi yang tumpah di atas lantai. Sedikit demi sedikit, ia masukkan ke dalam mulut. Sungguh dia sangat lapar dan tergamak seorang suami melakukannya tidak ubah seperti binatang.

"Aku nak pergi kerja, kau dekat rumah jangan buat hal pula. Dengar tak betina?" kata Rais Andika lagi.

Chempaka Elana pula hanya mengangguk, tiada daya hendak melawan. Dia terlalu lemah untuk berbuat apa-apa. Badannya longlai, namun dia tetap menguatkan semangatnya untuk bertahan hidup. Dia takkan mati dengan sia-sia. Selagi dia bisa hadap dia akan hadap.

Usai sahaja sang suami pergi ke kerja. Dia bangun perlahan-lahan dengan kudrat yang masih tersisa. Dia menyapu sisa nasi yang ada di atas lantai. Baru sahaja dia hendak membuang sisa makanan itu. Ibu mertuanya datang mendekat menyapanya dengan muka yang penuh kebencian.

"Eh, kau nak buat apa ni?" tanya Datin Rose dengan nada yang sedikit meninggi.

"Nak buang sisa makanan ni, datin." Jawab Chempaka Elana takut-takut.

CRUEL DESTINY | OGWhere stories live. Discover now