Malam itu, seperti kebiasaan. Rais Andika pulang ke rumah dengan wajah yang keruh. Di luar, hujan sedang turun membasahi bumi. Dia melangkah masuk di dalam rumah dengan langkah yang berat. Bau badan yang bercampur dengan lekit peluh membuatkan dia berasa kurang selesa.
Baru sahaja dia ingin memijak satu anak tangga untuk terus naik di bilik, agar dia bisa membersihkan diri. Namun, langkah itu terus mati di situ. Badannya dipusingkan dan melangkah ke arah stor yang berada terpisah di antara dapur.
Di belakang pintu sebalik stor itu, susuk tubuh Chempaka Elana sedang duduk bersendirian seraya memeluk lutut. Matanya merah dan bengkak dek kerana menangis meratapi nasib. Wajah yang dulunya berseri-seri, kini kelam di dalam sejuta luka yang telah dilakukan oleh sang suami. Di sisinya, sepinggan nasi kering yang sudah berbau masam terletak, tidak disentuh.
Chempaka Elana menangkap bunyi derap langkah seseorang yang semakin hampir. Dia tahu, Rais Andika sedang menghampirinya. Hatinya mencengkam, bagaikan terperangkap di dalam ketakutan yang tiada penghujung.
Klik! Pintu itu dibuka oleh sang suami, sembari itu juga udara menjadi semakin berat. Cahaya dari lampu yang malap dari arah dapur menyinari wajah sang suami. Raut muka itu terlihat, keras dan dingin juga pandangan yang penuh dengan kebencian.
"Kenapa kau tak habiskan nasi tu?" soal Rais dengan nada suara yang rendah tetapi cukup mengancam.
Namun, tiada sebarang respon yang diberikan oleh sang isteri. Dia hanya menunduk dan cuba utuk mengalihkan pandangannya dari terus-terusan menatap sang suami.
Rais Andika mendekat, dia mengukir senyuman senget. Dengan satu gerakan kasar, sang suami mencengkam dagunya, memaksa si isteri untuk memandangnya.
"Makan." Katanya lagi, kali ini suaranya lebih keras.
Dengan tangan yang menggigil, Chempaka Elana mencapai nasi basi yang berada di pinggan dan memaksa dirinya untuk memasukkannya ke dalam mulut. Rasa masam yang mencengkam lidah dan tekak membuatnya hampir muntah. Mual. Tetapi dia, tetap berkeras untuk menelan semuanya.
Di matanya, air mata sudah bertakung tetapi dia tidak ingin menangis. Dia sudah puas untuk meraung seperti selalu. Namun, tetap sahaja dia gagal. Air mata itu, jatuh setitik demi setitik. Dan, dia bisa melihat sebuah kepuasan di wajah sang suami setiap kali dia menangis.
"Sedar diri, kau tu menumpang dekat sini. Orang bagi makan, habiskan. Bukannya membazir, faham?" kata Rais Andika lagi bersama senyuman puas.
Dia berpuas hati ketika melihat sang isteri hanya mengangguk. Mengiakan kata-kata darinya. Dia puas melihat Chempaka Elana menderita. Ini, baru secebis sahaja luka yang ia beri. Masih banyak lagi permainan yang ia akan sajikan kelak.
"Aku nak kau malam ini, cukup baik aku masih berselera hendak jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang suami." Sinis Rais Andika berkata.
"Abang..." Suara Chempaka Elana lemah ingin merayu kepada sang suami agar memperlakukannya layak seperti seorang manusia.
Tetapi dia tahu, semua itu sia-sia. Rais Andika sudah dibutakan dengan dendam dan amarah yang membuak-buak.
"Diam betina atau aku bantai kau sampai lunyai." Keras suara Rais Andika memberi amaran.
Di tengah malam itu, dia memuaskan jiwa yang berdendam itu bersama senyuman puas. Setelah itu, Rais Andika melangkah keluar daripada stor. Dia puas kerana bisa melampiaskan amarah yang terpendam dalam jiwanya.
"Abang, jangan tinggalkan Chempaka dekat dalam ni!" jerit sang isteri bersama tangisan.
Namun rintihan itu langsung ia abaikan. Pintu stor ditutup kuat, memisahkan mereka berdua. Walaupun hakikatnya, hati mereka sudah lama terpisah.
"Lain kali, jangan buat salah Chempaka Elana. Faham? kau dilarang untuk berbuat salah walaupun sedikit." Kata Rais Andika dengan selamba.
"Chempaka minta maaf abang. Saya janji, saya tak akan buat abang dengan Datin marah lagi, tolonglah... Saya tak nak duduk dalam ni..." Chempaka Elana terkulai lemah di lantai.
Hatintya seperti kaca yang pecah berkecai. Namun, diantara serpihan-serpihan itu, masih ada satu keping kaca yang masih teguh... Kepingan harapan.
"Itu aje lah modal kau, maaf... maaf... maaf... Kau ingat dengan minta maaf tu dapat redakan marah aku ke?" kata Rais lagi dengan keras.
Dia muak mendengar kata maaf daripada mulut wanita itu. Benci.
"Bukalah pintu ni abang, Chempaka janji Chempaka takkan buat salah lagi. Chempaka... Chempaka akan ikut setiap arahan abang... Chempaka janji abang.. Janji... Chempaka janji..." Katanya bersama tangisan yang semakin menggila.
Suara pintu di ketuk berkali-kali tidak cukup memuaskan hati Rais Andika. Sebaliknya, dia bahagia ketika sang isteri mendesak seperti sekarang ini.
"Tak, aku takkan buka pintu ni. Ini hukuman untuk kau sebab dah cederakan tunang aku." Ujar Rais Andika lagi.
Dia langsung tidak memperdulikan tangisan serta rintihan sang isteri. Kerana, Chempaka Elana layak untuk menerima neraka ciptaannya sendiri. Dia layak untuk terima balasan itu. Dia yang memulakan permainan. Dia hanya menyambung agar menjadi pemenang.
"Demi Allah, Chempaka tiada niat langsung hendak cederakan tunang abang. Chempaka tak buat abang! percayalah kata Chempaka ni abang... Percayalah..." Rintihnya lagi.
Bersungguh-sungguh dia membela diri. Kerana itu fakta. Dia tidak pernah berniat untuk mencederakan bakal madunya. Melainkan, wanita itu yang memulakan semua drama itu. Dia hanya mangsa keadaan.
"Aku tak percayakan kau, kalau empat tahun lepas, kau boleh tinggalkan aku sebab jantan lain. Apatah lagi sekarang ni, kau memang penipu besar! tak cukup kau tinggalkan aku, sekarang ni kau nak bunuh tunang aku pula?! kalau tunang aku mati sebab air panas tu, kau nak bagi nyawa kau dekat dia ke?!" herdik Rais Andika seraya menepuk kuat pintu stor itu.
Dia geram. Dia tidak bisa menerima bahawa tunang yang ia cintai di cederakan oleh isterinya sendiri.
"Abang..." Suara itu tenggelam bersama tangisan yang semakin mendayu-dayu.
Chempaka Elana tahu bahawa, hidupnya tidak akan berakhir di sini. Di stor yang gelap ini. Dia tahu, kelak Rais Andika akan membebaskannya dari tempat ini. Maka dengan itu, dia harus mengumpulkan kekuatan daripada serpihan dirinya yang masih tersisa. Kerana, dia tahu penderitaannya tidak akan berakhir di sini.
"Allah..." Entah kenapa bibirnya menyebut nama Sang Pencipta bersama tangisan.
"Allah... Terlalu jauhkah aku dekat kau, maka Engkau turunkan aku ujian seperti ini? dah bertahun-tahun aku tak sujud merayu padaMu... Allah..." Ucapnya lagi bersama tangisan yang tiada penghujung.
Firman Allah S.WT. di dalam Surah Al-A'raaf ayat 55 ialah :
"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan dengan suara perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas."
Sayangnya, Allah kepada kita. Dia sentiasa menanti doa-doa serta rintihan kita. Andai, kita terluka mintalah kepada DIA agar ia sembuhkan. Di saat kita mencari Allah. DIA akan memeluk kita dengan erat. Begitu sekali kasih sayang DIA kepada hamba-hambaNYA.
Di luar stor, Rais termenung di ruang tamu. Di dalam kesunyian malam itu dia meraup berkali-kali wajahnya. Terkadang dia berfikir, benarkah tindakannya ini?
"Keputusan kau buat ini dah betul Rais, jangan patah balik hanya sebab dia merayu dekat kau, ingat... Dia pernah tinggalkan kau sebab kau cacat dulu." bisik hati kecilnya penuh dengan sinis.
Ya, benar. Chempaka Elana memang layak untuk menerima semua ini. Kerana dia telah meninggalkan dirinya empat tahun lalu. Ya.. dia layak..
Hello yayang!
okay tak? typo, abaikan.Jangan lupa vote&komen
banyak² tau! kalau tak, saya
malas update werk!Happyread❣️
Unlocked new chapter : 100 voting.
YOU ARE READING
CRUEL DESTINY | OG
RomanceEmpat tahun lalu, dia ditinggalkan atas alasan sang wanita lelah dengan keadaan. Chempaka Elana - Seorang gadis yang entah dari mana asal usulnya. Malah, gadis muda yang berusia 21 tahun itu sangat terkenal di dalam dunia model. Rais Andika - Seor...